Darling

Melalui pertemuan RAP dengannya baru-baru ini, sekali imbas hampir tidak menyedari gadis yang berambut lurus, natalley.jpgmundar mandir melayan setiap tetamu dengan senyuman manisnya itu adalah .

“Saya lebih selesa dengan imej baru ini. Ia menampakkan saya lebih matang, berkeyakinan dan yang pasti imej baru ini tanda Darling yang baru akan kembali meriahkan persada seni tanah air,” katanya.

Menurut Darling, imej barunya itu dinamakan ‘short with fringe’ disarankan rakannya berbangsa Cina yang berpendapat Darling perlu ada semangat baru untuk berjaya sebagai ahli perniagaan.

“Saya tidak mahu membuang masa lagi, seperti bercampur atau berkawan dengan orang-orang yang merugikan hidup saya. Kemalangan mengajar saya betapa hidup kita singkat, bila-bila masa saja kita boleh dipanggil kembali oleh Ilahi.

“Justeru, melalui syarikat saya sendiri, Nasreen Pictures, saya mahu sumbangkan bukan saja di bidang lakonan tetapi penerbitan drama yang lebih berkualiti,” katanya.

Di sebalik semangatnya yang berkobar-kobar, Darling sekadar mahu berkongsi pengalaman betapa ngilu dan ngeri ketika membuka alat sokongan leher, ‘halo’, yang digunakan hampir dua bulan.

Ketika ditemui pada majlis akikah anak saudaranya Nasfazril Nasrizal dan kenduri doa selamat di kediamannya, jelas Darling dia bagaimanapun bersyukur kerana segala penderitaan sudah berakhir.

“Saya sendiri gerun apabila mengingatkan kembali pengalaman apabila doktor membuka halo di kepala. Tanpa dibius, skru yang ditebuk di dahi dan belakang kepala ditanggalkan.

“Doktor tidak boleh membius kepala saya waktu itu memandangkan ia membabitkan kepala. Saya terpaksa menerimanya. Sakit bukan kepalang sehinggakan selepas halo di buka, darah terus menitik.

“Namun bagi saya ujian yang saya hadapi hanya kecil kerana selama menjalani rawatan ada hamba Allah lebih kronik daripada saya. Alhamdulillah luka saya alami tidak kelihatan sangat,” katanya.

Pada 5 Mei lalu kereta BMW dipandu Darling mengalami kemalangan di Kilometer 247 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Senawang ketika dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru, Johor. Turut sama dalam kenderaan terbabit ibunya, Habibah Jaafar dan adik bongsu, Nasshuhadah.

Alat halo terpaksa dipakai bagi memulihkan kecederaan tulang servicalnya itu.

“Sekalipun halo sudah dibuka saya masih perlu menerima rawatan dan sekarang masih bergantung kepada alat sokongan di leher. Saya tidak boleh terlalu aktif, masih perlu menjalani rawatan serta berehat dalam masa sebulan lagi bagi memastikan kecederaan dialami benar-benar sembuh,” katanya.

Mengenali Darling yang begitu cekal dan gigih, pelakon yang pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin 1996 menerusi drama Selamat Hari Jadi Su 3 terus kembali sibuk menguruskan projek terbaru produksi Nasreen Pictures selepas halo dibuka.

“Sepanjang berehat di rumah segala projek Nasreen Pictures diuruskan kakitangan lain. Cuma untuk mesyuarat dengan pihak stesen televisyen seperti RTM, TV3 dan Astro, saya akan turun padang.

“Saya bersyukur setakat ini kebanyakan stesen televisyen memberikan kepercayaan kepada Nasreen Pictures. Sekadar contoh Astro sendiri memilih drama yang dihasilkan produksi saya iaitu Gadis Cuci untuk dipertandingkan di Anugerah Skrin tahun ini.

“Selain itu Astro mahu menyambung tayangan siri Gadis Cuci musim kedua. Projek ini hanya boleh dilakukan hujung tahun ini memandangkan beberapa pelakon terbabit kini mempunyai komitmen lain.

“Malah pelakon utama drama ini seperti adik saya sendiri, Anne Ngasri dan Nora Danish sedang sarat mengandung. Selepas habis pantang baru penggambaran musim kedua dapat dilakukan,” katanya.

Dalam tempoh rawatan, dek rindukan dunia lakonan, pelakon yang pernah membintangi filem Yassin dan SH3 The Movie itu menerima tawaran drama untuk tayangan khas Panggung RTM walaupun dia belum sihat. Malah Darling sempat juga menyumbangkan suara untuk beberapa iklan radio dan tv.

“Saya jenis tidak boleh duduk diam. Jika terlalu lama memerap di rumah, boleh membuatkan saya rimas. Disebabkan perkara itu saya mengambil keputusan untuk menjayakan drama Panggung RTM.

“Selepas membuka halo, rezeki datang mencurah-curah sampai ada tujuh tawaran berlakon drama diperoleh. Begitupun saya lebih selektif kini kerana watak yang memerlukan beraksi lasak dan kasar tidak boleh diterima kerana bimbang beri kesan kepada kecederaan tulang servical saya,” katanya.

Mengenai perancangan Nasreen Pictures, kata Darling pihaknya mempunyai hasrat menjalin kerjasama dengan beberapa pengarah berpengalaman seperti Aziz M Osman, Khabir Bhatia dan Ahmad Idham.

“Saya mahu memastikan produk Nasreen Picture dihasilkan pengarah yang berkualiti bukan pengarah tidak memberi komitmen baik pada syarikat. Bukan pengarah yang suka main-main,” katanya.

Menurut Darling, persaingan antara produksi sekarang ini cukup sengit dan dalam usaha mendapatkan slot tayangan di stesen televisyen tempatan, tunjang utamanya adalah pada kreativiti pengarah.

“Saya percaya penggerak cerita kepada drama yang baik bergantung kepada pengarahnya. Tidak dinafikan pengarah seperti Aziz, Khabir dan Ahmad Idham bukan saja bagus mengarah tetapi penerbit yang berpengalaman.

“Sebagai orang yang terbabit dalam industri penerbitan saya berasakan sekiranya kita tidak dapat bersaing dengan mereka adalah baik jika kita menyertai mereka. Dengan cara ini industri akan berkembang secara sihat.

“Saya membayangkan jika ditakdirkan suatu hari nanti mereka dapat mengarahkan drama dan siapa tahu filem terbitan Nasreen Pictures kerana dengan cara itulah saya dapat menimba ilmu dan bertukar-tukar pendapat untuk kebaikan industri perfileman kita,” katanya.

Di kesempatan ini Darling mahu merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka melawatnya sepanjang menjalani rawatan antaranya Timbalan Menteri Sumber Manusia juga Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad; Rita Dewi (wakil Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia), Datuk Aziz Sattar, David Teoh, rakan artis, teman wartawan dan peminat yang banyak memberikan sokongan.

“Kehadiran mereka sebenarnya memberi kekuatan kepada saya,” kata Darling.

Profile

Nama Sebenar: Nasreen Ngasri

Nama Komersil: Darling

Tarikh lahir: 2 Jun 1983

Tempat lahir: Johor Bahru, Johor

Umur: 25 tahun

Pendidikan: Diploma Pengajian Perniagaan Olympia College

Status: Bujang

Profesion: Pengacara, Pelakon dan Pengarah Urusan Nasreen Pictures Sdn Bhd

Rancangan Televisyen: Kelab Colgate, Kelab Kanak-kanak Angkasapuri, Alam Ria Cuti Sekolah, Rancangan Kerengga, Kelab Remaja Mergastua dan Kuiz Pengguna Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang.

DRAMA: Lebih 300 antaranya, City Of The Reach, Selamat Hari Jadi Su, Get’em Closer, Cikgu Kami, Demi, Ampunkan Dosaku, Tak Sangka No, Takbir Khadijah, Jaringan, Ya Beda Bedu, Aku Bukan Malaikat, Gadis Cuci.

FILEM: Yassin dan SH3 The Movie

PENCAPAIAN: Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin 1996 (Selamat

Harijadi Su 3) dan Pelakon Pembantu Drama Radio Terbaik Anugerah Seri

Angkasa 2005.

This entry was posted in Artis. Bookmark the permalink.

7 Responses to Darling

  1. Ani says:

    Betul ke Darling dah ada teman baru? Dengar khabar kacak dari si Adam tu. Ada sesiapa boleh pastikan?

  2. darling says:

    ala apa salah nya kawan nanti pasti akan kawen cara betul…
    kalau ada sapa menyebok… tekala..

  3. Ani says:

    Terima kasih atas penerangan Darling. Rupa macam chinese. Melayu atau chinese?

  4. dARLING(",) says:

    ALAHAI….
    sy melayu. gambar tu bukan saya! tolong saper buat???

  5. Atiah says:

    Betul ke kak darling ada teman baru? Mesti kacak punya. Tak sabar nak tengok kak darling bersanding. Jangan sorok ye kak darling. Yang baik elok di segerakan. Jangan lupa jemput peminat tau.

  6. Duku says:

    Hello kak darling,
    Kak darling dah baik? Semoga cepat sembuh. Ramai orang kata (orang-orang yg tulis kat atas), kak darling ada bf baru. Betul ke? Kalau betul, siapa dia? Bila nak diumumkan pada peminat? Tak sabar nak tengok gambar kak darling berdua

  7. jang says:

    bos
    kalu nak pakai wokshop buat drama?filem bagi tahu
    murah rm 300

Leave a Reply