Gambar Dato K dan Pramugari

“Boleh dikatakan 99 peratus masa saya dihabiskan bersama Siti (Datuk Siti Nurhaliza Taruddin). Ke mana saya pergi dia pasti ada bersama,” ujar Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menafikan gosip perkahwinan keduanya yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

  lisa_surihani.jpg massa.jpg mas_idayu.jpg maya_karin.jpg melissa.jpg  

Ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan memperkenalkan artis baru bernaung di bawah Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd (SNPSB) di Menara Yayasan Tun Razak di sini, semalam, ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Datuk K itu, berkata gosip disebarkan itu tidak berasas sama sekali. Siti turut hadir di majlis itu.

Suami kepada penyanyi nombor satu tanah air itu turut menegaskan cerita mengenai majlis pernikahan keduanya dengan seorang pramugari di London, awal Ogos lalu, dibuat dengan niat untuk mengganggu kebahagiaan rumah tangganya.

“Saya tidak tahu mengapa pihak media boleh menyiarkan gosip terbabit. Apabila ia dibaca orang ramai menyebabkan berita menjadi bertambah hangat. Bila masanya saya ke London tanpa Siti di sisi?” katanya menyoal kembali.

Khalid berkata, dia mengetahui gosip mengenai pernikahan keduanya itu beberapa hari sebelum disiarkan di akhbar.

Katanya, di peringkat awal, dia tidak terlalu memikirkan ‘cerita dongeng’ itu hingga ada teman mula bertanya kerana mahu mengetahui kesahihan gosip disebarkan.

“Bayangkan ada rakan saya dari Johor dan Kedah menghubungi dan bertanya adakah benar saya sudah bernikah satu lagi?

“Pada saya tidak baik orang membuat fitnah mengenai saya dan Siti. Pada saya, cukuplah cerita tidak baik dibuat mengenai kami sebelum ini. Tambahan pula sekarang bulan puasa (Ramadan). Sudah-sudahlah,” katanya.

Secara berseloroh, Khalid mengatakan ada monyet menggoyangkan pokok apabila ada wakil media bertanya: “Masakan tiada angin kalau pokok bergoyang?”

Khalid tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu itu kerana menganggap akan menggembirakan hati orang yang menghebahkannya.

“Lagipun tidak perlulah kami melatah. Sebelum ini, pelbagai cerita kurang baik dilaporkan mengenai saya. Mengambil contoh, saya membuat laporan polis apabila ada orang kata saya memukul Siti, tetapi tiada apa pun dapat dilakukan.

“Pada saya kalau kita diam lama-kelamaan ia akan senyap begitu saja. Bagaimanapun, saya percaya selepas ini pasti ada cerita baru mengenai saya dan Siti ditimbulkan,” katanya.

Sebelum ini, Siti Nurhaliza sendiri menerusi laporan disiarkan Metro Ahad, menafikan gosip yang disebarkan itu.

This entry was posted in Artis. Bookmark the permalink.

3 Responses to Gambar Dato K dan Pramugari

  1. hemm kalau dia kawen jugak aku nak harta sependapatan… dan banglo bangunan 10 tingkat…

  2. zahara says:

    kalau btol ape salahnya….engkau pon perampas juga. sekarang kau rasa mcmn seperti tengku zawiyah rasakan.

Leave a Reply