Intro2u.net >Maya Karin > Maya Karin Nikah

Maya Karin Nikah

By admin

Read Here

elepas selamat diijabkabulkan di Tasik Como, Bellagio, Itali oleh Imam Abdullah, 14 Ogos lalu , Maya dan suami, Muhammad Ali Abdullah, 38 atau Steven David Shorthose akan melangsungkan majlis persandingan ringkas di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), jam 8 malam, esok.
jennifer-lopez-sued.jpg
Sebelum itu pada 9 Ogos, pasangan ini turut menjalani satu majlis perkahwinan sivil di Dewan Bandaran di daerah sama. Pelakon utama filem Anak Halal itu, selamat pulang ke tanah air Khamis lalu (21 Ogos) selepas berbulan madu di Venice. Kini Maya sibuk melakukan segala persiapan diperlukan pada majlis itu nanti.

Maya berkata, segala persiapan majlis persandingan berlatarbelakangkan keindahan alam semula jadi itu dilakukan sendiri.

Katanya, ia diharap mampu mengeratkan hubungan antara keluarganya, teman rapat dan suami. Malam itu juga Maya dan suami akan menggayakan busana direka khas Radzwan Radzwill.
sfnfro_cristiano_ronaldo.jpg
“Bukan tidak percayakan perunding perkahwinan tetapi saya mahu ia menjadi satu majlis cukup istimewa daripada saya kepada para tetamu jemputan.

“Sebelum itu saya ingin memohon maaf sekiranya ada antara kenalan tidak dijemput kerana memang saya merancang mengadakan majlis ini secara kecil-kecilan dengan 800 orang tetamu.

“Saya mahu membetulkan kenyataan yang sebelum ini mengatakan saya mahu tetamu datang, makan dan pulang. Bukan itu maksud saya. Pada majlis persandingan diadakan itu nanti, saya sebaik mungkin tidak mahu ia berlangsung dalam suasana membosankan.

“Mengambil contoh majlis resepsi dalam dewan, kita lihat orang datang, makan, tengok pengantin bersanding dan tepung tawar dan kemudian pulang. Tiada kemesraan di situ. Itu yang cuba saya elakkan.

“Walaupun ada pelamin kecil disediakan di FRIM, kami tidak bersanding dan tiada acara tepung tawar dilakukan. Bukan tidak mahu mengikut adat tetapi kalau boleh kami tidak mahu terlalu menjadi perhatian pada hari itu.

“Sebaiknya kami mahu menghabiskan lebih banyak masa melayani tetamu,” katanya sambil memujuk beberapa teman wartawan untuk menyanyi pada majlis resepsi dirancang,” katanya ketika ditemui di majlis ringkas meraikan kemenangannya di FFM21, kelmarin.

Bercerita lanjut mengenai majlis pernikahan di Bellagio, jelas Maya walaupun ia berlangsung penuh kegembiraan dengan 60 ahli keluarga dan teman rapat hadir menjadi saksi, namun dalam waktu sama dia begitu kepenatan.

“Maklumlah dalam waktu sama saya dan suami harus memastikan segala keperluan diperlukan tetamu terjaga. Selepas berkahwin, kami banyak menghabiskan masa bersama mereka. Apabila tetamu pulang, barulah kami dapat menghabiskan masa bersama dan berbulan madu di Venice.

“Suasana di sana seperti juga di Kuala Lumpur sering hujan. Tetapi orang Itali beranggapan hujan membawa tuah. Seronoknya majlis pernikahan saya turut mendapat perhatian dan dilaporkan dalam akhbar tempatan di sana.

“Majlis pernikahan kami turut dicatatkan dalam buku khas yang menyimpan sejarah menarik pernah berlaku di Bellagio. Saya gembira apabila segala dirancang berjalan lancar,” katanya.

Kegembiraan berganda buat Maya apabila dalam sibuk membuat persiapan majlis pernikahan di Bellegio, di sini dia akhirnya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di FFM Ke-21 menerusi filem Anak Halal yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 9 Ogos lalu.

Katanya, bukan suaminya saja yang gembira dengan berita itu tetapi ia turut dikongsi hampir semua tetamu dan keluarganya yang sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis diadakan.

“Bayangkan emak saudara saya berusia 80 tahun turut gembira dengan memeluk dan mengucapkan tahniah. Saya sendiri terkejut kerana tidak pernah menaruh harapan untuk menang.

“Maklumlah sebelum ini saya sudah beberapa kali disenaraikan dalam calon akhir tetapi tidak berjaya sehinggakan pada hari majlis berlangsung, saya tidak menaruh harapan tinggi. Tidak sangka akhirnya bakat saya diiktiraf.

“Melihat daripada senarai akhir pencalonan, saya berasakan Erra Fazira pesaing terdekat kerana lakonan mantapnya dalam Anak. Saya sempat menonton sedutan filem itu dan penghayatan terhadap watak dilakonkan dalam Anak memang hebat.

“Saya ingin berkongsi kegembiraan atas kemenangan ini dengan pelakon utama filem Anak Halal, Farid Kamil yang banyak membantu. Setiap pelakon ada egonya apabila masuk ke lokasi tetapi perkara itu tidak ada pada Farid.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih pada pengarah Anak Halal, Osman Ali. Dia seorang pengarah yang sangat mudah untuk bekerjasama. Malah sepanjang penggambaran dia tahu apa yang dimahukan dan memberi arahan yang mudah difahami pelakon,” katanya.

Selepas majlis perkahwinannya, Maya juga berdebar menanti Ramadan kerana kali pertama menyambutnya bersama suami. Apapun, Maya kembali sibuk bekerja apabila memulakan penggambaran filem Pisau Cukur, selepas Ramadan nanti.

>Profil

Nama Penuh: Maya Karin Roelcke

Tarikh Lahir: 29 Oktober 1979

Tempat Lahir: Bayreuth, Jerman.

Adik-Beradik: Anak sulung daripada tiga beradik. Adik lelakinya bernama Armin dan adik perempuannya Irina.

Status: Berkahwin

Suami: Muhammad Ali @ Steven David Shorthose

Pendidikan: Limkokwing University Of Creative Technology, Pengajian Media dan Pemasaran.

Kerjaya: Pelakon, Penyanyi dan Model

Anugerah: Artis Baru Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2001), Anugerah Media Hiburan (2001), Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 (2004 di Fukuoka, Jepun), Pelakon Terbaik Estepona Fantasy and Terror Film Festival (2005 di Malaga, Sepanyol), Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Oskar 2007, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-21 dan VJ Terbaik Buzz Editor’s Choice Awards (2006).

Filem: Seri Dewi Malam, No Problem, Pontianak Harum Sundal Malam, Pontianak Harum Sundal Malam II, Waris Jari Hantu, Anak Halal, 1957: Hati Malaya dan Duyung

Album: Erti Cinta dan Bukan Qalamaya

Related Content

One Response to “Maya Karin Nikah”

  1. With a promising career and domestic bliss, it’s no wonder that Maya Karin is feeling on top of the world, writes HAFIDAH SAMAT.

    HER sweet smile, straight hair and smiling eyes embody exotic elegance.

    That’s Maya Karin for you, the “star” of today’s Malay cinema.

    The German-Indonesian beauty, who is synonymous for her gripping portrayal of a modern-day pontianak in award-winning director Shuhaimi Baba’s Pontianak Harum Sundal Malam I & II, was named Best Actress for her role in director-playwright Osman Ali’s Anak Halal at the 21st Malaysian Film Festival in Cyberjaya earlier this month.

    On the same day, Maya said her wedding vows to British fiance Muhammad Ali Abdullah (or Steven Shorthose) at the breathtaking lake-view villa in Lake Como, Bellagio, Italy.
    “I was busy with preparations for the wedding. I remember waking up in the morning and thinking about my friends getting ready for the film festival. I never expected to win and I’m grateful,” she said at a Press conference in Petaling Jaya recently.

    “It has been overwhelming for the whole family. It was raining most of the time (in Lake Como) and I feared the weather would dampen the wedding. Alhamdulillah, everything turned out well and I’m glad that my guests enjoyed their stay there,” says Maya, who returned to Kuala Lumpur last week after a two-day stay in Venice.

    Despite her full schedule now, Maya, 29, still has time for other things.

    “Steven and I split the chores. When I do the cooking, Steven does the laundry. We are both adventurous in the kitchen. We like to experiment with new recipes.”

    Given her success, Maya must be feeling on top of the world.

    Family means a lot to her. Does it supersede her career in terms of priorities?

    “Steven is cool. He wants me to be independent and allows me freedom when it comes to my career. I guess he’s accustomed to my working around-the-clock,” she said, adding that she has no plans to start a family soon.

    “With everything being so expensive these days, we are not giving it serious thought yet. I give my all where my career is concerned. Yes, I am a workaholic and I guess that at the end of the day no one can fault me for not doing my work well.”

    Despite her ultra-tight filming schedule, Maya had gathered her close friends for her wedding reception in Kuala Lumpur today.

    According to her, extra care was put into the little details of the garden-themed party.

    She designed the “go-green” invitation card with her close friend, singer Jeslina Hashim.

    The reception will take place in Kepong and will be attended by 800 guests comprising family members, relatives, showbiz and fashion folks.

    “I’d love to invite everyone I know but my concern is that I won’t be able to mingle with everybody at the party. I’m also excited about the door gifts I’ve prepared for my guests. It (the gift) is special,” she said with a cheeky grin.

    Maya is expected to wear a traditional dress by designer Radzuan Radziwill for the reception.

    Next week, she is heading for Bangkok to shoot a TV commercial for L’oreal White Perfect brand.

    This will be followed by filming for her latest movie, Pisau Cukur, to be directed by Bernard Chauly (of Gol & Gincu fame) in KL.

    Produced by Red Communications, the film also stars Fazura, Aaron Aziz, Umie Aida, Datuk Rahim Razali and Liyana Jasmay.

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline