30 pelajar SMK Zainab (2) menjerit, menangis ganggu persekolahan
KOTA BHARU: Kejadian pelajar diserang histeria menular ke Kelantan semalam, apabila lebih 30 pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab (2) secara tiba-tiba menjerit dan menangis, sehingga menyebabkan sesi persekolahan tergendala.
Kejadian bermula kira-kira jam 11 pagi, membabitkan seorang pelajar Tingkatan Dua sebelum merebak kepada pelajar Tingkatan Satu dan Empat lain yang berlarutan hingga sesi persekolahan berakhir jam 1 tengah hari.
Serangan histeria di kalangan pelajar sekolah itu dikatakan bermula dengan kejadian membabitkan enam pelajarnya ketika menyertai kem jati diri unit pakaian seragam di Bukit Kluang, Besut, Terengganu, hujung bulan lalu.
Namun, keadaan mereka sudah pulih dan persekolahan berjalan tanpa sebarang gangguan sehinggalah kejadian terbaru, semalam.
Pengetua SMK Zainab (2), Norizam Mohd Zain, berkata kejadian semalam bermula apabila seorang pelajar Tingkatan Dua yang tidur ketika sesi pembelajaran ditegur gurunya sebelum dia bangun menjeling ke arah guru terbabit dan kemudian menjerit serta menangis secara tiba-tiba.
“Semalam (Kelmarin) pelajar terbabit dibenarkan pulang awal selepas pengsan dalam kelas tetapi dia datang semula ke sekolah hari ini (semalam) dan keadaannya didapati tidak begitu sihat serta lemah, menyebabkan dia tidur dalam kelas.
“Sebaik kejadian (menangis dan menjerit) itu berlaku, ia merebak kepada pelajar lain dengan cepat, pihak sekolah segera mengambil tindakan memanggil seorang ustaz dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Mas untuk merawat pelajar menerusi bacaan ayat al-Quran dan doa.
“Pelajar yang diserang histeria dibawa ke surau untuk rawatan dengan bantuan guru, kakitangan sekolah serta pelajar lain. Selepas itu, keadaan bertambah baik, mereka dibenarkan dibawa pulang oleh ibu bapa masing-masing,” katanya ketika ditemui, semalam.
Sambil menyifatkan keadaan masih terkawal, Norizam berkata, kejadian semalam adalah yang pertama berlaku di sekolah itu dengan aktiviti persekolahan berjalan seperti biasa dan pihak sekolah tidak bercadang memohon cuti kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan.
“Pelajar yang diserang histeria ini tidak mengikuti rombongan kem jati diri di Bukit Kluang, manakala enam pelajar yang diserang histeria ketika berada di kem berkenaan juga tidak terkena serangan itu hari ini,” katanya

HA……. PADEN NGAN MUKA ,,,, TAPI KESIAN KAT PELAJAR VYANG DI SETRNAG HISTERIA TAPI SAYA TAK BERPA SUKA NGAN PENGETUAAA
apasal pn zalinun x suka kat pengetua smkz 2 tu? x suka noizam mohd zain ke? nape?
x baik kutuk sekolah org…itu namenye dose
woit!!!!!!ngato apo kow koloh aku tuh!!!!kure aja r!!!!
semalam(Jumaat)SMK Pangkalan TLDM Lumut trpakse balik awl kul 10..ramai kawan2 aq kene histeria…kasihan pde kwn2 aq..igtlah ALLAH dan bykkan brdoa..semoga kite djauhi dri trkene histeria…AMIN..