Kerajaan sekarang sebegitu bodoh

DEBAT ANWAR

1. Saya harus mengucapkan tahniah kepada Kerajaan pimpinan Dato’ Seri Abdullah Badawi kerana membenarkan debat antara Pembangkang dan Kerajaan, khususnya antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Shabery Cheek.

2. Ia bukanlah satu pertandingan yang adil. Shabery sangat kurang pengalaman didalam bidang yang mana Anwar adalah jaguh iaitu bercakap. Perkara yang didebatkan pula sudah pasti meletakkan Kerajaan didalam keadaan tertekan.

3. Apabila Shabery menimbulkan apa yang telah dikatakan oleh Anwar mengenai saya pada masa lampau, ianya telah sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti Anwar. Tetapi adalah jelas bahawa Shabery gementar.

4. Sebagaimana yang saya katakan, Anwar boleh meyakinkan terutama kepada mereka yang mahu mempercayainya. Media Barat telah membuat kesimpulan bahawa tuduhan terhadap Anwar kali ini adalah sama dengan agenda politik yang lama yang dibuat untuk menghalangnya menjadi Perdana Menteri.

5. Pada masa lalu saya adalah sasaran utama. Dato’ Seri Abdullah telah menafikan pembabitannya kali ini tetapi media Barat dan teman-teman Anwar dari Amerika tidak dapat diyakinkan dan akan terus mengaitkan Abdullah.

6. Tetapi, adakah Kerajaan sekarang sebegitu bodoh dan tidak mempunyai daya imaginasi untuk menggunakan “taktik” yang sama terutamanya memandang kepada sikapnya yang kritikal terhadap Kerajaan dahulu? Pastinya ia mampu untuk menggunakan cerita lain yang lebih meyakinkan jika ia memang merancang ataupun berkonspirasi terhadap Anwar. Ada kebarangkalian bahawa ceritanya sama kerana ianya benar.

7. Mungkinkah pihak yang membuat lapuran kali ini seorang yang cuba meniru? Agak mustahil. Tidak ramai yang sanggup kehadapan dan mengumumkan sesuatu yang amat mengaibkan seperti kena liwat. Sebenarnya, dalam peristiwa yang lalu, sekurang-kurangnya dua orang menemui saya dan membuat pengakuan mereka telah diliwat oleh Anwar. Tetapi mereka tidak sanggup membuat lapuran ataupun menjadi saksi dimahkamah. Bagaimanapun, seorang dari mereka telah pergi menemui Imam Masjid Negara (sekarang ini ahli parliamen PAS) untuk mendapatkan nasihat dari sudut agama.

8. Ada beberapa tabiat yang sukar untuk dibuang. Perokok tegar akan menyatakan sedemikian. Begitu juga penagih dadah.

9. Sudah pasti ini tergantung kepada mahkamah untuk menentukan dan inipun jika kes ini akhirnya sampa kemahkamah. Mahkamah mungkin mendapati Anwar bersalah. Dia kemudiannya boleh merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi malahan kemahkamah-mahkamah khas yang diadakan untuknya.

10. Jika dia berjaya membuat Saiful kelihatan sebagai pasangan yang rela seperti didalam kes Azizan, maka kenyataan Saiful tidak boleh dianggap sebagai bukti yang tidak dapat dipertikaikan. Anwar akan dibebaskan.

11. Anwar telah menolak untuk bersumpah diatas Quran untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Tetapi Saiful sanggup untuk melakukannya didalam masjid dan disaksikan oleh alim ulamak.

12. Tetapi ada seorang Mufti yang menentang cadangan ini. Jika seseorang itu tidak bersalah mengapa dia tidak boleh bersumpah untuk membersihkan namanya.

13. Menimbulkan isu “qazaf” hanyalah bertujuan untuk megalihkan tumpuan. Ianya satu ugutan terhadap sipenuduh iaitu jika dia tidak dapat mengemukakan saksi-saksi dianya akan dituduh melakukan fitnah dan akan dihukum sebat.

14. Didalam Quran terdapat banyak penekanan terhadap keadilan. Berulangkali (sekurang-kurangnya 43 ayat) didalam Quran menyeru “bila kamu menghukum, hukumlah dengan adil.”

15. Syariah itu bukanlah sekadar proses membuat penghakiman dan menjatuhkan hukuman. Undang-undang syariah bertujuan untuk memastikan keadilan dilaksanakan. Akan menjadi satu ketidakadilan jika orang yang menjadi mangsa dihukum (kerana gagal mengemukakan empat orang saksi) manakala orang yang melakukan penganiayaan lepas bebas. Ini adalah satu ketidakadilan yang ketara. Pastinya tidak mungkin undang-undang Islam mengabaikan keadilan dan cuma tumpu kepada perbicaraan dan hukuman.

16. Diriwayatkan didalam Quran mengenai Zulaikha yang cintanya kepada Nabi Yusof dan dianya dipercayai mengejar Yusof kerana baju Yusof koyak dibahagian belakang.

17. Amat jelas Quran menerima bukti-bukti bersandarkan kepada keadaan (circumstantial evidence) walaupun tidak disokong oleh saksi-saksi. Ini kerana Islam meletakkan nilai yang tinggi kepada keadilan. Proses yang diambil didalam membuat sesuatu penghakiman adalah untuk memastikan keadilan tercapai. Proses itu tidak boleh disalahgunakan dan diperalatkan untuk menyekat keadilan.

18. Kerana itu Anwar tidak harus mengelakkan diri dari diadili dengan menimbulkan soal qazaf. Dia mungkin boleh mencuba melakukannya dengan undang-undang buatan manusia tetapi dia tidak harus menggunakan hukum Allah untuk mencapai ketidakadilan. Ianya melanggar lunas Islam dan ini adalah berdosa.

0 TrackBacks

Listed below are links to blogs that reference this entry: THE ANWAR DEBATE.

TrackBack URL for this entry: http://test.chedet.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/65
119 Comments
By observer on July 17, 2008 3:34 PM

assalamualaikum tun…
i’m the first?haha
By nadzriAuthor Profile Page on July 17, 2008 3:35 PM

In my opinion, Anwar is the winner.

Tun and all bloggers,
I did also write something on this. Feel free to visit:

http://nadzrikamsin.blogspot.com/

By pakbelalangAuthor Profile Page on July 17, 2008 3:36 PM

Dear Tun,

Your comment can be safely concluded that a leopard will never change its spots.
By Farizad on July 17, 2008 3:37 PM

Salam Tun

Saya setuju dengan komen TUN.Teruskan perjuangan TUN,Rakyat perlu tolak Anwar sebagai pemimpin negara ini.
By anaifa on July 17, 2008 3:41 PM

Hah.. i’m d first..

Tun, at last..
however, i would like you to comment on the issue of the debate itself.. i mean, whether DSAI’s opinion is relevant or it’s just a political promise to win the hearts of Malaysian.. please discuss on the issue..

By the way, i will always love you n respect you..
May ALLAH bless you..
By nmjnhAuthor Profile Page on July 17, 2008 3:41 PM

Hi,
I agreed with u Tun, Its a mistake to put Shabbery against Anwar. But then, who else in the current government is brave enough to challenge Anwar openly? Pak Lah? Najib? I think if you are still in the cabinet, you are the best to debate with him

http://nmjnh.wordpress.com/2008/07/16/anwar-menang-debat-dengan-shabery/

By nadzriAuthor Profile Page on July 17, 2008 3:42 PM

Instead of having Shabery vs Anwar debate, maybe it is better to have Anwar vs Saiful debate.
By MataHatiJohorAuthor Profile Page on July 17, 2008 3:43 PM

Dear Tun,

Anwar akan terjerat di Mahkamah Syariah. Kenapa Anwar Si Penggila Kuasa ini engkar untuk memberikan contoh DNA nya.

Berani kerana Benar. Seperti yang Tun serukan kepada semua Ketua Cawangan dalam Majlis Penerangan berkaitan isu pemecatan Anwar di PWTC suatu masa dahulu :

“Tuan-tuan baliklah ke Cawangan masing-masing, Lakukan lah Solat Hajat di Masjid Kariah masing-masing dan mohon kepada Allah …TUNJUKKAN KEBENARAN..”

Dan inilah yang kami lakukan sehingga Allah telah tunjukkan bahawa Tun berada di pihak yang benar.

chedet.com FAN CLUB

http://www.facebook.com/group.php?gid=27391957109

By neo on July 17, 2008 3:43 PM

Tun,

“It was not an even match. Shabery is far too inexperienced in a field that Anwar excels i.e. talking.”

Haha. You could say that again. Rhetorics IS his forte.

By the way Tun, please be careful with your statement. Para 7 above can get you into trouble with the current police state. We don’t want you to be dragged to the IPK like some blue blood bloggers recently.
By WanJ Peraksi on July 17, 2008 3:43 PM

Ybg Tun,
Terima Kasih diatas komen Tun itu.,
Tentang Penjualan MV Agusta, dulu Tun Dan Tengku Mahaleel pernah offer nak beli, barangkali duit Tun Dan Tg Mahaleel tak laku pasal guna RM dan bukan US Dollar itu pasal jual depa kpd org lain, berilah saya information itu kpd saya, saya akan report.
By wewant on July 17, 2008 3:45 PM

what can be said regarding the debate..

it should be Najib or PM Abdullah…(if they have guts..)
defending the government move/policy..

n hopefully, one day they should invite u Tun..
debate on MV Agusta, Jambatan Bengkok, PM poor leadership etc..
By (MFMS)d on July 17, 2008 3:47 PM

May justice prevail one day.

kepada observer (first poster), jangan kebudak-budakan.
By pakbelalangAuthor Profile Page on July 17, 2008 3:48 PM

First Round Anwar dah menang. TKO !! Bolehlah Shabery resign. Kualiti perdebatan berbeza sekali seperti langit dengan bumi. Hujah Shabery nyata meleset! Shabery patut letak jawatan seperti mana yang dijanjikan. Janji mesti dikota kalau ada maruah. Kalau tidak ianya di anggap sebagai mungkiri janji dan tidak ada prinsip dan menunjukkan seorang berperibadi HP6.

Yes, it is unanimous Anwar has got the edge in the debate. Rakyat have given Anwar thumbs up. The debate backfired on Pak Lah’s haprak and HP6 policy. Anwar got free publicity. kah,kah,kah !! Memang haprak and HP6 budak budak Pak Lah !!
By abuanis on July 17, 2008 3:49 PM

Dear Tun,

Your comments is always enlightening…
By wan on July 17, 2008 3:50 PM

Askum Tun,
Anwar sudah tidak menjadi penting lagi kepada kita..apa yang lebih penting ialah keadaan ekonomi dan politik yang semakin tidak stabil.
Saya amat berharap agar Ybg Tun dapat menceburi semula ke dunia politik.
By tanakwagu on July 17, 2008 3:50 PM

I watched the debate. I’m not a ‘fan’ of DSAI but it was obvious that Dato Shabery’s argument was very weak and as Tun said, just very defensive of the present government and to me, also not conclusive. It was a boring debate because an experienced person like DSAI was matched with an inexperienced YB. DSAI should have been given a chance to perhaps debate with Dato Sharir who takes care of ‘naik turun harga barang’.
By Benderbuzz on July 17, 2008 3:51 PM

Salam Tun,
Saya tak berani nak tuduh Anwar meliwat atau tidak. Biarlah mahkamah yang menentukan.

Walau apapun, budaya liwat atau homoseksual memang wujud dalam masyarakat malaysia. Tak kiralah apa kaum sekalipun. Biasanya yang mendorong aktiviti sedemikian saya kira pada mulanya adalah sekadar ingin mencuba. Namun, lama-kelamaan, jadi ketagih pulak macam rokok atau dadah.

Mengingatkan kembali pada zaman persekolahan di sebuah asrama penuh. Kegiatan meliwat boleh dikira sebagai sebahagian daripada aktiviti gelap yang berlaku sama ada secara rela atau paksa. Biasanya, tiada siapapun yang akan mengaku dirinya meliwat atau diliwat. Hatta tertangkap sekalipun !

Jadi, kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang tinggal di asrama penuh. Jangan sangka anak gadis anda sahaja yang terancam, anak lelaki anda juga boleh jadi mangsa sebenarnya.

p/s: Anwar, ex-MCKK yek……
By kedahanAuthor Profile Page on July 17, 2008 3:51 PM

Salam Tun.
Sepatutnya biar Paklah yg debat ngan Anuar, sebab dia yg buat keputusan. Biar Paklah terkucil nak jawab sebab dia x reti pasai takbir urus niee. Paklah lah PM yg paling lemah mentadbir negara. Nampak sangat Sabery chek nak cover bos dia yg lembab tu.
By vision2020 on July 17, 2008 3:52 PM

In fact after reading a lot of story exist in the blog, i think that anwar sodomize case is a conspircay !!!IF the mongolian can be murdered by top police force and link up with top politician, and all the mogolian data being purge in the immigration department then why cant we believe this sondomize case is frame up by goverment !!! I cant believe a 60 years old guy with back problem can sodomize a 23 years old guy, this is totally a conspiracy !!! is really hummiliate people inteligent !!!! they cant find anythin to frame anwar i guess ,thats why using this plot !!! We cant trust the government anymore because as you say, government cant cheat us all the time !!! If for me to choose between a corrupt governemnt, a cool blood government or anwar government, i think a lot will still support anwar government !!! because as a leader, he is still the best choice now !!!!
By kedahanAuthor Profile Page on July 17, 2008 3:53 PM

Salam, Tun. Pada saya Sabery bukan lawan sebenar Anuar. Anuar lebih bijak utnuk menarik sokongan terhadap beliau dengan tidak menyerang peribadi Sabery.

www.politictoday.com
By NorAuthor Profile Page on July 17, 2008 3:53 PM

Dear Tun,
I find it really hard to distinguish theaterical act to reality nowadays. Sometimes it made me think that everything is a plot from a singular source, ie everybody that seems opposing each other politically is actually working together. It feels like Pepsi and Coke war, where it ended up is both got a big chunk of the profits.
This debate for instance, I doubt that Shabery did see him being slaughtered up there. He is well aware of DSAI repo and well verse of his shallow experience. Why he insisted so much on being up there? I am not sure. I am not even sure if he is on BN side or DSAI side. Anwar political move is based on reformation, reflecting he is the victim of injustice, raised people symphaty and anger. To execute this, he need momentom and the momentom he must maintain. Sodomy case may brought up by him to remind people of the preveious event. Should he won the case, he would easily proclaim innocent and anger will be deflected to you, and Najib as his ultimate rival.
It could also initiated by AAB. That would be for threat elimination of two highly risk individuals to take his post.
It could also initiated from you, to clear your previous lifted accusation against DSAI.
It could be frm Najib to clear his way to the top.
Anyway, what I am trying to say is, everything that happend have so much possibilities of origin and reason. I just want this thing to stop before it further hurt our economy. It is utterly unhealthy. I was suprise even on the roadblock that happen a few days ago, all BN member seems ok with it despite of time loss. We have 365 days a year with much less number of working days and 8 hours per day to fully generate the economy for the year. I despise anybody that think they own country’s and people’s time and money.

Regards.

http://gelamapisang.blogspot.com/

By LeongCW on July 17, 2008 3:54 PM

Point #2 taken with note..

The reason why Dato Shabery Cheek is sent into that ‘war-zone’ is because the current government has no quality think-tanks.

Someone has to take on the debate and fall flat in which it cannot be the Abdullah nor Najib.

Just imagine Abdullah falling asleep half way through the debate or Najib says ‘I Agree, I agree with you, Anwar’
By umnoduAuthor Profile Page on July 17, 2008 3:55 PM

Salam Tun,

Jawapan UMNO D.U terhadap isu yang dibangkitkan Anwar di www.suaradu.com

Tentang kes ini, UMNO D.U berharap polis lebih berhati-hati kerana setiap gerak langkah akan disalah erti.

www.suaradu.com
By justdoit on July 17, 2008 3:56 PM

salam tun

thanks for your comments on the historical debate.

however, it will be even more meaningful if it is the bodowi or najis instead of strawberry

regards and take care always tun
By monkutty on July 17, 2008 3:56 PM

Dear Tun,

1) Are you saying that this story has been concocted?

2) If yes by whom? In my opinion Najib stands the most to lose and hence he’s the one behind it.

3) Do you think Khairy aka De Facto Prime Minister has got anything to do with it?

4) Do you think now that RPK has been arrested and the case will go to court that Najib’s credibility will be further undermined as RPK has saud he will reveal all if charged?

5) Amid so many uncertainties in Malaysia now, do you think Malaysia is turning or will turn into a country full of CHAOS?
By guliano on July 17, 2008 3:56 PM

Askm YBBHg TUN,

You’ve been commenting on lots of issues and now…
on Anwar.
I have to be honest… i have this feeling, deep inside that you’ve been holding a ‘secret’ abt Anwar that could not be easily told. It’s like a secret which could not be told due to lack of evidence or (Anwar will sue you if you expose this to public).

You’ve been keeping this for so long and I bet the secret will die inside you forever…

TUN, WHAT REALLY HAPPENED IN 1998 ???????

IF IT IS TRUE THAT ANWAR INVOLVED IN IMMORAL SEX ACTIVITIES,…
MAY GOD HAVE MERCY ON ANWAR… FOR LYING TO RAKYAT AND SHAMEFULLY…
TO HIS INNOCENT CHILDREN!!!!!

IF HE WAS BEING FRAMED, THEN….MAY GOD HAVE MERCY ON ALL OF US…
By ijan on July 17, 2008 3:57 PM

Salam and good evening everyone.

I like your comment on this. Simple and concrete. They can send a better person to debate with Anwar. I’m quite ashamed to watch the live debate. Macam tak pernah berdebat je. I think the Government just take for granted on the debate.

Tun, my colleague send his regards to you.

Semoga Tun sihat selalu. Amin.
By myfirdaus2000 on July 17, 2008 3:57 PM

datuk seri

Saya gagal di dalam temuduga pegawai tadbir dan diplomatik..
saya rasa amat sedih dan sehingga sekarang saya masih lagi berfikir mengapa saya gagal di dalam temuduga tersebut.. adakah ini kerana dasar kerajaan yang menaikkan umur pesaraan sehingga 58 mengebabkan ramai golongan tidak dapat pekerjaan..universiti semakin banyak dibina sedangkan peluang pekerjaan semakin sedikit.. bila ditanya kepada kerajaan maka kerajaan suruh jadi petani.. cam amat tidak logik… kalau camtu baik suruh bukak satu sekolah pertanian pastu meraka ini akan jadi pertanian selepas grad..
By Yii SingAuthor Profile Page on July 17, 2008 3:57 PM

From wat i see, anwar is giving facts with number and how is the solution to find way to reduce the oil price , but the BN idiot never show when the money save after oil price increase, where is our government use to??

BN idiot only recall the past memory for us, but now is 2008 , not 1974 or 1997, past tense is past tense.. now we going for 2020 not turning back..

Thats why BN is not so successful now becoz they always try to think and turn back to 13 mei, 1974, 1980, 1998 or 1997, I HAVE TO REMIND tht we are in 2008 now, we left 12 yrs for 2020 !!!!

This entry was posted in Chedet. Bookmark the permalink.

Leave a Reply