Intro2u.net >Zila > Zila Bakarin yang seksi FUH

Zila Bakarin yang seksi FUH

By admin

Read Here

SEKSI dan berani. Demikianlah pandangan setiap pasang mata yang memandang tepat ke arah artis muda Zila Bakarin sewaktu penggambaran wajahnya untuk menghiasi muka depan Pancaindera di studio Utusan baru-baru ini.

zila_bakarin1.jpg

Dia seorang yang cukup selamba dan tidak mempedulikan apa yang akan diperkatakan oleh masyarakat terhadapnya.

Zila yang dibesarkan di bandar raya Kuala Lumpur sebenarnya cukup selesa dengan keadaan sedemikian.

“Pada saya seni seksi itu suatu yang cukup subjektif. Sebagai artis saya rasa apa yang saya tampilkan hanya sekadar untuk kepuasan diri. Pada masa yang sama, saya juga masih sedar batas susila sebagai bangsa Melayu,” ujar Zila ketika ditanya apakah makna seksi dari kaca matanya.

Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin sebenarnya dilahirkan di negeri jelapang padi, Kedah, 24 tahun lalu dan sehingga kini sudah membintangi lebih 30 buah drama televisyen.

Pelakon ini juga sebenarnya seorang yang cukup mudah didekati. Zila juga seorang yang kelakar. Seperkara lagi mengenai anak ketiga daripada tujuh adik- beradik ini ialah dia seorang yang suka ketawa.

Lantaran itu tidak hairanlah mengapa sepanjang temu bual dengannya, dia lebih banyak ketawa daripada berbicara.

Namun begitu, di sebalik bicaranya yang diatur penuh tersusun itu, menyimpan pelbagai makna yang seolah-olah menggambarkan peribadi Zila.

Di sebalik karakter happy go lucky yang ada dalam dirinya itu, Zila bagaimanapun mengakui kepada Pancaindera yang dia seorang yang cukup sensitif.

Ekoran sikapnya yang mudah percaya kepada orang lain, Zila mengakui sudah beberapa kali dia menjadi mangsa pihak tertentu yang suka mengambil kesempatan di atas kebaikan dan keramahannya.

“Saya sudah mengalaminya beberapa kali dan keadaan sebegitu menyebabkan saya menjadi manusia yang paling sedih dan sensitif kerana saya tidak menyangka masih ada pihak yang cuba menyalahanggap kebaikan dan keramahan saya,” katanya dalam nada kesal.

Kata Zila, dalam menjalin persahabatan dengan sesiapa sahaja dia sentiasa mengharapkan, jalinan itu akan memberi kebaikan untuk jangka panjang.

zilabakarin3.jpg

“Saya mahu berbuat baik dengan sesiapa sahaja dan juga mahu menjalin persahabatan untuk tempoh masa yang panjang… bukannya untuk sehari dua.

“Malangnya jalinan persahabatan itu disalah anggap dan terhenti di pertengahan jalan hanya kerana mereka suka mengambil kesempatan terhadap diri saya,” jelas Zila sambil memberitahu dia kini cukup berhati-hati dalam memilih sahabat.

Bercerita mengenai profesionnya sebagai pelakon, Zila memberitahu, sebagai artis baru dia tidak menafikan seseorang artis itu memerlukan publisiti yang meluas untuk membantu menaikkan nama mereka di persada seni tanah air.

Justeru itu Zila memberitahu, langkahnya yang berani menggayakan aksi seksi juga antara faktor yang menjadikan dia dikenali para pengarah dan penerbit drama.

“Sebagai pelakon drama, siapa yang akan mengenal saya, kerana saya bukan bintang atau pelakon utama, tanpa publisiti tentu ramai pengarah yang tidak tahu dan mengenal saya. Jadi dengan publisiti di akhbar dan peluang untuk berlakon tentu lebih mudah.

“Pada masa yang sama saya juga selalu mengingatkan diri ini agar jangan mudah terpengaruh dan terpedaya dengan peluang yang datang kerana ada kalanya peluang itu akan memakan diri.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana keluarga sentiasa memberi nasihat dan bimbingan kepada saya supaya saya tidak pergi lebih jauh. Inilah kelebihannya apabila kita rapat dengan keluarga, dan lebih penting saya juga perlu jaga nama baik keluarga,” ceritanya lagi sebelum mengakhiri perbualan petang itu.

Related Content

7 Responses to “Zila Bakarin yang seksi FUH”

  1. SELEPAS memegang status isteri pun, dramatis yang si nonim dengan watak penggoda dan antagonis, Zila Bakarin mengakui masih sukar untuk mengikis imej seksinya.

    Malah, kata Zila, 33, yang baru lima bulan bergelar isteri kepada jurukamera syarikat produksi, Azri Izhar, itulah imejnya dari dulu sampai sekarang.

    “Saya tidak suka hipokrit dalam soal ini. Saya sendiri yang ingin tampil dengan imej seksi sebab itu saya tidak salahkan orang bila meletakkan diri saya sebagai pelakon seksi.

    “Tapi bila berimej seksi, bukanlah bermaksud orang layan saya sebagai wanita murahan kerana saya ada maruah dan harga diri,” katanya.

    Namun, kata Zila, bila sudah berkahwin, semua pelakon, pengarah dan kru di lokasi penggambaran juga meng hormatinya sebagai pelakon yang sudah berkahwin.

    “Sebenarnya, saya pernah dihina dengan imej seksi ini. Tapi bagi saya, selagi kata-kata itu tidak keluar dari mulut ibu bapa dan suami, saya tetap mengekalkan imej sedia ada. Mak lumlah, saya cari makan dalam bidang seni,” katanya.

    Zila berkata, dia beruntung kerana keluarga mentua cukup memahami dirinya sebagai anak seni.

    “Menurut suami, pakaian luaran bukanlah pengukur hati budi seseorang. Apa yang penting, saya ingin menjadi isteri yang setia dan dan baik. Pada masa sama, bijak menjaga maruah sebagai isteri, nama baik suami dan keluarga.

    “Saya pun bukannya muda lagi dan dalam usia ini saya sudah cukup matang menilai mana yang baik dan buruk,” katanya.

    Rutin hidup Zila juga berubah selepas berkahwin.

    “Jika dulu saya tidak kisah pulang lewat malam selepas tamat penggambaran drama tapi kini tidak lagi.

    “Saya pastikan terus pulang ke rumah bila habis sesuatu penggambaran. Maklumlah, kini ada suami yang menanti.

    “Saya beruntung kerana dikurniakan suami cukup me mahami, tidak mengongkong dan merestui minat saya yang mendalam pada bidang lakonan. Kami juga dipertemukan di lokasi penggambaran,” katanya.

    Sebagai pelakon yang sudah masak dengan asam garam dunia seni sejak berkecimpung dalam bidang ini, sebelas tahun lalu,

    Zila berkata, dia juga tidak ada masalah untuk buat babak panas atau ranjang selepas berkahwin.

    “Bagi saya, apalah sangat babak panas yang kita boleh buat di sini berbanding di Hollywood ?

    “Tapi sebelum buat babak itu saya akan bertanya pengarah, babak itu tidak akan dipotong Lembaga Penapisan Filem (LPF) atau tidak? Jika tidak dipotong, saya tidak ada masalah untuk melakukannya demi menghidupkan lagi jalan cerita,” katanya.

    Zila ditemui ketika sesi memperkenalkan pelakon siri komedi Romeo, di Long Bar, Hotel One World, Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Zila berkata, dia memohon berbanyak kemaafan kerana tidak menjemput pihak media membuat liputan majlis pernikahannya pada 11 Januari lalu.

    “Majlis pernikahan kami sangat ringkas kerana kami hanya buat perkara yang wajib dulu. Pada majlis akad nikah itu, saya menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 dan mas kahwin RM1,000 saja.

    “Maklumlah, kami sudah kenal lama dan berkawan selama lapan tahun. Justeru, biarlah ia diakhiri dengan ikatan perkahwinan yang sah. Saya juga tidak berkahwin dengan orang kaya sebab itu kami lebih suka buat majlis mengikut kemampuan kami.

    “Kami hanya bernikah dan selepas itu ada jamuan ringkas buat keluarga terdekat saja. Sepatutnya, akad nikah pada Mac tapi semua tak menjadi kerana ada masalah tidak dapat dielakkan.

    “Selain ibu bapa tidak sihat kami juga baru berpindah ke rumah baru untuk memulakan kehidupan berkelamin.

    “Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya akan buat majlis khas untuk menjamu pihak media nanti sempena majlis per nikahan ini,” katanya.

    Zila berkata, dia dan suami lebih suka hidup dalam serba sederhana.

    “Kami tidak hidup mewah. Maklumlah, saya bukanlah artis yang dapat tawaran berlakon mencurah-curah dan dibayar puluhan ribu ringgit.

    “Sekalipun serba sederhana, kami tetap hidup bahagia. Saya masih mampu cari duit, cukup makan, pakai, bayar semua bil dan baju pun bertukar seperti orang lain.

    “Alhamdulillah, selepas berkahwin rezeki dalam bidang lakonan tetap ada,” katanya.

    Zila berkata, dia juga berdoa semoga perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu kekal hingga ke akhir hayat.

    “Saya buat solat hajat untuk memastikan sama ada Azri adalah jodoh yang ditentukan tuhan buat saya ataupun sebaliknya. Maklumlah, terlalu banyak dugaan kami hadapi sebelum selamat diijabkabulkan.

    “Justeru, saya juga berusaha untuk mengekalkan keba hagiaan dikecapi ketika ini.

    “Jika dulu saya tidak pandai memasak, kini saya sanggup belajar memasak makanan kegemaran suami seperti singgang Kelantan.

    “Suami pula tidak cerewet dan terima diri saya seadanya. Selalunya, saya cuma masak nasi dan lauk pauk pula dibeli di luar. Itu lebih mudah kerana kami hanya tinggal berdua saja,” katanya.

    Ketika ditanya, sama ada dia sudah bersedia menerima kehadiran orang ketiga dalam hidupnya, Zila berkata, dia dan suami memang tidak kisah dikurniakan anak secepat mung kin.

    “Dalam usia ini, saya tidak boleh menunggu lama untuk mempunyai anak. Kalau dapat seorang anak pun jadilah untuk menyerikan keluarga kami dan mengukuhkan lagi ikatan perkahwinan sedia ada,” katanya.

    Selain drama bersiri Romeo, Zila juga beraksi dalam telefilem Aash & Aeri untuk saluran TV1 yang masih dalam proses penggambaran di Kuala Selangor. Pada masa sama, dia masih mempertimbangkan beberapa lagi tawaran berlakon drama terbitan produksi tempatan.

  2. babyoweo

    seksi gila minah nie~!!!!!!!!!!!!!!!!

  3. budak

    artis cap ayam style mcm penah dpt grammy award. malu lah banyak, not like ct yg dpt award bnyk pun x mcm die..ee if i rather working as promotion girl at wet.market lah not artis la. very x 20000x schem la oi. Apalah malaysia baru blakon ckit da gelar artis mcm ni bdk x sklh mcm i pun boleh dpt title artis, bile nak buat film blue kak zila….

  4. budak poyo

    seksi lah kak nie..
    geram tgk

  5. syera

    ingat bgos ke seksi cmtu???

  6. JEE

    ya ALLAH…KE NAPE JD CAM NIE AWK 2 ISLAM…

  7. joi

    memanglah dia tak patut posing cam tu..dedah aurat. tapi ko lagi teruk..sebab buat fitnah. gambar no 2 tu super imposed…budak kecik pun tahu..hijrahlah…hentikan fitnah

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline