Album Baru Stacy

JIKA Mila mampu membuktikan dirinya layak sebagai juara Akademi Fantasia 5 (AF5), lain pula ceritanya dengan Stracie Angie Anam atau Stacy. Apa tidaknya, hingga ke saat ini belum lagi terdengar sebarang kisah pencapaian hebat bintang AF6 itu.

stacycp4.jpg

Sekalipun bergelar juara, bakat gadis kelahiran Sabah ini bagaikan ‘tidak ke mana’. Hendak kata mantap di pentas nyanyian, tidak banyak pula undangan pentas diterima. Justeru, apakah yang menyebabkan aura Stacy makin merudum?

Stacy yang ditemui pada rakaman program raya Ria Sentral baru-baru ini berkata, dia perlukan masa dan peluang menyerlahkan bakatnya.

Kata pendatang baru seni suara berusia 18 tahun ini, masih terlalu banyak perlu dipelajarinya.

“Saya akui menghadapi kesukaran bergerak aktif selepas AF6 berakhir. Sebenarnya, saya ingatkan karier akan lebih mudah bila keluar AF. Namun, ia meleset kerana amat susah dan menjadi juara bukan satu jaminan buat saya terus maju.

“Apa yang penting, segalanya usaha. Jadi, saya kena tahu bagaimana mahu menonjolkan diri. Sayangnya, hingga kini saya tidak tahu apa yang hendak dibuat. Saya benar-benar inginkan seseorang boleh membantu mengurus karier saya.

“Keyakinan saya tinggi, semua akan berubah jika mempunyai pengurus sendiri. Apapun, cerita yang mengatakan saya sudah diuruskan seseorangtidak benar. Antara saya dan orang itu, kami saling mengenali dan bersahabat baik,” katanya.

Bagaimanapun, Stacy tidak menolak individu terbabit pernah menghulurkan bantuan padanya. Kata penyanyi yang kini popular dengan lagu Aku Stacy itu, persahabatan baik antara mereka menyebabkan ‘si dia’ sudi menghantar Stacy ke mana saja.

“Bahkan, dia juga menjaga imej saya. Tetapi, dia bukan pengurus saya. Malah, pertolongannya pun seketika saja. Sekarang, saya tetap di bawah pengurusan Maestro Talent & Management Sdn Bhd (Maestro) kerana kontrak tiga tahun.

“Selain itu, setahu saya Maestro juga tidak pernah ‘bising’ apatah lagi kurang menyenanginya,” kata Stacy berbicara lanjut mengenai sahabat rapatnya itu. Malah, akuinya kadang-kala memang dia terfikir memerlukan bantuan daripada individu lain.

Kata Stacy, kalau dilihat kemampuan Maestro terhad. Maklumlah, mereka (Maestro) mempunyai ramai artis untuk diuruskan dan semestinya harus menunggu giliran. Sehubungan itu, apa dilakukan hanya bersabar menunggu masa.

“Soal album solo, saya kini dalam proses mengumpulkan lagu. Apapun, saya baru selesai merakamkan single kedua, Rasa-Rasa Cinta ciptaan Ajai. Lagu ini dijangka dimuatkan dalam album runut bunyi filem Sayang U Can Dance.

“Sempena Aidilfitri ini, saya bersama Nadia dan Nubhan bergandingan menjayakan drama Ada Cinta Di Hari Raya yang disiarkan Astro Ria. Namun, bagaimana jalan ceritanya saya kurang pasti walaupun penggambaran sudah bermula,” katanya.

Ditanya sampai bila agaknya Stacy boleh ‘bertahan’, bekas pelajar Ramli MS ini berkata selagi peminat setia menyokongnya. Apapun, Stacy tidak menolak kemungkinan dia akan kembali semula pada dunia lama sebagai penyanyi kelab.

“Andai kata sukar sangat laluan ini, saya tidak kisah menyanyi di kelab. Pada saya, daripada tiada kerja lebih baik nyanyi di kelab. Asalkan ada sumber pendapatan, saya tidak malu,” katanya yang masih tidak mempunyai lesen kereta.

Hanya berpendidikan hingga tingkatan tiga, Stacy berkata dia turut menyimpan impian melanjutkan pelajaran di menara gading.

Katanya dia mahu menjadi artis berilmu walaupun terpaksa mengulang pengajian dan ketinggalan daripada orang lain.

Menyentuh soal lagu Cinta Khayalan ciptaan Sharon Paul yang kini dinyanyikan Bob AF2, gadis ceria ini berkata ia lagu ‘hadiah’ untuknya. Namun, kata Stacy dia juga tidak tahu mengapa lagu itu diberikan pada Bob untuk dirakamkan.

This entry was posted in Artis, News, Stacy. Bookmark the permalink.

5 Responses to Album Baru Stacy

  1. nur afifah bt wahamizan says:

    akak stacy mmg cantik..klau nk d bndingkan dng mila…..

  2. nur afifah bt wahamizan says:

    bkn nk mngata tpi mmg btul pun…akak dtg lah dkt mesra mall at kemaman..akak mmg kiut cbb tu akak mnang dlm hip tv smoga akak mnang lagi tahun depan…byeeeee

  3. liza says:

    i like you akak stacy.you very2 pretty………alamak trlbh sudah!!!!

  4. intro2suck says:

    tajuk BANGANG nak mampos.. ni album pertama Stacy.. bukan album baru la ngok! album kedua barula album baru.. BAHALOL

  5. best gak lagu ni kan akak stacy kan,kan,kan.akak stacy ni lagi can tik daripada akak shila tu.akak betul ke akak pernah bercinta dengan nubhan

Leave a Reply