Abby Abadi selamat bersalin anak ketiga seberat 3.95 kilogram Rabu lalu
SEKEPING gambar cukup untuk memberikan seribu makna. Gambar pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi bersama cahaya mata baru mereka cukup untuk membuktikan kisah keretakan rumah tangga mereka hanyalah sekadar sebuah khabar angin.
Kehadiran Maria Danisha Hakim pada bulan yang penuh keberkatan ini, menguatkan lagi hubungan Norman dan Abby. Bayi perempuan seberat 3.95 kilogram itu dilahirkan secara normal Rabu lalu jam 8.22 pagi di Poliklinik Kohilal, Taman Melawati.
Si comel Maria menambahkan keceriaan suasana rumah tangga Norman dan Abby yang sebelum ini sudah pun diserikan dengan dua cahaya mata yang kian membesar Mohamed Danish Hakim, 5, dan Marissa Dania Hakim, 3.
Norman Hakim ketika dihubungi berkata, dia seakan-akan mendapat firasat isterinya akan bersalin dalam waktu terdekat walaupun Abby dijangka bersalin pada 21 September nanti.
Sehari sebelum Abby melahirkan, Norman menghubungi doktor yang biasa menyambut kelahiran anaknya sebelum ini iaitu Dr Zarina untuk membuat temu janji.
Maria Danisha.
“Saya tidak tahu sama ada ini satu kebetulan ataupun firasat kerana sejak anak pertama lagi saya mendapat firasat Abby akan bersalin.
“Rabu lalu, saya pulang ke rumah kira-kira jam 5.30 pagi selepas pulang dari penggambaran drama Kerana Karina 3. Kira-kira jam 7 pagi, sewaktu hendak tidur, Abby beritahu dia rasa sakit hendak bersalin.
“Pada mulanya saya bercadang hendak mandi terlebih dulu tetapi mengingat kembali pengalaman Abby sebelum ini yang cukup senang melahirkan, saya lupakan hasrat itu dan terus bawa Abby ke klinik kira-kira jam 8 pagi.
“Kami tiba di klinik 10 minit kemudian, sebaik tiba di klinik Abby tidak mampu bangun kerana terlalu sakit menyebabkan saya terpaksa mendukungnya hingga ke bilik bersalin kerana bimbang dia tak sempat sampai ke bilik bersalin. Jam 8.22 pagi isteri saya selamat melahirkan bayi ketiga kami,” kata Norman yang lega kerana isterinya selamat melahirkan.
Pelakon itu juga berkata, dia terasa seakan-akan guni seberat 100 kilogram diturunkan di bahunya apabila isterinya bersalin. Jadual penggambaran yang terlalu padat sehingga menyebabkan Norman selalu tidak ada di rumah menyebabkan dia bimbangkan keselamatan isterinya.
Selain dirinya yang sentiasa sibuk, Norman juga bimbangkan isterinya yang masih gigih bekerja walaupun kandungannya sudah sarat. Malah, Abby sendiri baru saja tamat penggambaran drama Apa Itu Cinta pada 11 September lalu.
Kelahiran Maria pada 17 September lalu juga merealisasikan hasrat Norman yang mahu anaknya dilahirkan pada hari Nuzul Quran. Norman juga berkata, setiap kali isterinya melahirkan, dia akan sentiasa berada di sisi Abby untuk menemaninya.
“Saya suka melihat proses bersalin kerana ia adalah satu kekuasaan Allah yang cukup unik. Bagi saya bersalin adalah satu kebesaran, jika Sheikh Muzaffar dapat pergi ke angkasa lepas melihat keajaiban di sana, saya pula melihat keajaiban bayi dilahirkan ke dunia ini,” katanya.

comelnya maria danisha……………….nk sgt jumpe dier………………..
cute sangat
cute r anak abby…. macam mak die r…
comelnyew bdk 3 org tue……………….
cuetnyew………..
eee grmnyew nak cubit pipi………….
ehehhee………..
mak die pown comey gak…
nak culik ank tu leh x??
ehhehe…………..
=)
comeynyew…..anak abby tpi sygnyew kebahagiaan itu tidak kekal……..
2 DLU……….SEKARAG ANK X PENTING YG PENTING MEMEY KAN????????????????????????
kenapa la Norman x pernah nak fikir bagaimana rasa sakitnya untuk lahirkan zuriat dia sndiri sampi sanggup berkhalwat dengan si memey budak mentah 2????????? yang halal ada pergi cari yang haram sudahnya malu beb x pasal2 kena tangkap basah…. dah 2 pandai pula nak berdolak dalih buat cerita murahan lagi2 si memey tuh menyampah btl tgk muka die…. bukanlah cantik sngt pown… kalu nak di bangingkan cantik lagi si abby… 2 pun si memey ada aty panggil abby dengan panggilan “kak Abby”… ingt abby ngaku ke ko 2 adik die… dasar perampas & pemusnah rumah tangga orang…. sekarang memey da tunang dengan norman puas la aty memey 2 dapat norman…tp ingatlah wahai memey setiap perbuatan akan ada pembalasan tunggu dan lihat tengok sahaja la samapi bila boleh bertahan, jangan nnti masa ko da sah jadi isteri norman & dalam pantang norman main ngan pempuan lain… hah padan muka…