Artis masalah payudara

Lawan barah payudara
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap
PENGALAMAN menyaksikan penderitaan rakan akibat barah payudara membuatkan beberapa artis tampil men jayakan program Mengelilingi Dunia Bersama Avon Me merangi Barah Payudara (WAWBC) pada 10 Ogos ini.

Program anjuran Avon dengan kerjasama Reebok itu se bahagian usaha membantu mengumpul dana diperlukan Yayasan Pride Malaysia (Pride) untuk membiayai pelbagai program kesedaran dan pencegahan penyakit yang banyak meragut nyawa wanita di seluruh dunia.

Antara artis yang mengesahkan penyertaan mereka ialah Nasha Aziz yang juga jurucakap produk kecantikan itu; Shafinaz Selamat, Salwa Abdul Rahman, Rohana Jalil, Ayati Tasrip, Pija, Amylia, Naufara, Norafizah (Pija), Sufiah, Nas Adila; pengacara popular, Xandra Ooi dan Angeline Tan.

Membanggakan apabila beberapa artis lelaki seperti pe nyanyi utama kumpulan Def-Gab-C, Asheed; Azizul Khamis, anggota A to Z, Lan, Eyo Erimatra dan Dior turut me ngesahkan penyertaan mereka.

Ditemui di majlis sidang akhbar ringkas baru-baru ini, artis terbabit mengharapkan penyertaan mereka dapat membantu niat murni Avon.

Rohana menjelaskan, usaha itu diharap membuka mata pihak lain untuk bersama-sama dengannya menjayakan WAWBC.

“Hendak membantu dari sudut wang ringgit mungkin saya kurang berkemampuan, apatah lagi belanja untuk membantu mereka menjalani rawatan penyakit berbahaya ini besar.

“Sebagai tanda sokongan saya bersama beberapa anggota Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) berganding bahu bagi menjayakan program ini.

“Status artis yang kami miliki diharapkan menarik minat orang ramai untuk sama-sama menderma sambil men dapatkan maklumat mengenai pencegahan kanser payudara,” katanya.

Sementara itu, Ayati menjelaskan pengalaman melihat rakan menderita akibat barah payudara membuatkan dia terpanggil untuk bersama-sama menjayakan WAWBC.

“Rakan rapat saya itu meninggal dunia kerana penyakit payudara. Mungkin jika penyakit itu disedari lebih awal ia boleh diubati. Namun, kerana kurangnya kesedaran me nyebabkan dia tidak dapat diselamatkan.

“Saya tidak mahu perkara itu berlaku kepada diri saya mahupun wanita lain kerana itu saya mahu bersama men jayakan program ini.

“Difahamkan selain larian sejauh tiga kilometer di Tapak A, Taman Tasik Titiwangsa, pelbagai acara lain turut diatur seperti program membentuk formasi reben merah jambu yang menjadi tanda perjuangan menentang kanser payu dara.

“Selain itu difahamkan juga Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang dilantik jurucakap acara ini akan hadir dan bercakap cara mencegah kanser payudara dengan melakukan pe meriksaan awal,” katanya.

Katanya lagi, bagi mereka yang berminat menyertai acara ini hanya perlu membayar RM20 dan ia akan terus disalurkan kepada Pride. Sebagai cenderahati peserta turut diberikan baju jenama Reebok berharga RM90 dan alat solekan Avon bernilai RM50 sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan diberikan.

Ahli jawatankuasa Karyawan, Salwa pula menjelaskan se narai artis yang bakal terbabit dalam acara dianjurkan Avon ini mungkin bertambah.

Malah ada ramai lagi artis menunjukkan minat mahu menjayakan WAWBC yang pertama kali diadakan di Ma laysia. Mereka yang berminat untuk menjayakan WAWBC boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi hotline Avon, 03-79657100.

This entry was posted in Artis, News. Bookmark the permalink.

Leave a Reply