Lu Pikirlah Sendiri de Movie

Filem terbitan SDAF Pictures Sdn Bhd yang diarahkan Aminah Abd Rhapor ini mengisahkan percintaan remaja masa kini yang masih mempunyai batasan di mana Nabil sebagai remaja baik dan bercita-cita besar daripada keluarga sederhana.

Bermacam-macam kerja dilakukan Nabil untuk mencari rezeki membantu keluarga termasuk menjadi penghantar surat dan di sana, dia jatuh cinta dengan Syarifah (Ummi Nazeera), kerani pejabat.

Malangnya, Syarifah memilih untuk berkahwin dengan bosnya (Zaibo). Pada hujung minggu, dia bekerja di bengkel motor manakala malam minggu pula membantu kawan berniaga kuetiau di pasar malam.
Biarpun hidupnya suka berjenaka, namun sebenarnya hati Nabil sedih mengenangkan kepayahan hidupnya sekeluarga, sehinggakan tidak mampu untuk membelikan adiknya Aisyah (Mila AF5) sepasang kasut sekolah.

Sementara itu, Natasya (Puteri Sarah), anak hartawan yang cantik, glamor dan kaya. Sewaktu menuntut di universiti, dia turut mencipta nama dalam bidang peragaan sebagai pe ngisian masa lapangnya di samping persediaan membina kerjaya.

Mereka sebenarnya seperti dua garisan yang tidak bertemu di dalam kehidupan ini untuk melayakkan mereka bercinta, tetapi takdir menentukan pertemuan.

Pada pertemuan pertama, mereka tidak bersefahaman dan bertengkar menyebabkan hubungan tegang. Walaupun se benarnya cinta mula berputik, mereka menafikannya kerana menyedari belum layak untuk bercinta. Selepas beberapa ketika, akhirnya benci menjadi rindu dan Nabil sebenarnya sangat mencintai Natasya.

Sifat Natasha yang sombong, mengabaikan pelajaran dan berfoya-foya berubah menjadi matang selepas memenangi pertandingan ‘Dewi Remaja’ dan menjadi model terkenal. Dalam masa sama, Nabil menyertai pertandingan realiti televisyen dan akhirnya menjadi juara serta terkenal dalam sekelip mata.

Nabil dan Natasya umpama dua garisan yang bertemu semula setelah masing-masing menjadi glamor. Mereka ke mudian ditemukan dalam sesi fotografi dan berpura-pura saling tidak mengenali tetapi hati di dalam berasa sangat teruja.

Dalam pertemuan itu, wartawan menimbulkan kontroversi menyatakan mereka ada hubungan, tetapi mereka mena fikannya. Pertengkaran terjadi di lokasi dan akhirnya men cetuskan benda lain. Apakah kesudahannya, nantikan ke munculan filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie di pawagam sekitar Februari atau Mac tahun depan.

Baru-baru ini, Rap berkesempatan meninjau lokasi peng gambaran di sekitar lebuh raya Guthrie, Shah Alam dan Bukit Jelutong sewaktu babak motosikal Nabil rosak.

Filem yang menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang ini berlangsung dari 15 Julai hingga 12 Ogos. Mesej utama yang ingin disampaikan menerusi filem ini ialah setiap orang perlu bercita-cita tinggi dan berusaha keras me realisasikannya seperti tajuknya, Lu Pikirlah Sendiri de Movie.

Semua karakter yang ditonjolkan dalam filem ini mem bawakan mesej positif dan berjaya dari pelbagai sudut. Umpamanya Ebby Yus yang menjadi pengawal keselamatan yang hanya memiliki motosikal berjaya membeli kereta.

Begitu juga watak Amy Search, daripada pemandu lori akhirnya berjaya membuka kedai makannya sendiri yang diberi nama Restoran Cheng Ho Islamic Seafood.

>Borak Lokasi

JUDUL: Lu Pikirlah Sendiri de Movie

TERBITAN: SDAF Pictures Sdn Bhd

PENERBIT: Datuk Suhaimy Othman

LINE PRODUSER: Azmel Ahmad

PENGARAH/PENULIS SKRIP: Aminah Abd Rhapor

PENOLONG PENGARAH 1: Mazli Abdul Rahman

PENOLONG PENGARAH 2/KONTI: Azizone R Abd Aziz

PENGURUS PRODUKSI 1: Kareno Zainal Abidin

PENGURUS ARTIS: A Monalisah Hashim

WARDROBE/KOSTUM KOORDINATOR: Maliza Mior Basri

JURUSOLEK 1: Azham Abdul Aziz

JURUSOLEK 2: Intan Salwani Daud

HANDY MAN: Yusrizal Yusop

RUNNER: Muhammad Abu Baihaqi Barsir

PENGARAH SENI: Irwanmazwan Ibrahim

PENGARAH FOTOGRAFI: Khalid Zakaria

PENOLONG PENGARAH FOTOGRAFI: Rahimi Maidin

PENATA CAHAYA 1: S’ham Mokhtar

PENATA CAHAYA 2: Mohd Sharizad Saad

KEY GRIP: Malzalan Murad Ghazali

KETUA LOKASI: Norzaidi Murad Ghazali

PENATA BUNYI: Nur Fitri Abd Rahman

BOOM OPERATOR: Nor Sofian Mohamad

CLAPPER LOADER: Mohamad Napi Dollah

VTR: Mohamad Adzlan Shah Mohamad Arbi

THE MAKING OF: Azizol Saarani dan Kamal Hazizi Kamaruddin

PELAKON: Ahmad Nabil Ahmad, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, Ummi Nazeera, Natasha Nordin, Mila AF, Zizan Raja Lawak, Liza Othman, Hisham Ahmad Ta juddin, Zaibo, Ebby Yus, Lando Zawawi, Qazem Nor, Lando Zawawi, Sallehuddin Abu Bakar, Eizendy Aziz, kumpulan Meet Uncle Hussein

PENAMPILAN KHAS: Faizal Tahir, Amy Search, Aziz M Osman, Harun Salim Bachik, Vanidah Imran

  3.jpg 4.jpg 9.jpg baywatch.jpg
This entry was posted in Artis, News. Bookmark the permalink.

Leave a Reply