Sekalipun menafikan gosip keretakan rumah tangga, aktres popular pernah akui jiwa tertekan
SEBELUM Zubir bercerita lebih lanjut mengenai desas-desus pergolakan rumah tangga pasangan artis popular, Norman Hakim dan Abby Abadi, Zubir ingin mengambil kesempatan pada Ramadan ini untuk ucapkan tahniah kepada mereka atas kelahiran cahaya mata ketiga, Maria Danisha Hakim pada 17 September lalu.
Bayi perempuan seberat 3.95 kilogram itu dilahirkan secara normal jam 8.22 pagi di Poliklinik Kohilal, Taman Melawati.
Menerusi ruangan ini pada 7 September lalu, Zubir ada menyiarkan sebuah artikel bertajuk, ‘Rumah tangga Norman, Abby kembali bergolak’ yang antara lain menyebut kononnya Norman sudah lama tidak pulang ke rumahnya di Ukay Perdana, sekali gus tidak risau keadaan isterinya yang sedang sarat mengandung. Khabar angin itu dimaklumkan seorang sumber yang sering makan di sebuah restoran berdekatan pejabat Norman.
Norman Hakim
Justeru, Norman tampil membuat penjelasan menerusi Berita Harian terbitan 10 September, memberitahu: “Macam mana lewat sekalipun saya habis penggambaran, saya akan pulang ke rumah. Saya sayangkan keluarga, apatah lagi anak-anak juga sedang membesar dan memerlukan perhatian. Setiap saat saya menantikan kehadiran cahaya mata ketiga dengan penuh debaran.”
Menerusi akhbar sama, Norman mendakwa dia kecewa kerana tiada siapa yang menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan berhubung gosip keretakan rumah tangganya. Kata Norman: “Bagi saya gosip ini klise. Saya tahu mengenai gosip dalam akhbar daripada Abby sendiri. Dia menghubungi saya memaklumkan perkara itu.”
Sejurus membaca kenyataan Norman, Zubir terus mengirimkan SMS kepada Norman dan Abby untuk bertemu mereka, sekali gus bertanya kesahihan gosip yang pernah Zubir siarkan, namun selepas beberapa SMS dikirimkan, tiada sebarang balasan daripada mereka. Seminggu Zubir menunggu, tapi hampa.
Akhirnya Berita Harian terbitan 19 September lalu menyiarkan berita kelahiran Maria Danisha, sekali gus melaporkan itu sebagai bukti kisah keretakan rumah tangga mereka hanyalah sekadar sebuah khabar angin.
Berasakan kredibiliti tulisan Zubir dipersoalkan, terpaksalah Zubir menyiarkan kiriman SMS yang datangnya daripada Abby sendiri. Sepatutnya Zubir tidak boleh mendedahkan siapa sumber, namun selepas beberapa peluang diberi supaya Norman dan Abby tampil memberi penjelasan tidak diendahkan, Zubir tiada pilihan lain.
SMS pertama kiriman Abby bertarikh 28 Ogos: “Ya Bang, ada yang boleh saya tolong? Reply jelah SMS saya ni, Sekarang tak suka jawab phone, ‘jiwa tak tenteram’. SMS kedua bertarikh 30 Ogos: “Boleh tolong saya tak? Merayu sangat ni. Minta keluarkan kat paper kata Norman Hakim diminta balik untuk selesaikan masalah dengan isterinya. Boleh Bang? Tertekan sangat dah dengan keadaan sekarang ini. Memang hancur dah hati ini. Tolong Bang.”
Akhirnya SMS ketiga daripada Abby pada tarikh sama berbunyi: “Hati tu sayang tapi keadaan macam tak menyebelahi saya. Makin teruk! Saya terlalu tertekan dengan keadaan. Lagi pulak menunggu hari nak bersalin ni, sedih sangat dibuatnya.”
Mungkin ketika Abby mengirimkan SMS berkenaan, jiwanya kacau. Pun begitu, pada ketika ini Zubir harapkan keadaan rumah tangga Norman dan Abby memang benar kembali pulih sedia kala. Biasalah lautan mana tidak bergelora, begitu juga alam perkahwinan, sentiasa diduga dengan pancaroba. Terpulanglah pada kebijaksanaan kita menanganinya. Yang penting, baik Norman dan Abby, mereka tidak cepat melatah dengan gosip.
Sebagai kawan yang sudah mengenali Norman dan Abby hampir 10 tahun, Zubir minta maaf zahir dan batin sekiranya mereka tersinggung dengan tulisan Zubir, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Syawal, kita bermaaf-maafan, buang yang keruh, ambil yang jernih. Salam Aidilfitri buat Norman sekeluarga.
ZUBIR: Aiapa aktor popular mengadu pada pihak pengurusan akhbar ini apabila gosip cintanya tersiar.

alhamdulillah selamat melahirkan bayi yang ketiga….
semoga kehadiran maria dapat memberi kebahagiaan yang di impikan..
tahniah buat abby ,…(“,)
cutenyer maria like her mummy..
congrate
kesian kat abby abadi….kebahgian mereka skeluarga hilang skelip mata hanya disebabkan seorang perempuan yang tidak berhati perut mencuri kebahagian org lain…..hukum seorang pencuri??? dasyattttttt!!!!!
abby… i hope u tabah je…. orang mcm 2 tak kan kemana jua…. apatah lagi perempuan 2………..
dah tahu suami org berani nak ambil risiko.
perempuan 2 tak faham ke hati sesama pompuan yg dia buat mcm 2…… aiks………………. seram lah dunia kita sekarang ni………………………………
pompuan tu….x malu btol!!!! gediks!!
sabar kak abby sayang…kita pempuan. kene kuat semangat.apepun kite ade anak.dia lah harta utama kita
semoga abby terus tabah dengan ujian n dugaan dri allah….
slm..kesian kak abby di timpa malang atas keretakkn rmhtgga nyer..isk..isk jahat btl ler si memey ni.tk tau malu!!sggup mlihat kaum sndri mnagis asl kn diri sndri dpt ktwa!!apa ni??dh tau laki org tk pyh la rapat!nk dpt kan tunjuk ajar dr norman la konon!!asl mak bapak ko tk blh nk ajar ke wahai si memey gediks smp kan nk cri laki org!!eii akit hti btl bla tgk syuman kau kt tv tu memey!! perampas!!elok baling je dgn telor busuk bla bpluang kau turun live kt sure heboh ke!bru padan muka!! si norman plk tk blh tgk pmpuan syum ckt mula lah cair..dh tk ingat anak bini kt rmh!!syg family konon!! lu fikirlah sndiri..!!????
apa-apa pun benda dh jadi..jd hrp sgt kak abby tabah dlm membesarkan anak2 yg comel2 tu dlm mjd ibu tuggal ni.insyaalah tuhan maha adil!apa yg org bt kt kita kan trima balasanya..beringatlah wahai norman dan memey gediks!!yg pnting kak abby teruskan perjuangan anda!usah dkenang bnda yg dh jd racun dlm hdp kta.mgkin ada hikmahnya.cma hrp kak abby jaga diri jgn ada pkara yg blh memburukkan nma kak abby stelh bgelar ibu tunggal ni..demi anak2..insyaallah..
biarlah…abby bukannya x cantik pun…byk lg lelaki yg secocok seperti skrg ni…he..he