Intro2u.net >Artis > Inul Daratista > lokasi Inul bergoyang

lokasi Inul bergoyang

By admin

Read Here

Lanjutan daripada kejayaan itu, IMS Prima Sdn Bhd sekali lagi menerbangkan penghibur terkenal itu ke Malaysia de ngan menjanjikan pementasan konsert yang lebih mantap.

Bezanya, jika dulu ia diadakan di Kuala Lumpur kali ini penganjur memilih Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru, sebagai lokasi Inul bergoyang.

Pengarah Urusan IMS Prima Sdn Bhd, Nasir Abubakar, berkata, konsert itu akan dilangsungkan pada 19 Julai ini, jam 8.30 malam.

“Konsert yang lalu mendapat sambutan cukup baik wa laupun kali pertama Inul menjejakkan kaki di Malaysia. Disebabkan itu, kami terpanggil untuk mengundangnya sekali lagi membuat persembahan di negara ini.

“Mengapa Johor Bahru dipilih sebagai lokasi persembahan? Selain kebanyakan konsert artis luar sering bertumpu di Kuala Lumpur, terdapat ramai warga Indonesia di Johor Bahru.

“Kehadiran mereka nanti akan menyumbang kejayaan terhadap penganjuran konsert ini. Bukan itu saja, saya difahamkan Inul turut diminati warga Singapura dan lokasi yang kami pilih ini memudahkan mereka datang,” katanya.

Nasir ditemui di majlis sidang media ‘Inul Live in JB’ yang diadakan di Restoran Senja, baru-baru ini, menambah, persembahan Inul kali ini dijangka lebih menarik kerana dia turut memperdengarkan lagu dipetik daripada album ter barunya.

“Pada 2 Julai, di Jakarta, Inul akan melancarkan album terbarunya serentak dengan sidang media konsert ini. Di sebabkan itu kami mengundang beberapa media tempatan ke Jakarta selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Julai untuk bersama kami memeriahkan majlis itu.

“Tidak sekadar sidang media, mereka juga akan dibawa minum petang bersama Inul di rumahnya untuk melihat sendiri kehidupan Inul yang sebenarnya selain mengenalinya secara ‘in person’.

“Berbalik pada persembahan konsert, jika di konsert yang lalu Inul banyak menyanyikan lagu Inggeris serta lagu hit yang dipopularkan artis Indonesia, kali ini hampir 20 lagu yang akan disampaikan adalah rangkaian lagu hangat dalam album pertama hingga yang terbaru,” katanya.

Sepanjang persembahan, Inul akan diiringi Audensi Band yang diterbangkan khas dari Indonesia yang terdiri daripada 14 pemuzik dan dua penyanyi latar.

Konsert ini, mensasarkan 7,000 hingga 8,000 kehadiran penonton bersesuaian dengan kapasiti yang mampu di tampung stadium berkenaan.

“Tiket dijual pada harga RM50 dan RM100. Bagi mereka yang membeli tiket RM50 sebelum 10 Julai akan diberikan diskaun dengan hanya perlu membayar RM35 saja.

“Konsert malam itu turut diserikan persembahan vokalis utama Abstrak Hingga Ke Bulan, Faiza, yang juga bertindak sebagai pengacara termasuk kumpulan wanita, Candy,” ka tanya.

Menariknya, sehari selepas ‘Inul Live in JB berlangsung, sebuah lagi konsert dianjurkan IMS Prima Sdn Bhd. Konsert yang dinamakan Made In Malaysia 2008 itu akan diadakan 20 Julai, jam 8.30 malam di Stadium Larkin.

Yang membezakan dua konsert ini, tentunya nama barisan artis selain tiket dijual jauh lebih murah daripada konsert Inul iaitu hanya RM20.

Menurut Nasir, konsert ini diadakan sebagai untuk memberi peluang kepada artis tempatan dan mengembalikan semula kegemilangan ‘band’ tanah air.

“Sejak beberapa tahun kita asyik dihidangkan dengan konsert artis luar sama ada Indonesia mahupun negara lain sedangkan artis tempatan hanya mampu lihat industri seni ditakluki orang luar.

“Justeru, sebagai penganjur konsert yang prihatin, kami terpanggil untuk menyediakan platform ini sebagai langkah permulaan untuk mengembalikan kegemilangan muzik tem patan yang dulunya amat berpengaruh di Indonesia.

“Tapi, bagaimana untuk menarik perhatian penonton yang nampaknya masih kurang berminat menonton konsert artis tempatan? Justeru, kami terfikir mengadakan konsert ini sehari selepas konsert Inul.

“Tidak dinafikan, harga tiket Made In Malaysia jauh lebih murah iaitu cuma RM20. Sama seperti ‘Inul Live in JB’, tiket Made In Malaysia diberikan diskaun RM10 jika dibeli sebelum 10 Julai. Berbalik pada harganya, jika kita meletakkan harganya terlalu tinggi mungkin orang tidak mahu datang.

“Justeru, kita tidak boleh ‘demand’ dan perlu menerima hakikat beginilah fenomena industri muzik tempatan se karang. Apa yang penting, tatkala penganjur lain tidak berminat menganjurkan konsert artis tempatan, peluang seperti ini perlu dimanfaatkan.

“Melaluinya, kita perlu membuktikan muzik artis tempatan setanding dengan produk negara luar,” katanya

Related Content

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline