Malayu Ida Nerina
Read Here
APABILA keputusan senarai pencalonan akhir Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21) diumumkan baru-baru ini, ramai yang gembira dan suka dengan senarai tersebut.
Tetapi, biasalah, sudah menjadi adat dalam setiap pertandingan. Pasti sahaja ada yang tidak puas hati dengan keputusan.
Itu memang tidak boleh elak. Jadi, mahu atau tidak, kena terima sahajalah.
Apabila Papa membelek senarai pencalonan itu, Papa hampir tidak percaya apabila melihatkan nama aktres Ida Nerina langsung tidak melekat dalam mana-mana kategori lakonan baik untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik mahupun Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
Pelik juga. Mana tidaknya, setahu Papa filem lakonan Ida yang dicalonkan pada peringkat awal ini semuanya hebat-hebat iaitu Susuk, Anak dan Wayang.
Mustahil juga lakonan Ida langsung tidak memberikan impak yang besar menerusi ketiga-tiga filem itu.
Kalau tidak silap Papa, ada kawan Papa memberitahu, lakonan Ida dalam filem Anak dan Wayang memang hebat dan begitu menjadi.
Tapi tak mengapalah, barangkali bukan rezeki Ida kali ini untuk dicalonkan dalam FFM.
Siapa tahu mungkin tahun hadapan pula kan. Yang pasti, pada pandangan Papa, Ida sudah termaktub sebagai salah seorang aktres yang hebat dan berkaliber.
Kalau tidak, tak kan pula tiga trofi FFM sudah berada dalam genggamannya. Tak gitu Ida


Use the form below to search the site:
Ida Nerina memang teruk ,2 tahun lalu I pernah ternampak dia kat pantai Bali.Tuhan saja yang tahu dressing dia…lansung tak macam Melayu.Patut dia tukar nama Mary ke,Scully ke.
Bawa-bawalah insaf skit.
dah macam kafir dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh