Intro2u.net >Artis > News > Joe dan Farida

Joe dan Farida

By admin

Read Here

Lebih menarik, telefilem itu dijayakan bintang layar perak, Erra Fazira yang bersedia berlakon untuk televisyen apabila menandatangani kontrak eksklusif bersama Astro, awal tahun.

Adlin turut berlakon dengan memegang peranan utama sebagai Johan. Pastinya meninjau ke lokasi telefilem ini di pejabat Sedania Corporation Sdn Bhd (SCSB) di Kelana Jaya, begitu menarik untuk melihat cara kerja Adlin.

Ternyata anak pelawak AR Tompel dan Ruminah Sidek ini begitu serius bekerja. Ia boleh dilihat apabila semua kru begitu sibuk dengan tugas masing-masing seperti sudah tahu apa yang harus dilakukan. Lokasi turut sepi dan sesekali kedengaran suara jeritan Erra menghayati watak Farida.

Selesai penggambaran babak dibuat, Penolong Pengarah, Hamdan Yasin dan Adlin akan melihat kembali monitor, bagi memastikan apa yang dirakam menepati kehendak mereka.

Joe & Farida diterbitkan produksi milik Adlin, Trinini Media Sdn. Bhd (TMSB) dengan kerjasama Sedania Corporation Sdn Bhd (SCSB). Skrip drama ini turut ditulis Adlin bersama Al-Jafree Md Yusop dan Nusrat Mohamad.

Turut menjayakan Joe & Farida ialah Khir Rahman, Faizal Yusof, Elaine Daly, Tony Eusoff, Harun Salim Bachik, Ruminah Sidik, Zizan, Zaibo dan penampilan istimewa pengarah, Adman Salleh.

Kata Adlin, dia tidak menghadapi masalah untuk mengarahkan telefilem itu memandangkan sebelum ini pernah menimba pengalaman menghasilkan sitkom 13 episod, Dekolin Dekosi juga untuk Astro.

“Saya bertuah kerana kebanyakan pelakon terbabit dalam drama ini berpengalaman dan tahu apa yang mereka lakukan. Sebelum ‘turun’ lokasi saya terlebih dulu mengadakan sesi pembacaan skrip. Ia memudahkan lagi kerja.

“Saya juga tidak menghadapi masalah untuk mengarah Erra Fazira kerana sebagai pelakon berpengalaman dia sudah tahu apa yang saya mahukan dalam setiap babak.

“Dia sangat profesional dan sepanjang penggambaran dijalankan boleh dikatakan tiada langsung masalah timbul,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai pembabitan Erra dalam drama itu jelas Adlin, pihak Astro sendiri yang menyarankan agar pelakon dianggap primadona filem Melayu alaf baru itu membintangi Joe & Farida.

“Pada saya ia seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Lagipun Erra mempunyai kontrak selama setahun untuk membintangi dua telefilem dan dua drama bersiri bersama Astro.

“Mungkin berasakan cerita dihasilkan ini menarik membuatkan mereka menyarankan agar Erra membintangi telefilem ini.

“Bagaimanapun sebaik saja Erra disenaraikan untuk berlakon dalam Joe & Farida, skripnya diubah. Mengikut perancangan awal drama ini judulnya adalah Kayangan dan jalan cerita lebih melankolik.

  brad-pitt-angelina-jolie-pregnant-twins.jpg brangelina180p.jpg wowo.jpg  

“Memastikan penampilan Erra berbeza dengan filem pernah dibintangi jadi saya dan rakan penulis skrip lain mengubahnya agar menjadi komedi romantik. Lagipun jalur begini lebih diminati penonton tempatan,” katanya.

Mengenai pembabitannya sebagai pengarah dan pelakon, kata Adlin ia dianggap satu cabaran. Katanya, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee turut melakukan perkara sama dalam kebanyakan filem dihasilkan.

“Pada saya apa yang penting adalah perancangan. Sebagai pengarah yang turut berlakon biasanya Penolong Pengarah akan mengambil alih tugas untuk mengarah.

“Saya akan memberikan gambaran kepada Hamdan babak bagaimana saya mahukan. Selepas penggambaran habis saya akan lihat kembali di monitor dan sekiranya tidak memuaskan hati saya akan minta penggambaran diulang.

“Namun perkara itu jarang berlaku kerana Hamdan sendiri sudah banyak pengalaman dan faham dengan kehendak pengarah,” katanya.

Borak Lokasi

Telefilem: Joe & Farida

Penerbit: Trinini Media Sdn Bhd

Penerbit Eksekutif: Azrin Mohd Noor

Penerbit Penyelaras: Mohd Nuwairi Karim

Pengarah: Adlin Aman Ramli

Skrip: Adlin Aman Ramli, Al-Jafree Md Yusop dan Nusrat Mohamad

Penolong Pengarah: Hamdan Yasin

Jurukamera: Jamaluddin Yaacob

Penolong Jurukamera: Mohammad Rahmat Yusof

Pengurus Produksi: Zahari Shaari

Koordinator: Mohd Junid Itam Suliman

Prop: Mohd Azri Ramli

Penata Cahaya: Mohd Jasman Yaacob

Kesinambungan: Mohd Khairul Anuar Said

Penataan Bunyi: Norhisyam Awang

Jurusolek dan Dandanan: Azmi Jaffri

Pelakon: Adlin Aman Ramli sebagai Joe, Erra Fazira (Farida), Elaine Daly (Sarah), Zizan (Amir), Khir Rahman (Azlan), Sobri Anuar (Hassan), Ruminah Sidek (Ibu), Harun Salim Bachik (Abu Simbel), Zaibo (Hj. Rafik), Ridzman Khuzaimi (Nazri) dan Adman Salleh (Hj. Rustam).

Related Content

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline