Intro2u.net >Lisdawati > Lis Fauzi Nawawi

Lis Fauzi Nawawi

By admin

Read Here

Kebelakangan ini hari-hari dilalui pasti teringatkan anak tercinta. Malah Lis yang ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Aidilfitri ciptaan Michael Shu, baru-baru ini, berkata dia perlu bekerja keras demi masa depan ‘permata’ hati hasil perkongsian hidupnya dengan pelakon, Fauzi Nawawi itu.
aass.jpg
“Saya tidak ada masalah menjaga anak kerana ibu banyak membantu. Dalam tempoh berpantang selama 44 hari pelbagai perkara baru saya pelajari. Saya memang sukakan budak-budak sejak dulu, ternyata ia memberi kelebihan pada saya untuk tidak kekok sebaik menjaga anak sendiri,” katanya.

Mengenai Farhana, kata Lis, dia tidak menghadapi banyak masalah memandangkan anaknya tidak meragam.

“Kalau anak saya meragam pun bila dia lapar. Lepas menyusu, dia terus tidur. Saya benar-benar bersyukur kerana anak saya sihat dan sempurna. Sebagai ibu pada saya itu lebih penting.

“Bagaimanapun, tidak saya nafikan cabaran mendidik anak pada zaman serba moden ini begitu besar. Apatah lagi sekarang ini banyak perkara yang kurang menyenangkan berlaku.

“Malah perbelanjaan untuk membesarkan anak juga tinggi. Jadi sekarang saya perlu bekerja lebih keras untuk Farhana. Saya mahu dia mendapatkan yang terbaik terutama pendidikan.

“Bagi saya memberikan pendidikan yang baik dunia dan akhirat, agar Farhana membesar menjadi

insan yang berguna kepada masyarakat dan agama,” katanya.

Selepas habis pantang, kata Lis dia sudah mula kembali bekerja dan tugasan pertama dilakukan adalah menjalani fotografi dengan media dan memperaga pada majlis pertunjukan fesyen Michael Shu.

“Selepas beranak badan saya berisi sikit, mungkin disebabkan pembedahan. Dalam tempoh berpantang, saya tidak boleh banyak bergerak kerana takut luka dalam perut lambat pulih.

“Seksa juga saya dibuatnya sepanjang 44 hari berpantang selepas melahirkan Farhana pada 1 Jun lalu. Apatah lagi ibu saya amat peka dengan pantang larang orang tua-tua. Sampaikan saya hendak bergerak pun tidak boleh. Sedangkan saya jenis orang yang tidak boleh duduk diam,” katanya.

Lis tersenyum apabila menceritakan sikap suaminya yang banyak berubah sejak kehadiran Farhana.

“Fauzi sekarang ini kalau habis kerja terus pulang ke rumah untuk bersama anaknya. Syukur, apabila Fauzi turut berazam mahu berhenti merokok demi menjaga kesihatannya dan keluarga,” katanya.

Related Content

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline