Marsha tak beralah
Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Travel | |||||||||||||||||||||||||
1 files, last one added on Jul 28, 2008 |
|||||||||||||||||||||||||
| Actor | |||||
0 files |
|||||
| DELETE | PROPERTIES | EDIT FILES |
6 files, last one added on Jul 28, 2008
| Mypic | |||||
10 files, last one added on Jul 28, 2008 |
|||||
| DELETE | PROPERTIES | EDIT FILES |
10 files, last one added on Jul 31, 2008
| New album | |||||
2 files, last one added on Jul 28, 2008 |
|||||
Rap
TUAH mungkin menyebelahi bintang realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) pada 2005, Marsha Milan Londoh atau Marsha untuk terus bertahan dalam persada hiburan tempatan.
Nyata karier nyanyian yang dibina sejak tiga tahun lalu belum menampakkan hasil apabila impian memiliki album sulung tidak kesampaian hingga kini.
Gadis cantik kelahiran Michigan, Amerika Syarikat ini nyata tidak cepat mengalah sebaliknya mengisi jadual seninya dengan pelbagai aktiviti sampingan lain.
Jika rakan seangkatan AF3 terutama juaranya, Mawi terus laris dengan tawaran pentas dan filem, ‘saham’ Marsha sebenarnya belum jatuh. Meskipun kelibat Marsha di pentas jarang kelihatan, Marsha percaya banyak lagi peluang me nanti pada masa akan datang.
Baginya, setiap manusia mempunyai rezeki masing-masing yang diberikan Tuhan dan paling penting terus berjuang membaiki diri dan meraih peluang yang hadir.
Kini dunia lakonan mula menarik minat Marsha sebagai kelangsungan kerjaya seninya. Kemunculannya dalam drama Kerana Karina tahun lalu secara tidak langsung mem perkenalkan namanya di kalangan peminat.
Biarpun aksi lakonannya hanya dapat ditonton menerusi laman web, Marsha tetap menganggap ia satu peluang keemasan untuk mencuba nasib.
Katanya, pengalaman berlakon dalam drama arahan Aidil Fitri Mohd Yunos dan turut menampilkan Sazzy Falak, Zizan Nin, Elaine Daly dan Roslan Aziz, banyak mengajar dirinya menjadi pelakon berkarisma. Malah apa yang membang gakannya, respons peminat terhadap drama itu menjadikan Marsha kekal untuk musim kedua drama itu.
“Saya gembira dengan pembabitan saya dalam drama ini dan ia menambah pengalaman saya menjadi lebih baik. Ketika mula berlakon dulu, saya akui perasaan malu wujud apatah lagi digandingkan dengan pelakon popular seperti Zizan dan Sazzy.
“Namun lama kelamaan saya berasa seronok untuk terus berlakon. Sebaik habis musim pertama, ada peminat yang bertanyakan pada saya bila pula musim terbaru akan muncul. Hingga dua musim drama ini dihasilkan, kini musim ketiga akan bersambung tidak lama lagi.
“Dalam musim baru ini, satu peraduan diadakan untuk pencarian kawan Karina. Buat masa ini uji bakat masih dijalankan hingga penghujung bulan ini.
“Bagi pemenang bertuah, mereka berpeluang berlakon di samping Karina dan penggambaran dijangka bermula awal Oktober nanti,” katanya.
Walaupun Marsha terikat dengan drama Kerana Karina tetapi dia tidak membataskan dirinya untuk fokus satu drama pada satu masa. Sebagai pelakon baru, Marsha menyatakan keinginan untuk berlakon dengan pengarah dan pelakon berbeza.
Baginya, bekerja dengan pengarah dan pelakon berbeza dapat memperluaskan pengalaman lakon serta mengajar dirinya memahami cara kerja orang lain.
“Saya tidak kisah sebenarnya untuk berlakon dengan pe ngarah dan pelakon lain. Dalam lakonan, saya bersifat terbuka. Saya percaya setiap pengarah mempunyai cara dan cita rasa tersendiri.
“Bagaimanapun, saya berasa bertuah apabila Kerana Karina menaikkan nama saya dalam bidang lakonan hingga me nerima tawaran lakon lain. Sejak dua minggu lalu, saya terbabit dengan penggambaran drama bersiri 26 episod untuk tayangan RTM berjudul Mega Sekeping Hati.
“Dalam drama ini, saya membawakan watak Suzana di samping pelakon popular seperti Maria Farida, Ryzal Jaafar, Rizal Ashraf dan Diya AF5. Menariknya, saya memainkan karakter anak orang kaya yang menjadi rebutan antara dua lelaki.
“Walaupun saya pernah berlakon drama tetapi rasa kekok tetap ada. Penggambaran dalam drama ini cabaran baru buat saya memandangkan sebelum ini saya hanya menyesuaikan diri dengan pengarah dan pelakon yang sama.
“Ini berbeza apabila bekerja dengan pengarah dan pelakon lain dalam situasi baru. Apapun, sejak berlakon Kerana Karina, minat saya terhadap lakonan semakin bertambah.
“Daripada drama itu, saya mendapat pengetahuan dan pengalaman berharga. Lalu, saya fikirkan mengapa tidak saya teruskan berlakon dalam musim terbaru drama itu jika saya berminat,” katanya.
Dalam mendalami minat lakon, Marsha juga bercita-cita menghadiri kelas lakonan dan vokal. Katanya, dia tidak berkesempatan mengikuti kelas lakonan yang diadakan Maes tro Talent & Management Sdn Bhd sebelum ini kerana tiada sambutan daripada pelajar AF yang lain.
Di samping itu, Marsha juga ingin belajar dan mengambil lesen memandu bagi memudahkan urusannya ke lokasi penggambaran drama dan aktiviti seharian yang lain.
Mengenai kerjaya bersama Maestro, Marsha menyatakan kontraknya selama tiga tahun sudah tamat tetapi masih dalam perbincangan untuk disambung. Bagaimanapun, naluri ha tinya pula berkata dia ingin mengambil jalan sendiri dengan keluar daripada Maestro.
“Kehadiran artis AF dari musim baru membuatkan tang gungjawab Maestro makin bertambah. Walaupun saya masih diberi perhatian oleh Maestro tetapi hanya sebilangan artis saja yang senasib dengan saya.
“Memang saya kecewa kerana album sulung masih tiada biarpun ada artis baru AF lain sudah mempunyai album. Namun saya harus fikir positif bahawa masih ada artis lain yang tunggu lebih lama daripada saya untuk menghasilkan album.
“Kini, saya bergantung harap pada komposer Ajai untuk merealisasikan impian saya. Buat masa ini, saya juga mem promosikan album soundtrack filem Sayang You Can Dance yang menampilkan dua lagu nyanyian saya berjudul Bila Aku Cinta dan Sayang duet bersama Ajai.
“Dalam album ini, saya juga menyanyikan lagu Ajai, Maafkanlah. Harapan saya agar album ini dapat membantu menaikkan semula karier nyanyian saya,” katanya.
Perkembangan lain, Marsha dilantik sebagai duta produk minuman Spritzer baru, Tinge bersama penyanyi Cina, Rynn Lim. Pernah menjadi duta produk Power Root dan Nivea sebelum ini, Marsha berkata pelantikan duta ini dapat membantu mempromosikan diri dan karier seni selain menghadiri sesi fotografi dan acara promosi minuman berkenaan yang akan diadakan pada masa akan datang.
Turut hadir di majlis sidang media perlantikannya sebagai duta produk itu ialah Rynn Lim, Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez dan Pengarah Eksekutif Spritzer, Dr CT Chuah.
>Profil
NAMA: Marsha Milan Londoh.
TARIKH LAHIR: 6 November 1985.
TEMPAT LAHIR: Michigan, Amerika Syarikat.
PENCAPAIAN: Tempat keempat Akademi Fantasia 3.
DRAMA: Begitulah Raya, Kerana Karina, Kirana, 5 Saat dan Mega Sekeping Hati.
FILEM: Misi 1511 dan High School Musical.
