Cicakman 2
Read Here
KEJAYAAN filem sulung terbitan KRU, Cicakman yang meraih kutipan filem tempatan tertinggi 2006 berjumlah RM6.7 juta menjadi sandaran buat trio adik-beradik tampil dengan sekual Cicakman 2 – Planet Hitam yang akan menjengah pawagam akhir tahun ini.
Bagaimanapun pengarahnya, Yusry Abdul Halim tidak berani meletakkan harapan tinggi terhadap filem ini melihatkan keadaan semasa yang tidak menentu akibat kenaikan harga minyak sehingga menjejaskan kutipan filem antarabangsa.
“Susah nak cakap sebab situasi pasaran sekarang berubah-ubah. Sejak harga minyak naik, bukan saja harga barang turut naik, malah kutipan filem termasuk Hollywood pun terjejas.
“Memang saya menaruh harapan untuk filem ini mencapai kutipan pecah panggung. Tetapi saya perlu berpijak di bumi nyata dan mengakui keadaan pasaran sekarang.
“Biarlah sasaran yang diletakkan logik dan tidak terlalu tinggi,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman kerjasama antara KRU Studios dan Celcom (M) Bhd, baru-baru ini.
Kata pengarah muda itu lagi, filem yang menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak selama 35 hari akhir tahun lalu menjalani proses pasca produksi lebih tujuh bulan termasuk memasukkan teknik imej janaan komputer (CGI).
Katanya, hampir separuh filem itu menggunakan CGI membabitkan lebih 800 shot. Teknik berkenaan digunakan untuk menampilkan suasana berbeza dari segi landskap, pertarungan dan beberapa perkara lagi.
“Cicakman pertama lebih kepada eksperimen dan kami banyak menerima maklum balas serta komen membina. Dari situ, Cicakman 2 – Planet Hitam memperbetulkan kekurangan apabila kita menukar kostum, menambah aksi, dan mengurangkan komedi.
“Jalan ceritanya agak berat sedikit berbanding yang pertama kerana Cicakman kali ini mempunyai banyak tanggungjawab dan banyak musuh. Tetapi ia masih mengekalkan konsep aksi komedi,” katanya.
Dari segi aksi lagak ngeri pula, ada yang dilakukan pelakon asal sendiri serta menggunakan khidmat pelagak ngeri dan membabitkan teknik CGI. Kata Yusry, ada pelakon seperti Saiful Apek yang sanggup melakukan sendiri aksi ngeri, tetapi terpaksa ditolak bimbang terjadi perkara yang tidak diingini.
Sepuluh lagu baru dicipta sebagai lagu tema dan dimuatkan dalam album runut bunyi Cicakman 2 – Planet Hitam antaranya Planet Hitam (Tyco), Dibius Cinta (Melly Goeslow dan Yusry KRU) serta Mau Yang Besar (Pianka).
Lagu Dibius Cinta menjadi lagu duet pertama Melly Goeslow bersama artis Malaysia. Kata Yusry, tidak sukar berkerjasama dengan Melly kerana dia begitu senang memberikan komitmen, malah turut memberi idea untuk pembikinan video klip yang menjalani penggambaran sehari di Jakarta, Indonesia.
Selain mengekalkan pelakon asal seperti Saiful Apek sebagai Cicakman/Hairi, Aznil Nawawi (Profesor Klon), Fasha Sandha (Tania), AC Mizal dan Adlin Aman Ramli (Ginger Ghost), ia turut dibintangi muka baru seperti Sharifah Amani (Iman), Tamara Blaszenky (Rrama) dan Louisa Chong (Miss Cheef) selain beberapa penampilan khas daripada Linda Onn dan Julia Zieglar.
Sementara itu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim, berkata filem ini juga turut mendapat pengiktirafan rasmi di Festival Filem Antarabangsa Pusan ke-13 pada 2 hingga 10 Oktober ini melalui jemputan ‘World Premier’ bagi segmen Super Hero di rantau Asia.
“Filem yang akan mula menemui penonton di 60 pawagam tanah air pada 11 Disember ini akan diedarkan di empat negara apabila Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) akan mengedar untuk pasaran Malaysia dan Brunei, Cathay-Keris Films Pte Ltd (Singapura) dan PT Tripar Multi Vision Plus (Indonesia).
“Bagi mevariasikan koleksi peribadi, terdapat banyak produk Cicakman yang boleh diperoleh antaranya siri komik, barangan sekolah, buku warna dan novel. Paling terbaru, kini turut dipasarkan novel Rrama, watak baru yang diperkenalkan dalam Cicakman 2 – Planet Hitam,” katanya.
Kerjasama antara KRU Studios dan Celcom terjalin selaras pakatan perniagaan lebih strategik bukan saja untuk promosi filem yang dinantikan tahun ini, tetapi juga pelbagai tawaran menarik bagi pelanggan Celcom.
Filem terbitan KRU Studios dengan kerjasama GBSB ini baru selesai proses pembikinan ‘A Print’ di Bangkok, Thailand dan mendapat kelulusan bersih Lembaga Penapisan Filem Malaysia untuk tontonan umum.
Naib Pengerusi Kanan Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy, berkata sebagai penaja utama, Celcom menawarkan kandungan mudah alih yang menarik kepada peminat antaranya nada dering monofonik, polifonik, logo operator, trailer dan banyak lagi berkaitan filem ini.
Use the form below to search the site:
Malay Ghost
Pontianak
Malay Female Vampire probably related to the Evil Change Of A Woman who died together with her child during Child LAbour. With the aid of its companion spirit the pelesit it causes illness and insanity.
Polong
A tiny woman like creature approximately one inch tall. With the aid of its companion spirit the pelesit it causes illness and insanity. With the aid of its companion spirit the pelesit it causes illness and insanity.
Pelesit
It appears as a house cricket. It enters the body of the victim (usually to prepare the way for the polong) and causes illness and/or madness.
Penanggalan
She may be either a woman who died in childbirth or a woman who is surprised by a man as she performs a religious penance. When in flight she is only a head with trailing intestines, which glow in the dark. She can also rejoin the head to the rest of her body and appear normal. The penangglan can fly, and the fluid which drips from her intestines causes sores in human beings.
Langsuir Liar
After forty days a woman may become a langsuir is she died in childbirth or if she died from the shock of hearing her child was stillborn. She appears as a very beautiful woman with long nails, green robes, and ankle length black hair. This hair conceals a hole in the back of her neck. She can also appear as a night owl. The langsuir has the ability to fly and also has a powerful wail called a ngilai.
Toyol
This is a spirit which is kept in a jar with a foetus and some special liquid to preserve it. The toyol is kept by people to do their bidding, but the price for keeping it is you HAVE to feed it your own blood EVERYDAY.
Kum Kum
The Kum Kum is an old witch who attacks young virgins in her attempt to regain her youth and beauty. According to legend, she got her name as she cannot say the whole Malay greeting and can only say these 2 syllables.
Hantu Tetek
Loosely translated from Malay, Hantu Tetek means ‘Ghost Breast’. This ghost is female and has huge breasts, which she is said to use to suffocate her victims.
Orang Minyak
There are several version of the orang minyak (literally means ‘oily man’). According to history, Satan offered to help and grant worldly desires if the “orang minyak” raped 21 girls within seven days and worship Satan as a God. During the 1960s, the orang minyak existed around several towns of Malaysia raping young women. They covered their nude body with oil so that it would be difficult for anyone to catch them
Pocong/Hantu Bungkus
The hantu bungkus, also known by many as pocong. It is usually found in villages wandering around and jumping off as though in search of something. Its jumps can range from 50 meter per jumps or at most 100 meter or more. The hantu bungkus got its name from its physical appearance. Its body is wrapped with ‘kain kapan’ (a cloth made for wrapping the dead in Malay culture) and its face could not be seen.
Hantu Tinggi
Hantu tinggi or in English means the Tall Ghosts. Usually this type of ghost is not so tall when one encounters it. It only increase in height after somebody approaches it. Soon after, it will increase it height little by little until a person can barely look up to measure its height.
Hantu lilin
Hantu Lilin means the candle ghost. It carries a candle around to wherever it goes. Why? Nobody knows. Hantu Lilin first made quite a stir on the newspaper somewhere back in the early 90’s when a group of youngster was taking picture by the sea at early dusk. The ghost’s form appeared on the picture that was getting developed as a very old and ugly lady holding a candle.
Hantu Raya
The hantu raya is a shape shifting ghost. Usually, this ghost doesn’t use its natural ability. This is a ghost with a master (owner) and its purpose is to give its master wealth and richess. The master is responsible for taking care of the ghost until his death.
Penunggu
The penunggu is also known by people of the west as the poltergeist. It is an evil spirit or more specifically a restless spirit that dwells an area or place. The type of area that is considered a ‘keras’ or haunted area is usually and old burial ground, a brutal crime spot or even a house of a person that practices black magic.
Mambang Kuning
Mambang Kuning or known as the Yellow Spirits, dwell during sunset. At this time, they are at their peak and most mischevious. For a bomoh ( a witchman ) to summon them to do their bidding, their power must be at least as strong as the Mambang Kunings or more than that.
Sundelbolong
This ghost goes after young men ( those of you handsome ones watch out! ). It takes form of a beautiful lady and if it manages to tackle you, she will show you her very smelly butt with an ‘0′ hole shape instead of the normal one ( you know )
.
Buaya Puteh (White Crocodile Spirit)
Buaya puteh is believe to the the siamese twin of a human being. According to the legend, a baby girl was born together with a baby of a white crocodile in 1954 in a village. The whole village was shocked! But it was no surprise for the mother cause she herself practice bomoh magic. She care and love the baby girl and crocodile every single day without fail but when the goverment wanted to repossed the land they are living on, she had to let the crocodile free into the sea. Before doing that, the crocodile came as a human in her twin sister dream and warn her to feed her on every full moon on a thursday nite. She wanted live white chicken to be slaugther on the beach. If she fail to do so, the crocodile will claim a victim from the nearby beaches(sembawang park).
Tolong jangan ganggu hidup saya. Dia ada cara hidup dia, saya ada cara hidup saya. Tak payahlah nak popular-popular…” Luah pelakon dan pengacara popular AC Mizal terhadap bekas isterinya, Shafnie Zainudin yang memfailkan permohonan Tuntutan Ubah Perintah ke atas Nafkah Anak di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini, semalam.
Pengacara Konsert Akademi Fantasia musim keenam itu menambah, dia bimbang dengan kesan yang terpaksa dihadapi dua anaknya bersama Shafnie, Muhammad Shafiq Iman, 12, dan Muhammad Shabil Iman, 9, berikutan perkara ini dimuatkan dalam surat khabar.
“Fikirlah… Kita macam ini, anak-anak dalam surat khabar. Saya tak nak anak-anak pergi sekolah, kawan-kawan kata ‘Mak bapa kau gaduh-gaduh,” katanya yang ditemani seorang ahli keluarga terdekat.
Bekas anggota kumpulan rap 4U2C itu seterusnya memberitahu, dia berharap Shafnie, 33, yang dikahwininya pada 24 Jun 1995 sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001 dapat menilai kesilapan sendiri sebelum menuding perkara itu kepadanya.
“Saya Alhamdulillah. Kalau saya jahat sangat, saya tidak rasa Tuhan akan bagi rezeki macam ini. Jangan salahkan orang, salahkan diri sendiri. Saya pun salahkan diri sendiri semasa saya tidak boleh beri nafkah kerana saya tak ada kerja. Apa boleh saya buat. Lepas tu ada kerja saya bagi nafkah,” tambahnya.
Dia turut menunjukkan beberapa resit bayaran RHB Bank Berhad yang dikatakan sebagai bukti bayaran nafkah. Bagaimanapun, AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 37, berkata, dia bersedia untuk menegakkan kebenaran sekiranya Shafnie, pengacara sambilan yang akan melancarkan produk kecantikan sendiri berkeras dalam perkara tersebut.
AC Mizal berkata demikian di luar mahkamah selepas prosiding terhadapnya ditangguhkan berikutan kegagalan ‘Inspektor Mazlan’ dalam drama ‘Gerak Khas’ itu dan peguamnya Siti Aishah Din menghadiri prosiding pada masa yang ditetapkan.
Bagaimanapun, Hakim Syarie Mohd Fazil Hasan memberi peluang kepada AC Mizal untuk memasukkan pembelaannya terhadap permohonan Shafnie, yang difailkan pada 30 Julai lalu melalui Peguam Syarie Azmi Tan Sri Dr Mohd Rais.
Beliau mengarahkan pembelaan itu dilakukan dalam jangka masa sebulan bermula dari tarikh ini dan menetapkan perbicaraan diadakan pada 2 Disember depan.
Shafnie membuat permohonan untuk meminda perjanjian terdahulu bertarikh 22 Disember 2004 selari dengan Seksyen 76, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 atas alasan terdapat perubahan pada pendapatan AC Mizal, yang lebih berkemampuan.
Berdasarkan pernyataan tuntutannya, Shafnie kini memohon supaya AC Mizal membayar perbelanjaan bulanan sebanyak RM3,770 dan perbelanjaan tahunan RM9,000 bagi perbelanjaan dua anak.
Prosiding semalam hanya dihadiri Shafnie yang tiba seawal jam 8.30 pagi bersama Muhammad Shabil Iman.
Sementara itu, AC Mizal yang hadir ke mahkamah dengan menaiki sebuah kereta Mercedes Kompressor hitam memberitahu, terdapat beberapa tuntutan baru Shafnie yang dirasakannya kelakar.
Ini termasuklah tuntutan sebanyak RM200 sebulan bagi bayaran pembantu rumah dan RM3,000 setahun bagi tujuan hiburan dan percutian.
“Saya nak bagi nafkah pada anak-anak saya. Kalau saya nak bawa pergi bercuti, baik saya bawa mereka bercuti dengan saya,” katanya.
Dalam ‘sidang media’ ringkas yang diadakan di bawah parkir berbumbung itu, AC Mizal sempat mendoakan supaya Shafnie cepat bertemu jodoh supaya dia tidak lagi diganggu.
“Ya Allah, Ya Tuhanku, kahwinkanlah dia cepat,” katanya sambil meraup muka
Hi,I sorry yang i sakit kan hati kau……