Intro2u.net >Rosyam Nor > Rosyam Nor

Rosyam Nor

By admin

Read Here

MINGGU lalu dalam B*Pop disajikan secara ringkas rentetan pencapaian pelakon prolifik tanah air, Rosyam Nor yang mencipta kejayaan cemerlang dalam kariernya sebagai insan seni dan ahli perniagaan, termasuk nilai peribadinya yang tinggi serta kerukunan rumah tangganya. Daripada keluarga yang sekadar berteduh di rumah setinggan, dia kini menjadi jutawan yang menjadi kebanggaan keluarga, peminat dan rakan dalam industri hiburan.

Ramai pembaca, malah artis sendiri akui Rosyam ada kekuatan untuk membina nama dan jenamanya sendiri. Semuanya hasil usaha kerja keras. Daripada seorang anak setinggan yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti, dia bermula dari bawah untuk mengutip pengalaman dan terus bekerja gigih, berusaha tanpa jemu, ada daya juang, bijak merancang masa depan dan bersemangat tinggi dan akhirnya mencipta nama besar dalam industri hiburan di Malaysia.

Bukan soal Rosyam kini sudah jadi jutawan semata-mata tetapi bagaimana susur galur dan jejak perjalanannya mendaki tangga kejayaan itu yang lebih menarik. Bukan calang-calang artis untuk berjaya sepertinya sebab dalam mengharungi kerjaya anak seni, bukan mudah untuk mencapai kejayaan secara konsisten – bermula dari kosong dan kini membina empayar dengan memiliki 14 syarikat.

Memang ramai artis muda lain yang kini kaya dan hidup mewah tetapi pencapaian mereka tidak seperti Rosyam. Kalau artis muda sekarang mudah mencipta kekayaan kerana populariti dan nasib mereka lebih baik tanpa perlu bekerja keras seperti dilalui Rosyam kerana menang pertandingan lagu atau realiti TV, atau mereka berasal dari keluarga senang. Masa itu beliau sudah berkahwin dan perlu menyara anak-anak. Tetapi, Rosyam mulakan kerjaya dalam industri hiburan dengan keperitan, air mata dan bermandi keringat.

Rosyam bermula sebagai tukang cuci tanda dan pejabat di sebuah syarikat produksi, kemudian jadi budak pejabat, krew filem, pelakon tambahan, pengurus produksi, penerbit eksekutif, pelakon pembantu dan akhirnya kini dia sudah kerap menjadi hero filem dan drama, malah kini sudah bergelar produser drama yang berjaya.

Lebih menarik, dari segi peribadi, Rosyam bijak menjaga tata susila, berhemah dan ada ketinggian budi, mesra media, pandai layan peminat, pandai menambah ilmu, bijak bawa diri serta bergaul dan kuat beramal jariah. Dia juga ketika meniti zaman populariti yang memuncak hingga pernah digelar Bintang Paling Popular ABPBH 2002, peribadinya tidak berubah – masih seorang Rosyam yang tahu di mana asal-usul dirinya. Rosyam tidak pernah terbabit dalam skandal gosip memalukan, atau keluar berita negatif mengenainya, malah lebih membanggakan rumah tangganya terus bertahan hingga kini dan anak sulungnya juga sudah berjaya masuk ke universiti. Malangnya, artis remaja dan muda yang semakin popular kini tidak sebijak Rosyam.

Pernah saya berbual dengannya di Terengganu ketika penggambaran filem Berlari Ke Langit, Rosyam akui dia mahu berjaya dalam hidup untuk ubah masa depan diri dan keluarganya, sebab itu dia kena kerja kuat. Dia akui sedar kerjaya dalam lakonan saja tidak akan boleh pergi jauh kerana masyarakat kita tidak hargai watak hero oleh pelakon yang sudah berusia. Sebab itulah Rosyam serius mahu berjaya dalam perniagaan. “Aku nak ikut jejak Datuk Yusof Haslam..”

Malangnya, ramai artis remaja dan muda yang semakin popular kini tidak sebijak Rosyam. Umur muda dah bercerai-berai, skandal sana-sini, keluar gosip macam-macam serta memualkan, kaki mabuk, terbabit kes dadah, ditangkap khalwat dan gambar seksi serta perlakuan lucah. Ada juga artis muda yang semakin popular dah mula menyombong dengan wartawan, cakap besar dan perangai macam haprak. Kalaulah industri hiburan kita ada lebih ramai insan seni macam Rosyam, rasanya industri hiburan kita akan lebih dihormati dan disegani. Tahniah Rosyam.

Related Content

One Response to “Rosyam Nor”

  1. ab rahim

    menarik sekali membaca ranjau-ranjua kehidupan artis yang bernama rosyam nor. Sekiranya di beri peluang saya ingin mengajar anak-anak beliau teknik menguasai sifir. sila lihat blog saya

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline