If you enjoyed this post, feel free to subscribes to our rss feeds
Just another introduction to Celebrity News, Tech, Mobile, Movie news worlwide
TIDAK dinafikan, sejak disiarkan program hiburan kanak-kanak, Anmum Essential Tom Tom Bak (AETTB) menerusi saluran Astro sering mendapat tempat di kalangan penontonnya. Menariknya bukan hanya kanak-kanak, malah program berkenaan turut ditonton golongan dewasa yang ternyata kagum melihat aksi spontan dan telatah lucu kanak-kanak berkenaan.
AETTB menampilkan bakat baru dalam dunia hiburan selain memberi ruang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi sesama mereka atau golongan yang lebih dewasa. Bukan hanya memaparkan program menarik, AETTB turut mendidik penonton mengenai ilmu pengetahuan.
Begitupun, seperti program hiburan lain, AETTB tidak lari daripada kritikan. Paling mengejutkan apabila program berkenaan dikatakan menggalakkan anak-anak mengejar populariti daripada pencapaian akademik, mengajar anak-anak kecil berpakaian seksi selain menyogok mereka membuat penampilan seperti golongan dewasa.
Situasi berkenaan ternyata mengecewakan pengendali program berkenaan yang juga pengacara popular, Aznil Nawawi. Biarpun menerima setiap kritikan dilontarkan terhadap program itu secara positif, namun dalam nalurinya terbit perasaan kecewa dengan sikap segelintir golongan bijak pandai yang mahu menidakkan kandungan program berkenaan.
“Saya dan pihak penerbitan program sentiasa mengambil kira setiap teguran yang diberikan menerusi program ini. Sejak disiarkan, program ini juga menjadi platform oleh golongan tertentu seperti ahli politik, agensi bukan kerajaan dan individu tertentu untuk memberi teguran.
“Memandangkan program ini semakin mendapat tempat di kalangan penonton, ia dijadikan platform oleh golongan tertentu untuk mencapai kepentingan peribadi masing-masing. Biarpun program berkenaan dilihat sebagai pentas untuk mendidik dan memberi ruang kepada kanak-kanak untuk menambah ilmu pengetahuan.
“Sejak disiarkan, saya percaya ia sudah mempunyai pengikut dan landasan yang tersendiri. Tidak mustahil jika dikatakan kewujudan program ini ibarat gelanggang permainan buat kanak-kanak.
“Pihak kami sentiasa menerima setiap teguran yang positif dalam meningkatkan program ini. Saya sendiri sudah lali dengan kritikan sejak mengacarakan program Akademi Fantasia lagi. Begitupun, untuk program kanak-kanak ini, saya harap tiada pihak yang cuba membunuh kreativiti atau pentas hiburan untuk diterbitkan khusus untuk kanak-kanak itu,” katanya.
Pengacara program Macam Macam Aznil itu juga mengakui, kanak-kanak mulai seronok mengikuti program itu sejak disiarkan beberapa tahun lalu.
Katanya, soal penampilan kanak-kanak sentiasa dititikberatkan supaya tidak terlalu menyentuh soal sensitiviti masyarakat. Selain menghadiri uji bakat, kanak-kanak yang terpilih menyertai program itu sememangnya berbakat dalam bidang masing-masing.
“Kanak-kanak juga tidak pernah dipaksa untuk tampil menjayakan persembahan atau corak pakaian mereka. Sehinggakan ada yang berkecil hati apabila tidak dapat mengambil bahagian dalam persembahan berkenaan.
“Menerusi program ini, kami bukan hanya memberi galakan kepada kanak-kanak untuk menyanyikan lagu-lagu tradisional yang jarang diketahui mereka, malah memberi ruang kepada peserta untuk menampilkan kemahiran bermain alat muzik tradisional mahupun tarian budaya masing-masing,” katanya.
Ketika ditemui sebelum rakaman program AETTB musim keempat di Studio Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya, baru-baru ini, Aznil berkata, rakaman yang berlangsung sepanjang musim cuti sekolah itu membabitkan beberapa slot seperti Jom Borak, Ada Bakat ke? selain segmen baru iaitu Anmum Essential Eja.
“Segmen Anmum Essential Eja diwujudkan selepas segmen Siapa Dia sudah tidak diwujudkan. Menerusi segmen terbaru ini, kanak-kanak akan diuji kecekapan mengeja dengan cepat. Kanak-kanak bertuah dipilih akan mengeja beberapa perkataan tertentu dalam bahasa Malaysia.
“Seronok juga kadangkala apabila melihat sendiri reaksi kanak-kanak yang baru mula hendak mengeja. Ada yang mahir dan ada sebaliknya,” katanya.
Aznil turut ditemani Ayma selain watak boneka, Kicap yang menggunakan suara Din Beramboi untuk segmen Jom Borak manakala segmen Ada Bakat Ke? menampilkan bakat cilik bukan hanya menyanyi, menari malah bermain alat muzik serta menyanyi lagu tradisional.
AETTB musim keempat yang mendapat penajaan sepenuhnya produk susu Anmum Essential akan disiarkan setiap Ahad, jam 12 tengah hari bermula 31 Mei depan menerusi Astro Ceria (saluran 611).
If you enjoyed this post, feel free to subscribes to our rss feeds
TIDAK dinafikan drama bersiri Manjalara memberi impak besar kepada kerjaya seni pelakon berbakat, Erry Putra. Ramai mula membuka mata dengan lakonannya yang berkesan sebagai Joffri yang juga watak jahat dalam cerita itu.
Namun, seperti artis lain, Erry atau nama sebenarnya, Eirey Syafiq @ Razlan Hamzah, 28, yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan nampaknya tidak terlepas menjadi sasaran gosip dan kontroversi, sejak berkecimpung sebagai anak seni.
Antara gosip yang dikaitkan dengannya ialah mengaku rumah orang lain sebagai kediamannya sendiri ketika sesi fotografi dan terbaru membuat perubahan pada wajahnya di bahagian hidung dan dagu untuk tampil lebih kacak dan bergaya.
Ketika sesi fotografi Rap bersama Erry, baru-baru ini, pelakon ini tidak keberatan menceritakan perkara sebenar untuk membetulkan gosip yang heboh diperkatakan peminat mengenai dirinya.
“Cerita itu bermula apabila ada wartawan yang berminat untuk buat cerita saya dalam ruangan artis dan rumah. Apabila saya beritahu rumah yang saya beli di Seri Petaling masih dalam proses pengubahsuaian, kawan baik yang sudah dianggap seperti kakak angkat pula menawarkan rumahnya untuk menjayakan fotografi itu.
“Dia juga tidak kisah saya menggunakan kediamannya itu kerana memang sifatnya suka menolong orang sebelum ini. Wartawan yang membuat liputan itu juga tahu mengenai perkara sebenar kerana kami sudah putuskan atas persetujuan saya dan kawan baik itu.
“Tapi saya tidak sangka pula akhirnya akan timbul gosip seperti itu. Bagi saya, ia cerita lama yang berlaku dua tahun lalu.
“Apapun, perkara itu sudah berlaku. Ia mungkin salah faham saja dan saya tidak ingin memperbesarkan cerita ini lagi. Saya akui serik untuk buat sesi fotografi di rumah orang lain selepas ini,” katanya.
Pada masa sama, Erry juga menafikan dia membuat pembedahan kosmetik atau suntikan botox untuk mengubah wajahnya.
Akui Erry, apa yang dilakukannya cuma membuat suntikan vitamin C dan pil untuk memutihkan kulitnya yang agak gelap.
“Kawan baik saya juga pakar kecantikan dan saya juga mengambil suntikan vitamin C dan pil pemutih kulit itu dari pusat rawatan kecantikannya.
“Sebenarnya, kulit saya pada asalnya memang putih tapi berubah gelap, sejak menyertai Royal Military College (RMC) selama empat tahun.
“Sebagai artis, apa salahnya, saya mementingkan penjagaan paras rupa dan kesihatan. Asalkan produk digunakan itu tidak memudaratkan tubuh badan. Saya percaya ramai artis lain buat perkara sama,” katanya.
Justeru, kata Erry, sejak insiden itu, dia lebih percaya kepada keluarga sendiri untuk menguruskan kerjaya seninya berbanding orang luar. Pada sesi fotografi itu, dia ditemani pengurus yang juga anak saudaranya, Akmal Ahmad.
“Apa-apa hal pun, biarlah saya bergantung pada keluarga sendiri daripada orang lain kerana baik buruk pun biarlah bersama keluarga kita sendiri dan tidak membabitkan orang lain.
“Saya juga tidak bercadang untuk bernaung di bawah mana-mana syarikat pengurusan artis kerana selesa bergerak sendiri ketika ini,” katanya.
Kini, Erry mengakui dia sudah jatuh cinta pada bidang lakonan. Katanya, dia masih ingat teguran Sheila Rusly yang bertanya apakah matlamatnya dalam bidang lakonan. Begitu juga dengan pelakon Rosyam Nor yang pernah bertanya mana satu yang ingin dia kejar, lakonan atau nyanyian ketika menawarkan Erry berlakon di bawah produksinya.
“Sebenarnya, saya ingin fokus pada kedua-dua cabang seni ini. Misi saya juga ingin dikenali sebagai pelakon berkarakter seperti idola saya, Sheila, Rosyam, Datuk Jalaluddin Hassan dan Nasir Bilal Khan. Saya mengagumi pelakon lama kerana pelakon baru berlagak diva apabila popular,” katanya.
Mengenai perkembangan terbarunya pula, kata Erry, dia terbabit dengan penggambaran telefilem Kasih Berbunga Lalang arahan Azmi Hatta untuk siaran RTM. Drama ini turut dibintangi Elly Mazlein, Nasir Bilal Khan, Didie Alias, Norlia Ghani dan Fadilah Mansor. Erry bawa watak Nordin yang terbabit dalam kisah cinta tiga segi.
Selain itu, dia juga bakal terbabit dalam penggambaran filem terbarunya, Bunian bermula 1 Februari nanti.
Drama lain lakonannya ialah siri 26 episod Saka, siri 26 episod Dendam, siri 60 episod Sutera Maya, siri 26 episod Rindu Berbisik dan Sepi Itu Jiwa.
Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan Boyz ‘R’ Us ini juga mempertaruhkan dua singlenya yang juga lagu tema drama Sutera Maya, Cintamu (Zimi Sofaz/lirik Aiman 2 By 2) dan Izinkan Aku (Zul 2 By 2) dan lirik, Erry sendiri.
“Saya terima undangan persembahan apabila tidak terbabit dengan mana-mana penggambaran drama. Maklumlah, ketika berlakon Sutera Maya dulu, selama empat bulan juga saya berkampung di lokasi.
“Penyanyi Roslan Shah banyak membantu memperkenalkan saya dengan penganjur persembahan di serata tanah air termasuk Singapura. Selain berlakon, saya juga cari makan dengan menyanyi. Saya bukan saja menyanyi lagu sendiri, malah lagu penyanyi lain termasuk lagu dangdut.
“Selain itu, material untuk album solo juga sudah ada cuma saya tunggu masa untuk keluarkan album penuh. Saya memutuskan untuk bergerak solo kerana turut terbabit dalam bidang lakonan,” katanya.
Selepas menjayakan persembahan di gerai My TV3 di Jomheboh Melaka, Erry juga memeriahkan ‘booth’ Harian Metro sempena karnival Jomheboh di Stadium Utama, Kangar, Perlis pada 3 dan 4 Mei lalu. Dia juga menyampaikan beberapa lagu seperti Izinkan Aku, Cintaku, Lagu Cinta Lagu Jiwa dan Naluri Lelaki.
Mengenai teman istimewa, Erry yang pernah beberapa kali putus cinta mengakui, kini, dia berkawan rapat dengan seseorang.
“Sebenarnya, ibu bapa ingin saya mencari calon isteri di kalangan orang biasa saja dan bukan artis. Saya pula tidak kisah soal itu. Maaflah, saya tidak boleh dedahkan identiti teman saya itu buat masa ini. Tapi, saya akan berkahwin bila sudah berjumpa calon tepat,” katanya.
Profil
NAMA PENUH: Eirey Shafiq @ Razlan Hamzah
ASAL: Pengkalan Chepa, Kelantan
AKADEMIK: Royal Military College
KERJAYA: Penyanyi dan pelakon
STATUS: Bujang
ALBUM: Kasih Ku Abadi (Boyz ‘R’ Us)
SINGLE: Izinkan Aku dan Cintaku
DRAMA: Siri 26 episod Rindu Berbisik, Rinduku Semerbak Kayu Manis, Sepi Itu Jiwa, siri 26 episod Manjalara, siri 26 episod Saka, siri 26 episod Dendam; siri 60 episod, Sutera Maya, Sepi Itu Jiwa
FILEM: Bicara Hati arahan Rosnani Jamil, Selamat Pagi Cinta, eee….Hantu
If you enjoyed this post, feel free to subscribes to our rss feeds
Mengejutkan, penyampai berita yang ditahan reman kerana terbabit dalam pesta seks kelmarin rupanya akan melangsungkan perkahwinannya pada 10 Januari ini. Menurut sumber, kes ini telah dipindahkan daripada seks kepada kes dadah, kerana didapati pembaca wanita itu positif dadah jenis ketamin & syabu.

farahrizan abdul razak
Walaupun maklumat siapakah pembaca pemberita wanita itu masih tidak disahkan, khabar angin mengatakan Farahrizan Astro Awani merupakan suspek telah ditahan polis. Untuk menguatkan tekaan orang ramai, aku cuba add Farahrizan di Facebook kelmarin. Hingga hari ini masih tiada reply daripadanya, mungkin juga dia masih berada dalam tahanan reman.
If you enjoyed this post, feel free to subscribes to our rss feeds
The barbaric and wanton massacre of the Palestinians in Gaza which started some days ago and is now still continuing is yet another example of the blatant war crimes committed by Zionist Israel since its establishment in 1948.
Supported and encouraged by the United States and Britain, Israel has ignored international condemnation and insists that she has the unfettered right to murder innocent men, women and children on account of some rocket attacks by Palestinians who were retaliating against the blockade of Gaza. The blockade over the last 9 months has brought starvation and untold suffering to the Palestinians. The heroic Palestinian people have every right to take action in self-defence to break this inhuman siege.
The United Nations has condemned this attempt to starve and deny the medical needs of the Palestinians in order to force them into submission, but as usual, Israel backed by the United States has ignored international opinion and international law.
The peace loving peoples of the world must not just sympathise with the Palestinians but must take concrete action to bring the war criminals to justice.
For various reasons Governments will not do anything to put a stop to Israeli intransigence. It remains for the people to take positive action individually or through their Non-Governmental Organisations (NGO).
We propose that the peoples of the world boycott Israeli products and stop all trade with Israel.
Secondly we call upon the international community to abandon the use of the US Dollar in international trade, and to stop buying United States’ bonds. Such purchases have enabled the United States to grant substantial aid to Israel and to supply it with the weapons now being used against the people in Gaza and elsewhere. The concerned peace loving peoples of the world must not, even if it is in a small way, be the participants and financiers in the massacre of the Palestinians, the Iraqis and the Afghans.
Finally we call upon the United Nations General Assembly to condemn Israel the same way that the Security Council condemns Darfur, Rwanda and Burundi and to set up a Tribunal to try Israeli war criminals.
If you enjoyed this post, feel free to subscribes to our rss feeds
Generasi muda digesa memboikot secara berterusan produk berkaitan syarikat Yahudi dan Amerika Syarikat (AS) yang mendalangi kekejaman rejim Israel ke atas rakyat Palestin.
Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, golongan itu mesti membuang tabiat mengagung-agungkan produk AS yang merupakan sekutu rapat Israel itu.
“Tindakan pemboikotan itu mesti dijalankan secara berterusan kerana usaha untuk memusnahkan negara-negara Islam tidak pernah berhenti,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Rosnah diminta mengulas mengenai langkah yang perlu diambil masyarakat Malaysia bagi mengutuk dan mengecam perbuatan Israel menyerang Palestin.
Israel terus memperhebatkan serangannya di Genting Gaza sejak Sabtu lalu dan setakat ini telah mengorbankan hampir 400 nyawa dan menyebabkan 1,900 rakyat Palestin lagi cedera.
Kekejaman Israel itu menerima kutukan dan kecaman hebat masyarakat seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia yang kini mula menganjurkan beberapa langkah mengecam perbuatan keganasan itu termasuk protes dan usaha memboikot produk keluaran Yahudi.
Rosnah berkata, ahli Puteri UMNO yang merupakan sebahagian daripada generasi muda juga perlu bersama-sama menyokong setiap usaha membantah tindakan Israel yang melancarkan serangan udara ke Genting Gaza itu.
Katanya, generasi muda perlu menjadikan tragedi di Palestin itu sebagai satu pengajaran dan lebih peka terhadap krisis dunia terutama yang melibatkan umat Islam.
Ahli Parlimen Papar itu juga berkata, golongan tersebut hanya peka tentang perkembangan dunia hiburan, teknologi maklumat dan pemikiran berhaluan kiri tetapi tidak mempedulikan masalah yang berlaku di dunia luar.
“Generasi muda di negara ini terlalu asyik dengan dunia mereka sendiri dan tidak mengambil berat tentang kegawatan dunia sedangkan setiap peristiwa yang terjadi sedikit sebanyak pasti memberi kesan kepada Malaysia.
“Keganasan Israel di bumi Palestin misalnya amat berkait rapat dengan rakyat Malaysia yang majoriti beragama Islam, sensitiviti ummah yang tidak sanggup melihat saudara seagama dizalimi sedemikian rupa mesti ada di kalangan kita,” katanya.
Katanya, kegagalan generasi muda memahami krisis dunia dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku sedikit-sebanyak akan melunturkan semangat sayangkan negara.
If you enjoyed this post, feel free to subscribes to our rss feeds
Kementerian Penerangan memperuntukkan lebih RM17.5 juta kepada 1,097 Komuniti Bestari (K-Bestari) di seluruh negara tahun ini, kata Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Abdullah Morad.
Beliau berkata, sebanyak RM4,000 disediakan kepada setiap K-Bestari bagi urusan pentadbiran manakala RM12,000 untuk melaksanakan pelbagai program dan aktiviti masing-masing.
“Sebanyak RM4,000 itu, kita salurkan terus kepada setiap K-Bestari manakala RM12,000 akan diberikan dalam dua peringkat bagi K-Bestari menjalankan aktiviti dan program mereka di kampung- kampung,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama K-Bestari daerah Kuala Terengganu di sini hari ini.
Abdullah berkata, pada tahun ini Jabatan Penerangan merancang mengadakan pelbagai program, antaranya seminar yang disertai empat wakil setiap K-Bestari bagi memantapkan lagi Komuniti Bestari berkenaan.
Beliau berkata, setiap K-Bestari terdiri daripada 40 anggota yang terdiri daripada pelbagai kaum, termasuk Orang Asli.
“Sebelum 2007, hanya terdapat 452 buah K-Bestari di seluruh negara. Tetapi setelah peranannya diiktiraf oleh kerajaan, ia ditambah menjadi 1,097 buah,” katanya.
Abdullah berkata, kerajaan juga menyediakan kemudahan komputer yang lengkap dengan alat percetakan dan Internet di setiap K-Bestari, melibatkan kos RM8,000 bagi memudahkan anggota komuniti itu berhubung dengan dunia luar.
Beliau juga mengingatkan anggota K- Bestari supaya memainkan peranan mereka dengan mengadakan program yang sesuai untuk kepentingan masyarakat setempat.
If you enjoyed this post, feel free to subscribes to our rss feeds
Polis mengklasifikasikan laluan di Jalan Kuala Krai Gua Musang di kawasan Bukit Sejuk sebagai lokasi berisiko tinggi berlaku kemalangan maut berdasarkan rekod tahun lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 32 kes kemalangan berlaku di laluan itu melibatkan 20 kerosakan kenderaan.
Sepanjang tempoh itu juga, beliau berkata, enam mangsa maut manakala lima lagi cedera parah.
“Malah, di Kilometer 21 sahaja telah berlaku empat kemalangan sepanjang tahun lepas menyebabkan seorang maut manakala seorang lagi parah.
“Oleh itu, polis mengklasifikasikan sepanjang jalan di kawasan itu sebagai kawasan berisiko tinggi,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Justeru beliau mengingatkan pemandu yang melalui jalan itu supaya berhati-hati dan memberi tumpuan penuh untuk mengelakkan kemalangan.
Semalam, 10 maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Kancil, Perodua Kenari dan pacuan empat roda jenis Nissan Murano di lokasi tersebut berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Gua Musang.
Pada 28 Disember lalu, dua buah kenderaan pula bertembung di tempat yang sama menyebabkan dua beradik maut manakala dua lagi parah.
Tambahnya, berdasarkan statistik sepanjang tahun lepas, 20 jalan di 10 daerah di negeri ini turut diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi berlaku kemalangan.
“Jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Kuala Krai-Peringat-Melor, Jalan Pengkalan Chepa, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dan Kilometer 1-Nilam Puri.
“Daerah Pasir Mas pula membabitkan jalan antara bulatan Lemal ke Rantau Panjang dan Jalan Pasir Mas-Tanah Merah. Di daerah Tumpat pula membabitkan Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor dan Jalan Kota Bharu-Tumpat,” katanya.
Abdul Rahim berkata, di daerah Tanah Merah, kawasan berisiko tinggi ialah di Kilometer 47 sehingga Kilometer 76, Jalan Machang-Jeli sementara di daerah Jeli pula membabitkan Jalan Jeli ke Kuala Balah dan Jalan Raya Timur Barat.
Katanya, di daerah Machang membabitkan Kilometer 26.6 sehingga Kilometer 45, Jalan Kota Baharu-Kuala Krai dan Kilometer 45 sehingga Kilometer 53, Jalan Machang-Telekong.
“Di daerah Pasir Puteh, jalan yang dikenal pasti ialah antara Kilometer 28 sehingga Kilometer 51, Jalan Kota Baharu-Jerteh di Terengganu, daerah Bachok membabitkan Jalan Bachok-Beris Kubor, Jalan Bachok-Jelawat dan Jalan Tawang-Kedai Lalat sementara di daerah Kuala Krai membabitkan Kilometer 58 sehingga Kilometer 107 Jalan Kota Baharu-Gua Musang,” katany
If you enjoyed this post, feel free to subscribes to our rss feeds
Penemuan yu paus seberat dua tan dan panjangnya hampir tujuh meter di perairan Pulai Kendi, Pulau Pinang tiada kaitan dengan tandatanda akan berlakunya bencana tsunami.
Pensyarah Kanan Pusat Sains Samudera dan Pantai, Universiti Sains Malaysia, Dr. Aileen Tan Shau Hwai oleh itu mengingatkan orang ramai supaya tidak risau dan mengelakkan spekulasi berkaitan tsunami yang hanya membimbangkan masyarakat.
Katanya, awal tahun merupakan masa yang sesuai untuk ikan bermigrasi dan tidak mustahil ada yang tersesat atau termasuk ke pukat nelayan.
”Kita minta orang ramai tidak risau dengan kejadian semalam. Ia bukan petanda akan berlaku tsunami atau bencana berkaitan,” katanya semasa dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas penemuan bangkai seekor ikan yu paus kelmarin di perairan Pulau Kendi dipercayai terperangkap di dalam pukat nelayan kira-kira pukul 3 pagi sebelum dibawa ke jeti Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Pada 2005, penduduk pantai Teluk Bahang dikejutkan dengan penemuan kerang di sepanjang dua kilometer pantai itu dan dikaitkan dengan kejadian tsunami.
Insiden aneh tidak sampai seminggu selepas penemuan beratus-ratus timun laut di pantai-pantai utama di Port Dickson, Negeri Sembilan itu disifatkan luar biasa kerana kerang biasanya hidup di dasar laut berselut dan berlumpur.
Aileen menjelaskan, ikan jenis itu adalah hidupan laut dalam dan tiada kena mengena dengan spesies dasar laut.
Katanya, kegusaran tentang kemungkinan terjadinya tsunami hanya boleh timbul jika kejadian itu melibatkan berpuluh-puluh ikan yang mati pada sesuatu masa.
”Kejadian itu akan menjadi pelik seandainya banyak ikan yang mati pada masa yang sama. Tanda tsunami juga boleh dikesan jika hidupan dasar laut ‘keluar’ beramai-ramai dan terdampar di tepi pantai,” ujarnya.
Mengulas isu yang sama Pensyarah Biologi Marin Fakulti Sains Universiti Malaya (UM), Affendi Yang Amri berkata, ikan itu mungkin mati kerana terlanggar bot besar semasa bermigrasi ke kawasan baru.
”Kini adalah masa sesuai untuk ikan berkenaan berpindah dari lautan Hindi ke Kepulauan Jawa. Mereka menggunakan Selat Melaka sebagai jalan ke destinasi.
”Jadi peneman ikan itu mungkin disebabkan ia ‘berlanggar’ dengan bot besar yang turut menggunakan jalan migrasi mereka,” ujarnya.
Oleh itu jelasnya, tiada sebarang petanda berkaitan tsunami dikesan dan orang ramai juga tidak perlu risau mengenai sebarang malapetaka berkaitan yang mungkin berlaku.
If you enjoyed this post, feel free to subscribes to our rss feeds
TAHUN 2009, dunia hiburan kita sambut dengan kontroversi selebriti, pesta seks dan dadah. Terkejut? Apa nak dihairankan kerana resam dunia popular, kontroversilah yang menghidupkannya.
Cuma yang agak menyedihkan kerana baru sahaja kita menyimpan azam untuk memperbaiki kekurangan 2008, belum pun sehari sambutannya, kita calar dengan perkara yang menjatuhkan maruah.
Memang nilai beritanya tinggi. Hampir semua akhbar harian menyiarkan berita penangkapan dua selebriti bersama 24 yang lain itu pada muka surat pertama.
Malah ramai juga kalangan wartawan yang terpaksa melayan panggilan-panggilan daripada sanak saudara dan teman-teman bertanyakan siapakah pembaca berita dan aktres yang ditangkap itu.
Beritanya mengalahkan cerita tragedi kematian di kota Bangkok akibat kebakaran kelab malam, juga ketika meraikan sambutan tahun baru. Janganlah marah kalau orang asyik memperkatakan soal moral artis tempatan yang kebanyakannya berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Tapi sayang, kerana seorang dua yang membuat onar, keseluruhan dunia hiburan menerima tempiasnya. Golongan selebriti - artis, pengacara, penyampai radio, penyampai berita dan segala bagai lagi - terpalit sekali.
Sedangkan ramai juga daripada mereka amat menjaga imej, tata susila dan keperibadian serta maruah diri masing-masing kerana mengetahui status mereka sebagai orang dikenali.
Justeru tentunya setiap tingkah laku dan perbuatan di depan khalayak akan dilihat dan diperkatakan hatta jika tidak melemparkan senyuman kepada orangnya, mereka akan dikata.
Kita faham, sebagai manusia biasa kita semua melakukan kesilapan. Besar atau kecil, kesalahan itu kita yang perlu menanggungnya.
Tetapi jika melakukan perkara yang bukan sahaja tidak senonoh dan tidak bermoral malah bukan sekali dilakukan, kita pasti tertanya-tanya, tidakkah mereka malu.
Kerana antara yang ditangkap itu juga sebelum ini pernah menggemparkan industri dan memberi panas dunia hiburan. Bak kata seorang teman di blognya, si pelakon - memang dikenali agak nakal.
Si penyampai berita - dia baca berita berat, bukan gosip picisan.
Jadi renungkanlah.
If you enjoyed this post, feel free to subscribes to our rss feeds
Attention: Buat Sesiapa yang ada cerita atau isu menarik yang ingin di masukkan di internet sila daftar! Please Log IN Username: intro2u Password: 1234 Setiap Cerita atau ilmu yang ingin di kongsi akan menjadi tatapan peminat blog Ini.