Awal gaduh
Read Here
Mempertahankan diri daripada segala tuduhan tidak berasas, katanya dari dulu dia ingin muncul di televisyen dan di layar lebar. Kini segala angannya itu menjadi kenyataan.
“Apa yang saya perolehi adalah nikmat daripada Allah yang memberi saya peluang dan rezeki. Segala yang dicita-citakan sudah pun berada depan mata dan saya amat mensyukurinya. Saya menghargai setiap peluang yang diberi dan setiap hari adalah proses pembelajaran untuk menjadi bertambah baik. “Karier lakonan bukanlah untuk selamanya. Suatu hari nanti pasti ia akan bernoktah. Apa lagi dengan kehadiran bakat baru, saya perlu bersaing dengan mereka.
“Apa guna saya bermegah diri dengan rezeki Allah beri. Saya berlakon untuk meneruskan kelangsungan hidup bukannya memburu nama atau mengejar kemewahan,” katanya.
Awal ditemui pada pratonton filem lakonan keenamnya, I’m Not Single terbitan MIG Productionsn Sdn Bhd di TGV, The Mines, Seri Kembangan baru-baru ini. Waktu sama, dia sibuk di lokasi penggambaran filem ketujuhnya, Syurga Cinta, juga terbitan MIG.
Berkongsi pendapat mengenai lakonannya sebagai Dani dalam I’m Not Single, jelas Awal dia rimas membawakan karektor yang mengada-ngada, manja, sensitif dan suka merengek.
“Pada pandangan mata kasar, Dani yang suka menunggang motosikal berkuasa tinggi kelihatan kasar dan macho tetapi sifat dalamannya terlalu sensitif. Situasi sebenar saya bukanlah orang seperti itu. Pengarah filem itu, Pierre Andre, mahu penonton simpati dengan Dani.
“Dalam filem itu saya dikehendaki memanggil kekasih saya, Maya (Lisa Surihani) ‘baby’. Ia buat saya menjadi rimas. Namun ternyata saya berjaya keluar daripada menjadi diri sendiri.
“Mengenai Pierre selaku pengarah, bekerja dengannya mudah kerana dia tidak ‘mengarah’ pelakon sebaliknya dia berbincang dengan kami. Caranya itu membuatkan kami berasakan Pierre lebih daripada seorang kawan, bukannya pengarah malah ini kami memang berkawan dan sama-sama berlakon,” katanya.
Mengenai Lisa pula, jelas Awal dia tidak pernah berjumpa dengan gadis jelita itu sehinggalah mereka ditawarkan berlakon dalam filem sama

Use the form below to search the site:
x patut