Artis Baru Lelaki Popular

Tak sangka beralih angin
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

Raja Azmi beri peluang untuk Akbar cuba bakat dalam lakonan

TIDAK pernah terlintas di fikiran Akbar suatu hari nanti dia akan beraksi di depan kamera sebagai seorang pelakon pula. Selama ini, pembabitannya dalam dunia seni hanyalah sebagai penyanyi. Malah, sehari sebelum penggambaran drama bersiri Fatimah Najwa bermula, dia masih tidak percaya kakinya kini sudah melangkah ke alam seni berbeza.

Semuanya bermula tanpa dirancang. Pertemuannya dengan Raja Azmi penghujung tahun lalu membuatkan penerbit gigih dari Pengedaran JAS Sdn Bhd tertarik untuk memberikannya peluang muncul dalam produksi terbitannya.

“Ketika itu, saya memberitahunya, saya tidak reti berlakon. Namun dia memberikan galakan supaya mencuba. Apabila tiba waktu penggambaran hendak dijalankan, saya mendapat tahu, lokasinya adalah di Perak. Saya terpaksa menolak tawaran itu dengan baik kerana waktu itu juga, saya baru saja menyambung semula pengajian yang tertunda di sebuah kolej swasta di Kelana Jaya, dalam bidang teknologi maklumat.

“Namun, pada Mei lalu, sekali lagi Kak Mi (Raja Azmi) menghubungi saya, menawarkan watak yang sama. Rupa-rupanya mereka menjalankan kembali penggambaran drama ini. Waktu itu, saya masih menegaskan padanya yang saya bukan seorang pelakon. Melihat kesungguhan mereka untuk memberikan saya peluang, berkebetulan pula ketika itu cuti semester masih ada, maka saya akhirnya menerima juga tawaran berkenaan,” katanya.

Sejak itu, bermulalah juga karier baru Akbar sebagai pelakon. Tetapi, bukan mudah untuk dia menelan hakikat dirinya kini terbabit dalam penggambaran drama. Beberapa hari pertama, dia sendiri kebingungan dan tertanya-tanya, apa yang dilakukannya di lokasi penggambaran?

“Alhamdulillah, pengarahnya, Shadan Hashim (yang sebelum pernah mengarahkan filem Haru Biru) banyak memberikan tunjuk ajar. Kak Mi juga tidak putus-putus memberikan dorongan. Malah dia yang sudah pun menonton beberapa episod pertama berasakan lakonan saya dikira baik, termasuk ketika terpaksa melakukan babak menangis.

“Pengalaman berlakon di bawah produksi JAS menyeronokkan juga. Mungkin cara mereka bekerja membuatkan semuanya berjalan dengan agak sempurna. Jika begitulah cara sesebuah produksi dilakukan, maka ia tidaklah seteruk yang digambarkan. Sebelum ini, banyak juga cerita kurang enak sampai ke telinga saya berhubung masalah di lokasi penggambaran,” katanya.

Selain dirinya, turut membintangi drama 13 episod untuk siaran RTM itu ialah Sheera Iskandar, Ozlyn Wati, Wan Maimunah, Hafizuddin, Ruminah Sidek, Ah Chong dan Yalal Chin. Penggambaran drama itu dilakukan di Seremban dan Kuala Lumpur, bermula 3 Jun lalu dan berakhir pada 8 Julai.

Antara lain, kisahnya berkisar pada Ustaz Khaufli yang terumbang-ambing kehidupannya seketika selepas isterinya, Fatimah, meninggal dunia. Tanpa diketahuinya, Fatimah mempunyai seorang kembar bernama Najwa, yang terpisah daripada keluarga sejak kecil. Dia hanya bertemu dengan wanita seiras isterinya itu apabila mengajar al-Quran dari rumah ke rumah bagi menyara hidup diri dan keluarga.

Ditanya apakah dia akan terus berlakon selepas ini, sekiranya ada pihak produser yang terpikat dengan aksinya dalam Fatimah Najwa, anak muda dari Terengganu itu berkata, dia sendiri belum pasti mengenai kemungkinan dirinya sekali lagi beraksi sebagai pelakon pada masa depan.

“Jika ditanya pada saya, minat berlakon sebenarnya belum lagi benar-benar melekat dalam diri. Ia bukanlah sekuat keinginan saya dalam bidang nyanyian, yang terus menjadi keutamaan,” katanya yang sempat mendapatkan beberapa petua daripada Wan Maimunah dalam memantapkan lakonan.

Dedah penyanyi ini juga, berlakon agak memenatkan. Apatah lagi selama 40 hari di lokasi, hanya dua hari penggambaran tidak membabitkan babak lakonannya.

Bercerita mengenai dunia muzik, Akbar memberitahu, dia dan anggota kumpulan Urban Method, Munir Khan, kini merancang penerbitan sebuah album duo yang mengetengahkan konsep cantuman R&B, hip hop dan rock. Projek khas berkenaan bakal menyaksikan dia dan Munir menyanyikan irama yang agak ‘lari’ daripada genre mereka selama ini.

“Ia sebuah album yang kami usahakan dengan tujuan bukan untuk bersaing dengan mana-mana penyanyi lain. Sebaliknya, ia lebih kepada projek untuk kepuasan diri sendiri. Apabila siap nanti, mungkin ia tidak akan dipasarkan secara biasa, sebaliknya peminat boleh mendapatkannya di lokasi persembahan kami,” ujarnya yang ketika ini hanya menunggu waktu untuk memasuki studio rakaman.

INFO:

* AKBAR turut melahirkan hasrat muncul dengan album solo kedua pada tahun depan, setelah memikat hati pendengar dengan percubaan sulung, Alpha, tahun 2006. Menerusi album itu, dia dikenali dengan lagu Siapakah Di Hatimu dan Manusia Lupa. Akbar juga dicalonkan sebagai finalis Artis Baru Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006.

* PENYANYI ini turut menyumbangkan suara dalam album solo Raja Azura menerusi lagu rancak, Bahaya.

* JEJAKA berkulit cerah ini akan bertolak ke tanah suci Makkah untuk mengerjakan umrah bersama Jimmy Shanley pada 15 Ogos depan. Hampir dua minggu di sana, dia juga akan menjalani rakaman rancangan Trek Selebriti kendalian pengacara terbabit.

* AKBAR kembali menyambung pengajian dalam bidang IT untuk mendapatkan segulung ijazah, demi memuaskan hati ibu bapa yang banyak memberikannya dorongan.

6.jpg
Gen Honda Civic4 viewsThe 8th Gen Honda Civic 1.8S and 2.0S which was launched in March 2006 still remains one of the most popular mid-size sedans
mayuko_iwasa.jpg
Mayuko Iwasa Photo download6 viewsWatch the MAYUKO_IWASA Video from Flirt on Mefeedia.com.
baywatch.jpg
Underwired bikini, Sea Folly37 viewsTHE French taboo over politicians’ private lives crumbled further yesterday with the publication of photographs of Ségolène Royal, the left-wing favourite
dian_bikini.jpg
Download Gambar Diana Seksi165 viewsDiana dan kawan2nya.
This entry was posted in Artis, News. Bookmark the permalink.

Leave a Reply