Intro2u.net >Ikin > Marsha > Mawi > Stacy > Artis Akademi Fantasia 7

Artis Akademi Fantasia 7

By admin

Read Here

KALAU dulu Maestro Talent & Management Sdn Bhd (Maestro) boleh dianggap ‘gudang’ bagi artis Akademi Fantasia (AF), namun selepas enam musim berlalu, banyak perubahan berlaku.

Nampaknya Maestro kini lebih bersikap ‘memilih’ siapa artis mereka. Dalam erti kata lain, Maestro tidak lagi menguruskan semua artis AF, hanya yang ada permintaan dan potensi saja akan bernaung di bawahnya. Oleh itu, dari AF musim pertama hingga ketiga beberapa nama saja masih dipertahankan Maestro hingga sekarang.

Bagi AF1, Khai, Rosma dan Burn masih bersama Maestro. Manakala, AF2 pula Zahid, Farah dan Mas. Malah, semalam diadakan pula majlis menandatangani kontrak selama setahun antara Maestro dengan empat artis AF3, Mawi, Amylea, Marsha dan Yazer.

Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez berkata, penyambungan kontrak dengan Mawi, Amylea, Marsha dan Yazer dibuat kerana mereka ada tempat di pasaran dan Maestro memilih untuk menawarkan kontrak itu kepada mereka.

“Empat artis AF3 ini boleh dikatakan mempunyai permintaan berterusan di pasaran. Jadi, sayang kalau perjalanan karier mereka tidak kami bantu. Justeru, menerusi potensi yang ada dan usaha kuat mereka, kontrak wajar diteruskan.

“Sehubungan itu, tempoh setahun diberikan dan pencapaian mereka akan dinilai. Andai kata masih tetap cemerlang, kemungkinan disambung lagi. Apapun, Maestro sedaya-upaya cuba membantu artis AF di bawah pengurusan kami sebaik-baiknya.

“Setakat ini, karier artis AF yang bersama Maestro memang terurus dengan baik. Selain Mawi, siapa sangka Farah yang tidak dipilih sebagai pemenang pada AF2 tetap hebat. Hingga kini permintaan ke atas Farah sentiasa tinggi dan banyak,” katanya.

Freddie berkata, situasi berlaku kepada Farah itu menunjukkan ‘kemenangan’ bukan jaminan utama. Apa yang penting, usaha dan kesungguhan untuk mencari apa saja peluang supaya terus bertahan. Dalam bidang ini, katanya persaingan sangat besar.

“Siapa yang pandai bawa diri, pasti berjaya. Oleh itu, sekarang memang Maestro memberi fokus kepada artis AF yang berpotensi. Terus-terang, Maestro tidak mampu menjaga semuanya (artis AF) kerana jumlah mereka yang begitu ramai.

“Jadi, kami memilih yang terbaik. Tidak dinafikan, ada juga artis AF tidak terpilih merayu untuk terus bersama tetapi perlu dipertimbang dulu. Bukan apa, Maestro tidak mahu mereka terus menunggu apa yang tidak pasti,” katanya.

Kata Freddie, mengambil kira masalah industri hiburan sekarang sewajarnya Maestro mengambil langkah seperti ini. Apa yang pasti, Amylea akan muncul dengan album solonya tidak lama lagi dan Marsha pula pembikinan albumnya masih dalam proses.

“Begitu juga dengan Yazer. Walaupun albumnya diterbitkan Luncai Emas tetapi pengedaran tetap diuruskan Maestro. Bagaimanapun, Maestro tetap akan pastikan artis kami versatil dan ada kelebihan sendiri. Oleh itu, selain menyanyi, mereka boleh berlakon, mengacara dan jadi duta produk.

“Saya mahu mereka ‘berkualiti’ dan boleh bertahan lama dalam industri. Tidak ketinggalan, mendapat perhatian peminat dan tawaran tidak putus,” katanya memaklumkan artis AF4, AF5 dan AF6 masih mempunyai kontrak dengan Maestro.

Katanya, jika mahu melihat siapa antara mereka (AF4, AF5 dan AF6) yang masih bertahan dengan Maestro, semuanya akan dilihat tahun hadapan. Bagaimanapun, buat masa ini Maestro akan menguruskan mereka ikut yang termampu.

Marsha berkata, sekalipun dia pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Maestro tetapi tidak sanggup berbuat demikian. Katanya, sebagai artis baru, sukar untuknya bergerak sendiri tanpa bantuan syarikat pengurusan seperti Maestro.

“Saya tidak yakin lagi sejauh mana kekuatan untuk bergerak sendiri. Saya tidak berani dan tak bersedia ambil risiko itu. Oleh itu, bila Maestro berminat menawarkan kontrak baru kepada saya, lebih baik terima. Bahkan, saya senang diurus mereka,” katanya.

Akui gadis kelahiran Tamparuli, Sabah ini lagi dia turut membuat syarat tambahan dengan Maestro. Kata Marsha, apabila kontrak baru, ada peluang untuk berbincang apa yang baik untuk karier seninya dan juga Maestro. Dalam erti kata lain, mesti ada ‘timbal balik’.

Yazer pula berkata hingga kini dia memang tidak pernah bermasalah dengan pengurusan Maestro. Oleh itu, dia berharap albumnya dapat dipromosi dengan baik. Malah, katanya dia juga tidak meletak atau menambah sebarang syarat pada kontraknya.

“Kini, saya teruja menantikan kemunculan album sulung yang dijangka menjengah pasaran selepas Aidilfitri ini. Maklumlah, saya mengambil masa lama kira-kira tiga tahun untuk menyiapkannya,” kata Yazer memberitahu M Nasir menyumbangkan tujuh lagu.

Related Content

4 Responses to “Artis Akademi Fantasia 7”

  1. puteri

    sye tengok alim dah makin lama makin sedap biler nyanyi. Dulu x sedap sekarang sedapppppppp.Hai akim nak mintak no. phone boleh.PLEASEEEEEE!!!!!!!!!

  2. pinky

    hai Aril nk no.phone bleh x…?Aril hensem…..

  3. farhani

    saya minat sgt kat akim.akim nie cutelah

  4. farhani

    bestlah lagu bengang dari akim.lau masih jelas dari hafiz pu best.

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline