Mat Afrika

Biar dipandang serong dan adakalanya diumpat masyarakat, namun di kaca mata segelintir gadis Melayu, lelaki warga Afrika yang semakin ramai menetap di negara ini dikatakan ada tarikan tersendiri yang didakwa tidak dimiliki pemuda tempatan.

Antara tarikan itu ialah kepetahan berbicara atau ‘ayat power’ Mat Afrika terbabit, selain disifatkan lebih ‘gentleman’ (budiman), berfikiran terbuka serta penyabar.

“Bukan semua lelaki warga Afrika jahat. Ada juga yang baik dan baik mereka lebih baik daripada lelaki Melayu,” kata eksekutif, Jaja Karim, 28, yang kini bertunang dengan lelaki warga Afrika.

Menurut Jaja, mereka bukan sekadar bercinta, tetapi kini di ambang perkahwinan selepas hubungan mereka direstui keluarga dan lelaki Afrika itu memeluk Islam.

“Paling penting, tolong jangan guna perkataan negro. Saya tidak suka panggilan itu kerana pasangan saya beritahu ia membawa maksud anjing.

“Saya pernah bercinta dengan lelaki Melayu, tetapi jodoh tidak kesampaian. Selepas berkenalan dengan warga Afrika, saya dapati lelaki kulit hitam jauh lebih bagus daripada lelaki Melayu.

“Tunang saya misalnya sangat baik orangnya. Dia tidak memilih paras rupa. Berbanding lelaki Melayu, walaupun diri tidak ‘hensem’ (kacak), tetapi mahu mencari yang lawa saja,” katanya yang bertemu tunangnya dalam lawatan lelaki itu ke universiti tempatnya belajar.

Jaja berkata, teman lelakinya juga setia dan menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.

“Mereka juga matang dan ‘gentleman’ (budiman). Mereka berfikiran terbuka dan profesional disebabkan banyak berkunjung dari satu negara ke negara lain.”

Menurut Jaja, dia sedar masyarakat memandang negatif warga Afrika, tetapi demi cinta dia tidak kisah.

“Pada peringkat awal keluar bersama, memang ada perasaan gusar bila orang memandang kita dengan pandangan macam kita teruk sangat.

“Malah, kadangkala bila keluar dari kelab (pusat hiburan), saya dianggap pelacur yang menemani ‘black guy’ (lelaki berkulit hitam) untuk berhibur. Bagaimanapun lama-kelamaan saya tak kisah. Orang nak kata apa, katalah,” katanya.

Ditanya tidakkah dia bimbang tertipu dengan warga Afrika yang sinonim dengan sikap gemar bersandiwara dan bijak bermain kata-kata, Jaja yakin tunangnya warga Afrika yang baik.

“Saya tidak bimbang dengan persepsi dangkal seperti itu. Saya selidik latar belakangnya dan bertemu keluarganya.

“Dulu kami sama-sama pelajar universiti, tetapi sekarang saya bekerja manakala dia berniaga serta banyak menghabiskan masa di luar negara. Tiada apa perlu dibimbangkan kerana keluarga saya juga mengenalinya,” katanya.

Seorang lagi gadis Melayu yang hanya mahu dikenali sebagai Suzi berkata, dia pernah menjalin hubungan cinta dengan lelaki Afrika selama lapan tahun sebelum berpisah tahun lalu.

Gadis berusia pertengahan 30-an itu berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang juga pelajar tahun dua jurusan perniagaan di sebuah universiti antarabangsa di negara ini ketika mereka sama-sama mengunjungi sebuah pusat hiburan di ibu kota.

“Dia bersama beberapa rakannya, saya dan kawan saya. Tidak sampai seminggu berkenalan, kami keluar bersama, seterusnya semakin rapat dan menjadi kekasih,” kata wanita berkulit putih melepak yang tidak mahu mendedahkan nama bekas teman lelakinya.

Menurut Suzi, dia senang berkawan dengan lelaki Afrika itu kerana penampilannya yang bergaya bagaikan sempurna dengan bentuk tubuhnya yang tinggi sasa dan dada bidang.

“Saya suka caranya yang budiman, menghormati dan melayani saya sebagai wanita. Paling penting, dia menerima saya sebagai diri saya, bukan keturunan atau apa-apa saja berkenaan hal saya.

“Tutur katanya sopan dan lembut, sungguh menyenangkan, peramah dan paling penting, penyabar. Bukan hanya pada saya. Begitu juga caranya ketika melayan orang di sekelilingnya dan dia hormat ibu bapa saya,” katanya.

Suzi berkata, daripada segi pemikirannya, bekas teman lelakinya mendapat pendedahan pelbagai perkara dan sering berbicara mengenai isu semasa, berfikiran terbuka dan pendapatnya mudah diterima.

Dia yang sebelum itu pernah bercinta dengan rakyat Malaysia berketurunan Cina, Melayu, India selain warga Filipina berkata, sikap lelaki Afrika berbeza dengan orang Asia.

Katanya, lelaki tempatan suka berlebih-lebih, manakala teman lelaki warga Filipina yang menjalin hubungan kira-kira dua tahun pula kaki perempuan.

“Dia (lelaki Afrika) lebih terbuka dan tidak terlalu berlebih-lebih sebagai teman lelaki. Bukanlah bagus, tetapi tidak juga terlalu buruk, sifat lelaki Afrika lebih seimbang,” katanya.

Suzi mengakui hubungan intim dengan lelaki Afrika sering dipandang serong dan diumpat masyarakat yang memandang, apa lagi perbezaan warna kulit yang terlalu jelas di antara mereka bagaikan ‘tahi cicak’, di mana Suzi putih melepak manakala bekas teman lelakinya hitam legam.

Malah, awal hubungan mereka, ibu Suzi juga tidak dapat menerima Pak Itam itu sebagai teman lelakinya, namun lama kelamaan ia direstui orang tuanya.

Bagaimanapun, katanya, cinta dengan lelaki Afrika itu berakhir dengan perpisahan pada 2007 lantaran hubungan mereka terlalu lama hingga tawar dan mendatar.

“Setiap kali berjumpa, kami tidak lagi sefahaman, pendapat kami sering bercanggah dan berakhir dengan perselisihan faham.

“Saya tidak salahkan dia. Mungkin salah saya juga, saya mudah marah, tidak sabar dan keras kepala,” katanya yang tidak menyalahkan lelaki itu.

Suzi mengaku sepanjang lapan tahun itu, lelaki Afrika terbabit tidak pernah melamar atau membicarakan soal perkahwinan dengannya.

“Dia ada beritahu dia mahu tumpukan pada kerjayanya dulu,” katanya yang menjelaskan lelaki itu kini berkhidmat di syarikat korporat besar di ibu kota.

Ditanya mengenai seloroh “sekiranya pernah tidur dengan lelaki Afrika, anda pasti tidak akan mahukan lelaki lain lagi?’, Suzi menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu, namun dia tidak mahu mengulas hubungan ‘fizikalnya’ dengan lelaki Afrika terbabit.

This entry was posted in Khalwat. Bookmark the permalink.

3 Responses to Mat Afrika

  1. coco says:

    Boleh percaya ke artikel ni

  2. AYUB SAYUTI says:

    MACAM TAHI CICAK- NIGGER
    nanti kena bawa ke Afrika jangan-jangan anak Masai.huahuahua

  3. cicak says:

    ni le cite paling poyo tentang cinta afrika penah I bace.
    Anyway I ade logik & betul gak real life style cam ni.
    Cuma usahle cite puji sgt org afrika negro ni.
    kalo mat afrika makin ramai kt Malaysia then salah siapa?
    salah college swasta kot!pasal ambi ramai sgt foreigner,tau le dpt untung USDollar bnyk!

Leave a Reply