LUAHAN hati yang datang daripada kaum lelaki untuk ruangan DCCK ini memang kurang diterima. Namun sesekali menerima cerita mereka memang mengejutkan. Masih ingatkah anda dengan sebuah kisah yang dipaparkan tiga tahun lalu tentang penderitaan seorang suami apabila mengetahui isterinya menduakannya hingga melahirkan seorang anak? Kisah yang lebih kurang sama saya paparkan minggu ini, datangnya daripada Azlan.
Cerita Azlan, zaman ini wanita tidak boleh lagi tuduh kaum lelaki sahaja jahat buat maksiat, skandal dan berzina.
‘‘Wanita pun sama,’’ demikian kata Azman ketika kami berbual di telefon Selasa lalu setelah membaca e-mel yang dihantar kepada penulis.
Kata Azlan: ‘‘Ruangan ini banyak menyiarkan kisah tentang penderitaan kaum wanita sahaja konon suami berlaku tidak adil, zalim dan sebagainya. Tetapi tahukah anda bahawa penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh suami jauh lebih teruk daripada penderitaan yang dipikul oleh kaum wanita?
‘‘Sebenarnya saya tak tahu bagaimana nak memulakan cerita ini, sebab hati berbelah bagi sama ada ingin dipaparkan untuk panduan pembaca ataupun tidak. Tetapi setelah difikirkan, saya kira kenangan pahit kehidupan saya ini amat baik untuk dijadikan pedoman, khusus kepada kaum lelaki supaya tidak diperbodohkan oleh isteri. Wanita juga insaflah, Allah melihat apa yang anda lakukan.
‘‘Saya tidak menyedari perubahan isteri saya, sebab kami begitu sayang menyayangi, tidak pernah bertengkar apa lagi bergaduh besar. Kalau ada masalah, kami selesaikan seberapa segera, supaya masalah itu tidak menjadi nanah atau pun barah.
‘‘Tetapi nak jadikan cerita, satu hari kami sama-sama menonton drama tv. Kisah kecurangan seorang isteri terhdap suaminya. Akhirnya si isteri dapat balasan Allah. Sebaik habis ceritanya, hati saya tergerak bertanya kepada isteri saya Hasmidar dengan bergurau apakah dia ada menyimpan rahsia tentang dirinya terhadap saya. Tiba-tiba air mukanya berubah tak tentu hala.
‘‘Melihatkan perubahan keadaannya, saya bertanya lagi, dia menafikan. Saya desak lagi dia jadi lebih tak tentu hala. Melihat perubahannya, saya terus menadah tangan berdoa di hadapannya ‘Ya Allah kau laknatilah dia jika dia berlaku curang terhadap aku, aku reda…….Belum habis saya berdoa lagi, tiba-tiba dia menangis menahan saya dari meneruskan doa saya.
‘‘Abang ampun bang, abang terlalu baik kepada saya, saya memang jahat. Abang ampun dan maafkanlah saya, saya banyak buat dosa pada abang. Abang ampunkanlah saya. Abang ampun! Ampun! Ampunkan saya bang, katanya dalam tangisan.
‘‘Saya kehairanan. Apa dah jadi. Saya tanya Has beberapa kali tetapi dia tidak menjawab selain meminta ampun berkali-kali dan menangis. Sambil memegang bahunya saya tanya lagi, ‘‘Has berhenti menangis, abang nak tanya apa yang dah terjadi? Sampaikan kau minta ampun berkali-kali ini. Apa dah terjadi, apa kau dah lakukan di belakang abang?
‘‘Dalam tangisannya, Has berkata, saya tidak akan mengampunkan dan maafkan dia kalau dia ceritakan apa yang berlaku. Namun dia reda atas apa yang akan saya lakukan. Tetapi katanya dia tetap cintakan saya, sayangkan saya dan anak-anak. Apa yang dilakukan secara tidak sengaja. Penjelasannya membuatkan saya lebih pelik.
‘‘Saya tahu dia memang selalu keluar makan dengan rakan-rakan perempuan dan lelaki di tempat kerjanya, tak pernah saya terfikir dia buat benda yang tak baik. Saya jujur, saya fikir tentu dia juga jujur.
‘‘Tetapi mulutnya terus meminta maaf dan ampun dengan tangisan dan air mata merambu-rambu keluar. Perbuatannya membuatkan mulut saya dengan keras bertanya, kau berzina ke? Hah! Kau berzina? Dalam tangis dia menganggukkan kepala.
‘‘Astaghfirullah! Saya mengucap beberapa kali untuk menenangkan diri. Ya Allah apalah malangnya nasib aku ni ya Allah! Betulke apa yang aku dengar ini Ya Allah! Saya mengucap lagi sambil beristighfar beberapa kali. Lantas keluar bilik dengan mata serta kepala berpusing-pusing. Ya Allah apalah nasib aku yang malang ini!
‘‘Saya bukan jenis lelaki panas baran, jika lelaki lain pasti malam itu kalau tak bengkak dan luka pasti Has sudah kena sepak terjang hinggap ke muka dan ke badannya. Mungkin juga saya ni terlalu baik macam dia katakan. Kerana sepanjang 15 tahun berkawin saya tak pernah cemburukan dia, malah saya percayakan dia 100%. Kerana itulah juga saya tidak pernah bersuara tinggi apa lagi menampar dan memukulnya.
‘‘Hinggakan bila saya mendengar ceritanya malam itu, saya masih boleh mengucap panjang, keluar bilik dan tidak memarahinya sebaliknya saya bersabar. Jadi pembaca boleh fikir betapa sabar dan baiknya saya jika itu boleh saya katakan.
‘‘Saya bukan dayus atau takut bini, tetapi saya terlalu sayangkan anak-anak kami yang tiga orang ini. Saya tidak mahu hidup mereka huru hara kerana masalah ibu bapa mereka. Bahkan saya tidak mahu mak mertua saya seorang ibu tunggal menangis mengenangkan nasibnya, kerana kamilah tempat dia mengharap dan bergantung harapan. Kalau saya tak sabar pasti malam itu perang dunia ketiga meletus.
‘‘Untuk pengetahuan pembaca hidup kami suami isteri selama ini memang bahagia, tiada masalah besar. Dia kerja tak tentu masa, sepeninggalannya sayalah yang jaga rumah dan anak-anak. Kerana saya kerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Sayalah yang ambil dan hantar anak ke rumah pengasuh. Anak-anak mempunyai lebih banyak masa dengan saya berbanding Has, malah saya yang menguruskan makan minumnya, kalau malas masak saya beli nasi bungkus. Itulah cara hidup kami semuanya berjalan lancar dan saya bukan jenis demand makan minum mesti siap atas meja, pakaian mesti digosok, rumah mesti bersih.
‘‘Malah saya lebih banyak menguruskan kebersihan rumah dan pakaian daripada dia kerana kerjanya tak menentu. Kalau keluar bekerja salam jadi kebiasaan, malah siap cium pipi, pendeknya kami memang loving couple. Tetapi sekarang apa dah jadi?
‘‘Malam itu saya tak boleh buat keputusan. Fikiran saya buntu. Apakah saya ini kurang baik punca dia buat maksiat? Makan minum, tempat tinggal saya sediakan apa yang tak cukup? Patutnya dia bersyukur, saya bukan kaki ronda, lepak warung, kelab, dan sebagainya. Bahkan dalam setahun pasti dua tiga kali saya bawa mereka makan angin cuti-cuti Malaysia. Lebih penting saya bukan kaki perempuan.
‘‘Bila saya tanya banyak kali barulah dia cakap. Katanya jarang dapat, seminggu sekali aja. Terus saya tanya, apakah dia sering di rumah waktu malam? Sebaliknya dia lebih suka bekerja. Salah saya ke? Malah dia sering mengalah, kerana tak larat. Salah saya ke? Biasanya dia tidur awal dan saya tak suka kejut dia sedang tidur. Tak syoklah!
‘‘‘Malam tu kami tidur lewat, dia masih minta ampun tapi saya kata, minta ampun pada Allah semoga Dia ampunkan. Bagi saya tiada ampun untuknya sejak peristiwa tujuh bulan lalu itu hinggalah kini. Malah ia jadi sejarah hidup dalam hidup saya.
‘‘Dua hari selepas peristiwa itu, saya soal dia lagi dah berapa lama perkara ini berlaku. Katanya, ia bermula sejak setahun lalu. Jahanam punya perempuan, sanggup dia menduakan saya yang jujur ini. Dia mengaku cuma enam kali dia buat kerja terkutuk itu. Lagi berdesing telinga saya mahu saya terajang dia. Tapi saya sabar. Katanya dia dah insaf, sayalah suami terbaik untuknya. Saya kata dah terlambat. Saya jaga anak-anak kat rumah dia kata pergi kerja, tetapi dia pergi hotel. Celaka punya perempuan. Kami bertengkar sakan malam tu. Tiba-tiba dia lari ke dapur ambil pisau nak bunuh diri. Saya sempat selamatkan dia.
‘‘Memang dia dah gila, patutnya saya yang mengamuk, ini dia yang naik hantu, dah terbalik. Katanya dia insaf dan mahu saya ampunkan dia dunia akhirat. Seminggu lepas tu, hati saya tak sedap, saya soal lagi adakah jantan itu pernah datang rumah?
‘‘Dia kata ada, tapi tak masuk. Cuma hantar buah-buahan. Sakitnya telinga, saya terus bagi penampar. Itulah pertama kali saya tampar dia. Saya marah sebab dulu dia kata adik angkatnya yang bagi buah-buahan tersebut, bagi saya makan. Kami bertengkar lagi. Kali ini dia ambil pisau cuba potong urat nadi di tangannya. Dan kunci dirinya dalam bilik. Saya nasihatkan dia ingatkan Allah, dan jangan tambah dosa.
‘‘Sejak peristiwa itu saya tak soal dia lagi takut dia mati, saya pula masuk lokap. Kini setelah kesnya terbongkar saya suruh dia sembahyang dan berdoa semoga Allah ampunkan dia. Saya boleh terima dia jika dia berjanji tak ulangi lagi perbuatan terkutuk itu. Namun hati saya yang punya, saya tidak dapat lagi memberikan kasih sayang kepadanya sama seperti dulu.
‘‘Dulu tiap-tiap hari cium pipi, tangan, sekarang saya kata padanya jangan buat lagi, jangan berpura-pura. Saya katakan padanya bahawa saya takkan ampunkan dosanya. Namun kami hidup bersama hingga kini semuanya kerana anak-anak dan saya tak mahu dia ugut bunuh diri.
‘‘Namun dia izinkan saya kahwin lagi, dia reda, asalkan saya tidak ceraikan dia dan jaganya seperti dahulu. Tetapi saya bukan jenis orang suka mengira kepala bini. Cinta dan kasih sayang bukan boleh disorong dan ditarik bila-bila suka. Ia datang dari lubuk hati yang sukar ditafsirkan nilainya.
‘‘Bagaimanapun saya tak boleh cakap habis, mungkin satu hari nanti Allah mengubah hati saya, lagi pun umur saya belum 40 tahun, dia enam tahun muda daripada saya, mungkin bila keadaan kembali tenang kami boleh membentuk jalan sendiri. Mungkin itu cara yang terbaik. Tapi sekarang dia tak mahu diceraikan.
‘‘Kata Has kalau saya kahwin lagi dia sanggup pinangkan sebagai menebus dosa nya. Dia sanggup buat apa sahaja demi cintanya pada saya. Tetapi saya katakan kalau betul cinta dan sayangkan saya kenapa cari jantan lain? Menurut Has dia pun tak sangka, segala-galanya berlaku secara tak sengaja, baru jumpa dan berkenalan beberap minggu dia sudah boleh lupakan cintanya pada saya dan sanggup berbohong kata overtime sedangkan hakikatnya dia pergi ikut jantan tu tidur di hotel. Ini yang membuatkan saya tak dapat maafkan Has, kerana begitu mudah dia melupakan janji dan ikrar cintanya kepada saya sebelum kami berkahwin dan setiap tahun menyambut ulang tahun perkahwinan.
‘‘Kerana terlalu marah dan ikutkan rasa hati saya, andai ditakdirkan dia mati dulu, saya tak akan bacakan yassin dan buat tahlil untuknya. Begitulah marah dan geramnya saya atas perbuatannya menduakan saya.
‘‘Lagi pun jika kami bercerai saya kasihankan anak-anak juga mertua saya yang telah tua. Tetapi sayangnya anaknya tidak pernah fikir dan kaji dari perbuatan keji dan buruk yang telah dilakukannya.’’
Demikianlah cerita Azlan panjang lebar tentang masalah dan peristiwa hitam yang menyelibungi hidupnya. Katanya dia tidak ada tempat nak mengadu untuk melegakan sesak di dada dan dia mahu bercerita kepada orang yang tidak dikenali supaya kesannya tidak menyiksa hidupnya nanti.
Memang tepat seperti kata Azlan. Zaman ini terlalu banyak godaan, akibat percampuran yang luas tanpa mengguna fikiran. Memang ada kalangan wanita yang cepat lupa diri. Cepat terpengaruh dengan pujuk rayu, akhirnya merosakkan diri dan masa depan anak-anaknya. Ingatlah bukan semua lelaki seperti Azlan mahu mengutip isteri yang pernah mencontengkan arang ke mukanya. Insaflah. Bekerjalah dan carilah rezeki yang halal semoga terselamat dari sumpahan suami di dunia dan akhirat.


Bismillah, Assalamualikum… sy pn mengalami nasib yang hampir sama. cuma si dia bukan isteri sy. tp tunang. mungkin salah sy kerana terlalu percayakan dia. spttnya wanita yang dh berkahwin atau bertunang dh tak blh keluar dengan lelaki lain, tp sy benarkn jg, dek kerana sy pn percayakn lelaki t’sebut baik, maklumlah imam masjid. selepas mereka tidur bersama buat kali keduapn sy masih maafkan die sbb terlalu sayang. tp die lg. sy dh x mampu lg untuk percayakan mane2 perempuan. sy x mampu lg terima die. namun kdng2 bila die cakap die akn kwen dngn sy, sy seperti ingin terima die balik.tp bla d fkirkn, x mustahil die akn buat sepertiitu selepas kwen nnti… sy dh x thu nk buat ape2 keputusan skrg ni. nk berpisah, sy terlalu sayangkn die, kalau x berpisah jiwa sy akan merana. mmng llki tu xnk kwen dngn die skrg ni, ade kalanya sy kesian pdnya, merayu dan menangis pd sy. tp ape yang sy blh buat??? rasa mcm nk bnh diripn ade kdng2. zalimnya perempuan mcm tu…
Bismillah, Assalamualikum… sy pn mengalami nasib yang hampir sama. cuma si dia bukan isteri sy. tp tunang. mungkin salah sy kerana terlalu percayakan dia. spttnya wanita yang dh berkahwin atau bertunang dh tak blh keluar dengan lelaki lain, tp sy benarkn jg, dek kerana sy pn percayakn lelaki t’sebut baik, maklumlah imam masjid.
selepas mereka tidur bersama buat kali keduapn sy masih maafkan die sbb terlalu sayang. tp die buat lg. sy dh x mampu lg untuk percayakan mane2 perempuan. sy x mampu lg terima die. namun kdng2 bila die cakap die akn kwen dngn sy, sy seperti ingin terima die balik.tp bla d fkirkn, x mustahil die akn buat seperti itu selepas kwen nnti… sy dh x thu nk buat ape2 keputusan skrg ni. nk berpisah, sy terlalu sayangkn die, kalau x berpisah jiwa sy akan merana.
mmng llki tu xnk kwen dngn die skrg ni, ade kalanya sy kesian pdnya, merayu dan menangis pd sy. tp ape yang sy blh buat??? rasa mcm nk bnh diripn ade kdng2. zalimnya perempuan mcm tu…
sy x pernah pandang wanita lainpn selepas bersama die, apa th lg nk curang. knpe kesetian sy di balas sebegini? sy x rasa sy akan dpt syng org lain lbh dr sy menyangi die… dulu d U die yang terkejar2kn sy, skrg die buat mcm ni pd sy, perempuan jenis ape mcm ni. madu yang sy bg racun yang die balas…
tp mujurlah die blm jd isteri sy… sy bersimpati dengan nasib semua lelaki yang bertemankan perempuan yang x tahu hargai kesetiaan. jngn percayakan perempuan 100%.
Terlebih dulu, saya simpati pada en azlan.tp saya ingin betulkan artikel u.u kata penderitaan u lagi hebat.tapi bagi saya kaum wanita lagi perit menanggung kes sebegini.layanan isteri dari A-Z.tak nah putus.bekerja ringankan beban suami.isteri buat dengan kasih syg..xnah terpikir penat.tp bila tau suami masih cari yg lain, sampai lahir ank , smpai tergamak bwk blik rumah tidur atas katil dia dan isteri..tak ke terlalu hebat dugaan itu??alasan lelaki boleh kahwin 4.memang lelaki dibenarkan berkahwin 4..dan sya setuju jika yang wajib dlm islam telah dipenuhi terlebih dlu..sekurang-kurangnya sembahyang,puasa,nafkah zahir batin tanpa perlu isteri bekerja membantu suami telah dipenuhi dengan cemerlang..tambah hati wanita terlalu halus..sudahlah nafkah cri bersama, ada hati nak cari lain.anak-anak bg bini tanggung..maaf kalau comment saya kasar, tapi saya bercakap kerana saya pernah merasa.bukan sekali curang.kali pertama pn dh smpai keranjang.saya masih bg peluang.bila kantoi merayu maaf.tapi tak sampai 3 bulan ade lagi dengan pmpuan lain pulak.lagi dasyat.dia tak ingat macam mana airmata saya??lebih baik cerai dari terus seksa diri.
mmg kita besimpati dgn nasib yang dialami ole mereka.
tapi aya ingin berkongsi cerita saya.sebenarnye saya adalah salah seorang golongan perempuan yg diperkatakna tadi..sya dah bertunang.sebebnarnye sya lakukan itu semua atas sebab geram dengan tindakan tunang saya itu sendiri..memang kami pernah bersama sedang kan kami belum berkahwin.tapi kadang2 sikap dia yg pentingkan diri membuatkan saya geram ngn dia.kadang2 dia hanye ingin mendapat kepuasan dia semata-mata.saya belum jadi isteri dia lagi tapi dia dah wat saya macam nie..kadang2 tu dia pernah memaksa utk melakukan seks.sampai bile saya leh tahan macam tu..sekarang saya dah ade pengganti dia..kami skadar atas name ikatan tunang saje..semua family x tau lagi yg kami akan putus..
Assalamualaikum.Saya simpati dengan en azlan.Pengalaman saya hampir sama dengan isteri encik cuma saya bernasib baik kerana iman yang Allah kurniakan pada saya menyelamatkan saya dari terjerumus ke lembah perzinaan. saya ingin ceritakan kisah benar hidup saya yang saya alami bulan lepas. Sebenarnya saya telah berkahwin selama 20 tahun dan dalam tempoh itu saya tidak pernah mendapat kepuasan sex dari suami saya. Tapi saya pendamkan segala luka di hati demi kebahagiaan rumahtangga kami. Saya reda mungkin bukan rezeki saya di dunia ini untuk dapat semua itu dengan cara yang halal. Saya tidak pernah terfikir untuk curang dengan suami saya kerana saya sedar dia tidak pernah menduakan saya dan bertanggungjawab cuma dari segi itu sahaja dia tidak dapat memuaskan saya. Kerjaya sebagai seorang bisneswoman memerlukan saya bertemu dengan berbagai latarbelakang pelanggan. Sehinggalah pada suatu hari bulan lepas saya bertemu dengan seorang pelanggan warganegara asing di salah sebuah hotel di ibu negara.Pada mulanya kami berjanji bertemu di lobby hotel.Tetapi beliau meminta saya pergi ke bilik penginapannya untuk berbincang.Dengan hati yang berat saya turutkan juga sambil dalam hati berdoa Allah selamatkan iman saya. Pada mulanya perbincangan mengenai bisnes berjalan lancar hinggalah di akhir pertemuan dia meminta saya mengadakan hubungan sex dengannya.Dia memujuk rayu saya dengan kata-kata yang manis dan saya rasa kalau bukan calang-calang orang boleh tergoda kerana dengan pakej wajah yang tampan dan gaya bisnesman berjaya boleh melemahkan iman mana-mana wanita yang berhadapan dengannya.Dalam hati saya hanya Allah saja yang tahu kerana ketika itu saya berada dalam bilik hotel berdua dengannya sahaja. Saya tolak dengan sopan ajakan dia kerana saya sedar saya seorang islam yang pasti tak akan terlepas dari hukuman Allah jika saya ikut kata hati. Alhamdulillah dia lepaskan saya dengan rela hati kerana dia tidak mahu hubungan secara paksa. Saya pulang ke rumah dengan hati yang lega. Beberapa hari kemudian saya menceritakan segalanya kepada suami saya. Dia termenung dan terdiam dan mengatakan jika saya melakukan sex dengan lelaki lain dia tak dapat berbuat apa-apa kerana kekurangan yang dia tak dapat tunaikan untuk saya. Dia berterimakasih kerana tidak menduakan dia. Saya bersyukur kepada Allah kerana selamatkan saya hari itu. Kepada isteri-isteri di luar sana jadikan kisah saya sebagai teladan kerana apa yang pasangan kita bagi itulah terbaik bagi kita. Allah lebih mengetahui sefala-galanya.
Saya mengenali suami sewaktu masih menuntut di sebuah IPTS. Suami bukanlah datang dari keluarga berada namun sikap rendah diri dan ketampanan wajahnya pantas mengikat hati saya. Lantas saya ambil keputusan untuk menerima dia menjadi teman lelaki pada ketika itu. Orangnya sangat kacak, berkulit cerah dengan sepasang mata galak dan senyuman menawan. Perilaku dan pembawakan nya juga amat menyenangkan.
Dek kerana dibuai cinta dan panahan asmara dengan lelaki “ganteng” ini, tiga bulan selepas tamat pengajian saya ajak dia berkahwin. Keluarga saya supportive seperti biasa, wang jarang menjadi masalah namun keluarganya bising berleterkan soal tanggungjawab dan accountability dia sebagai suami muda. “Kenapa mau siakan masa muda?”tanya kakaknya. Kerana cinta, lautan api memang sanggup direnangi. Saya keluarkan semua duit simpanan untuk membantu dia dan kami pun berkahwin.
Saya sanggup tipu keluarga kata sambung belajar selepas berkahwin tapi masa itu duit simpanan sudah habis saya gunakan untuk belanja perkahwinan. Suami pula ambil keputusan untuk berkerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai computer di pasaraya untuk meneruskan kehidupan. Suami malu jika saya mengharapkan bantuan keluarga, takut keluarga saya pandang rendah padanya. Masa itu gajinya hanya RM800 sebulan, saya pula terbiasa hidup senang rasa malu pula hendak berkerja sepertinya – sangat memilih kerja. Al-kononnya, saya Degree holder takkan nak kerja di pasaraya…
Dek kerana sikap perasan saya…baru masuk 12hb, kami sudah catu makanan biar cukup sampai ke hujung bulan. Suami gigih berkerja kadang sampai rumah pukul 12 malam…buat part-time fix computer dekat rumah customer lepas kedai tutup semata2 untuk tambah pocket money. Kadang sampai lewat sebab terpaksa jalan kaki…dihalau conductor bus sebab kasi duit tambang kurang!
Susah senang kami hadapi bersama. Pernah menitik airmatanya risaukan saya yang terjelepuk tidak bermaya kerana demam panas. Berkerut dahinya mengusap rambut saya kerana risau tak cukup duit untuk membawa saya ke clinic. “I’m such a loser…I can’t afford to bring you to the clinic sayang…”katanya.
Pernah sekali, kami hampir dihalau tuan rumah kerana hampir 2 bulan tak membayar sewa. Kalau bukan kerana adanya duit deposit sewa, sudah lama dihalau tuan rumah agaknya. Pernah juga, kami berjalan di One Utama dan entah bagaimana terserempak dengan ex-boy saya yang berketurunan kerabat. Ex-boy yang juga seteru nya semasa di koleh menegur saya.. “It’s been awhile we didn’t hear from you. You have not joining our group anymore. Heard that you leading a difficult time..I’m sorry for you!”. Ingin saya ludah saja mukanya yang merendahkan kehidupan saya… Lebih menambah amarah bila dia berkata sambil tersenyum sinis memandang suami saya. Peristiwa itu benar-benar membuatkan dia bertambah gigih berusaha memperbaiki mutu kehidupan kami.
Alhamdulillah… berkat kegigihannya salah seorang regular customer offer dia berkerja di syarikat corporatenya. Rezeki lebih murah bila saya turut ditawarkan berkerja di sebuah syarikat swasta berindustrikan minyak. Dari situ kehidupan menjadi lebih baik, sebagai tapak permulaan kareernya sebelum mendapat tawaran dari syarikat lain…Dari bergaji RM800, suami yang baru berusia 30 sudah pun bergaji RM18k. Dari terpaksa menapak dari tempat kerja, dia sudah boleh pandu Murano. Dari mencatu makanan, kami sudah boleh makan di Carcosa sebulan 2 kali…
Segalanya indah…
Suatu hari tatkala berjalan dengan rakan baik, saya terperasan kelibatnya di salah satu boutique di Pavilion sibuk membelek bracelet. Ulangtahun ke 9 kami was just around the corner. Sebaik saja dia keluar dari boutique itu, saya masuk dan busybody memujuk sales girl itu bracelet mana yang dibelinya. Kemudian sibuk saya bercerita dengan kawan baik yang saya kantoikan surprisenya. Tiba ulang tahun, saya terima jambakan bunga sebesar pemeluk darinya. Wow!!!Mesti dapat hadiah lagi best bila sampai rumah nanti. On the way balik, saya asyik bercerita pujian kawan kepadanya…bertuahnya saya dapat dia sebagai suami. Dia hanya senyum meleret…hingga tiba2 dapat panggilan kecemasan dari office. Dia terus berpatah ke pejabat. Saya hanya mengikut. Tiba di pejabat saya disuruh duduk di biliknya.
“Our file get corrupted! Matilah for presentation besok!” keluh rakan pejabatnya yang kebetulan berjalan melintasi biliknya. Sempat dia menoleh ke arah saya, berhenti dan memperkenalkan dirinya. Saya sambut tangannya dan terpandang bracelet yang suami saya belekkan minggu sebelumnya. Sesak nafas tapi saya pujuk diri.Kebetulan agaknya. Malam itu tiba di rumah hingga seminggu selepas itu tidak juga saya dapat hadiah bracelet itu.
Sejak itu saya selidik kelakuan dan aktivitinya. Sekali dua saya lihat dia berjalan memeluk kemas pinggang wanita itu. Susahnya saya ini tidak pandai memandu. Bila jadi begini,terpaksa saya ceritakan pada teman baik. Mujur dia memahami dan sedia temani saya untuk stalking husband sendiri.
Setahun begitu, akhirnya saya ada kekuatan untuk confront dia. Mulanya dia tidak mengaku. Saya tidak memaksa…cuma masa saya bangun saya tatap matanya…sambil airmata berlinang saya tanya apa kurangnya saya. Selama berkahwin saya tidak pernah meminta apa-apa darinya, cuma kali ini tolong berikan penjelasan. Saya sedia mendengar kerana setahun ini saya asyik salahkan diri tidak cukup sempurna untuk nya…
Jawabnya ringkas…semasa bersama saya, dia terlalu berada di alam realiti. Sakit, senang, masam, manis, pedih… dia berkahwin muda dan terpaksa memikul beban begitu tanpa ada masa untuk diri sendiri… Bersama teman wanitanya, dia berada di alam fantasi. Dimana segalanya indah tanpa perlu ada kepayahan. Tapi hatinya hanya untuk saya. Dia minta maaf dan bersumpah tidak pernah terlanjur dengan wanita itu. Saya tidak tahu samada mahu mempercayainya atau tidak… Cuma kata saya …”I give you my heart…but broken heart ain’t beautiful…”
peristiwa ini memamg meyakitkan hati.aku suami yg dipermainkan oleh .is3 ..yg ramai jantan dilayani. aku derita..kesal ,,benci dan kelu ..kenang anak dah besar panjang. ist3 dgn kegilaan ..dia rasa bhwa dirinya terlalu cantik///..cinta aku dgn nya dah tak de..aku terkejut lihat emel dan sms nyer yang mengila dgn jantan lain. rasanya nak cari perumpuan yg boleh jaga aku..dgn lebih sempurna…yg betul 2 syg kat aku…
aku benci dgn is3 ku.//kaki jantan///tak padan dgn gaji nyer..lagak mcam bagus…he he geram betul lah…kalau aku ada pompuan aku tinggal kan dia je..sbb dah tak tahan ..
erm.. baiknyer suami.kalo ade lagi suami cam tu kat dunia kan bagus..ai, bini pulak yg problem pulak..syukur la dapat laki macam tue..patah tumbuh hilang berganti weyh..saye berimpian nak jadi isteri mithali.. AMIN..harap xde lagi kejadian sebegini berlaku..
aku juga mengalami nasib malang yang serupa… aku tidak tahu dimana harus aku luahkan . maaf kan aku sekiranya aku meluahkan perasaan ku di tempat yang salah….
sedikit kisah kehidupan aku.
isteri aku terlalu berbangga dengan kecantikannya. tidak aku menafikanya isteri aku memang cantik. membuat kan aku terlalu sayang kepada nya. kami telah mendirikan rumah tangga 12 tahun yg lalu. dikurniakan 3 orang cahaya mata yang pintar ginius, mereka lah nyawa aku. tiada mereka bermakna berpisah lah nyawa dari badan….
aku sanggup lakukan apa sahaja demi keluarga yang aku cintai. menuruti segala kehendak isteri tersayang aku . sehingga aku sanggup membuang kedua ibu bapa kandung dan ahli keluarga yang lain. kerana mereka sering menasihati aku supaya berwaspada. membuatkan isteri aku tidak senang hati dan memaksa aku membenci seluruh keluarga aku. tetapi aku tidak pernah mengabaikan keluarga mertua aku. apa sahaja bantuan tenaga wang ringgit semuanya aku bantu dan turuti dengan ikhlas tanpa membantah… (di sini bukan lah aku mengungkit. sekadar tauladan kepada sesiapa yang sudi membaca)
entah mengapa isteri aku tidak pernah berterima kasih atau mensyukuri atas apa yang telah diperolehi. sehinggakan aku tidak tahu apa lagi yang perlu aku lakukan untuk menambat hati isteri yang aku sayangi… kami berkahwain dahulu pun atas dasar saling menyintai.. aku tidak pernah berlaku curang kerana pada pandangan mata aku tiada lagi perempuan lain di dunia ini yang dapat menandingi isteri aku…kasih dan sayang aku ibarat pokok yang dibaja semakin hari semakin subur… semakin hari semakin membesar berputik berbunga….
Tidak seperti isteri aku…. sayang nya pada aku hanyalah semasa dia nampak atau tahu kocek aku berisi.. jika kocek aku penuh berisi kami ibarat sepasang kekasih yang sedang bercinta..romantik perkataan ” i luv u ” sering menjadi sebutan di bibir nya dan di setiap sms yang dikirim.
aku yang berniaga sendiri ada pasang dan ada surutnya semasa pasang. aku lah suami yang paling bahagia di dunia ini , sebaliknya apabila surut , aku ibarat berada di sungai yang penuh dengan buaya yang ganas bersedia membaham aku… tiada lagi aku terima sms “i luv U” tiada lagi keluar dari bibirnya perkataan itu…. sebaliknya aku menerima maki hamun , caci nista entah apa apa yang lucah dan carut- marut sahaja yang keluar dari bibirnya dan sms yang aku terima..dimasa itu barkali kali dia memaksa aku supaya menceraikan kan nya, kerana sudah tidak tahan hidup susah . ( isteri aku ini bukan lah dari keluarga yang berada )
Aku juga hairan hati dan perasaan nya akan berubah sekelip mata, menjadi manja lemah lembut sekiranya nampak atau tahu kocek aku telah berisi….@ baru dapat payment atau sebagainya ( pinjam ) dari jumlah yang kecil RM 500 > 1000 > 2000> 3000 >10,000 > 20,000 > 40,000 maksimum RM SERATUS RIBU TUNAI PERMINTAAN NYA AKU TELAH TUNAIKAN. perangai nya tetap tidak berubah… tidak bersyukur tidak berterimakasih.perkara yang sama tetap berulang , semasa ada duit banyak ” i Luv U ” bila Kering ” sial , binatang , mu ceraikan aku !!”, sering juga isteri aku menyatakan dia pun dah ada boyfren kaya dan ugut nak tidur dengan lelaki lain. isteri aku lansung tidak takut pada Allah dan balasan atas dosa sekiranya benar benar melakukannya. dia seolah olah mengejek dan mempersendakan hukum hakam Allah…hancurnya hati aku… Itu lah rutin perkahwainan kami selama 12 tahun bersama…..
Apalagi pengorbanan yang harus aku laku kan untuk mengubah sifat isteri aku yang tamak dan menjadi semakin lama semakin tamak…. aku hilang pertimbangan semua kerja terpaksa aku lakukan, termasuk menipu didalam perniagaan…(tetapi aku tidak pernah merompak atau mencuri) sepandai pandai tupai melompat akhirnya aku kantoi juga. tetapi semua yang aku lakukan demi kasih sayang dan cinta aku kepada nya dan anak anak…. aku terlalu sayngkan mereka kehidupan kami mewah sering kami bercuti dan kemana sahaja bertafaf 5 ***** lima bintang.
langit tidak cerah sampai ke petang rupa rupanya hujan di tengahhari…. aku telah tersilap tidak melarang isteri aku menyertai perniagaan jualan lansung HERBALIFE. dari awal.
aku gagal mengawal pergerakan nya….isteri aku menjadi semakin BONGKAK , ANGKOH DAN SOMBONG. konon ya sudah pandai cari duit sendiri dan tidak memerlukan aku lagi biar pun pada permulaannya dia terlupa modal dan perbelanjaan awal nya dari mana.
Aku tetap bersyukur. sekiranya aku mati sekurang kurang nya isteri aku telah boleh berdikari. aku mula berjinak jinak dengan tikar sembahyang yang sudah lama aku tinggal kan. aku insaf dapat aku rasakan apa itu kemanisan iman.islam itu indah. aku dan anak anak sering solat berjemaah bersama sama… sering kali juga sekiranya sampai waktu dan kebetulan isteri aku berada dirumah, aku mengajak isteri aku berjemaah bersama sama kami. jawapan nya ” NEXT WEEK MAMA START” week after week jawapan nya tetap sama.
pendapatan aku sekarang tidaklah seberapa tetapi cukuplah untuk rokok makan minum dirumah minyak kereta perbelanjaan anak anak sekolah, aku tidak berani lagi memberi isteri aku wang perbelanjaan kerana sekiranya aku beri dengan jumlah yang sedikit sudah tentu dia akan membaling wang itu kemuka aku….. isteri aku sudah ada duit…dia mampu bergaya membeli jam talifon bimbit yang mahal mahal minyak wangi dan sebagainya sama seperti semasa aku berduit dulu… aku dan anak anak hanya mampu bersederhana. sebagai suami aku tidak pernah meminta wang dari isteri aku. kalau dia banyak duit itu adalah hak dia. pernah juga aku meminjam wang dari isteri aku. bagi tujuan manambah modal perniagaan , isteri aku tidak pernah menghampakan aku. tetapi sebelum diberinya pinjaman berbagai bagai caci hina maki hamun terpaksa aku terima, dan syaratnya bayaran balik dikenakan faedah 100 % kena bayar (double) setiap yang aku pinjam. aku tak kisah malah aku bahagia dapat memenuhi hajat isteri aku dan telah aku lunaskan semua pinjaman yang aku minta darinya. selalunya aku bayar dalam tempoh masa tidak sampai satu bulan. walaupun hutang dibayar “double” wang sakunya tetap aku beri dengan jumlah yang agak lumayan ( bagi isteri isteri normal )
Aku telah terlupa rumah yang baru dibeli ini adalah rumah isteri aku. aku terpaksa menjual kereta Honda Jazz aku, untuk menambah wang semasa membeli rumah tersebut. rumah tersebut telah diletakan nama atas ahli keluarga isteri aku. aku hanya menumpang sahaja di rumah tersebut. semua kerja rumah mengemas, menghias, mambasuh pakaian memasak menghantar anak anak ke sekolah aku yang lakukan . aku bahagia. aku sangat mengambil berat tentang pembelajaran anak anak aku. aku sentiasa memantau setiap perkembangan akademi anak anak aku. hasil nya anak anak aku adalah pelajar yang cemerlang disekolah mereka. anak aku berjaya scor 100% markah dalam banyak matapelajaran. kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. ternyata anak anak aku mengikut juga jejak langkah aku … pintar di sekolah .
rumah yang aku tumpang boleh dikatakan sentiasa kemas bersih . aku tahu isteri aku penat bekerja. biar lah dia berehat yang lain lain aku uruskan. tetapi ada sahaja yang aku buat tidak kena dimatanya. aku diibaratkan mcm “jakun” yang kuno tidak tahu menggunakan peralatan rumah.semua tak betul.sedang tiada apa pun yang telah aku rosakan. isteri aku mungkin dah terlupa peralan peralatan tersebut hawa dingin, water heater dan lain lain semuanya aku yang beli dengan duit aku sendiri, dia juga terlupa semasa kami mula mula kahwin dulu , aku lah orang nya yang memperkenalkan dan mengajar nya cara cara menggunakan water heater, hawa dingin dan lain lain.inilah yang dikatakan ” kacang lupakan kulit”
aku begitu terguris apabila isteri aku mengatakan dia lah ketua didalam didalam rumah nya. dan katanya lagi satu kapal mana boleh ada dua nakhoda. aku faham maksudnya menyuruh aku keluar dari rumah nya… demi anak anak aku menebalkan muka menumpang di istana milik isteri aku..sering juga jika aku keluar dari istananya sekejap. isteri aku terus merantai setiap pintu istananya. tidak benarkan aku masuk kedalam istana nya itu. aku terpaksa berteduh di belakang rumah menunggu pagi. untuk menghantar anak anak aku kesekolah. aku terpaksa bersolat dengan pakaian yang kurang bersih dan tempat yang tidak sempurna. pernah juga aku kesejukan dan basah ditimpa hujan apabila bermalam disitu.
semua pakaian aku tidak dibenarkan lagi diletakan didalam almari kerana tak muat dan tidak boleh bercampur dengan pakaianya yang mahal mahal… pakaian aku pun semuanya aku beli dengan harga yang mahal dan berjenama. akhirnya semua barang barang dan permainan yang aku sayang telah dibuang di tempat pembuangan sampah termasuk permainan hobi aku helikopter, kereta dan bot rc. berebut rebut orang datang mengutipnya… terkilan nya rasa hati … hanya Allah sahaja yang tahu. untuk membeli semula permainan tersebut sudah tentu tidak lagi aku mampu.
terpaksa lah aku membeli pakaian yang murah murah untuk pakaian seharian. pakaian aku di simpan didalam kotak bungkusan HERBALIFE terpakai . setiap hari aku dilayan seperti anjing.
sekiranya aku ingin bersamanya . aku disyarat kan membayar RM 1,000.( seribu ) untuk sekali
maki hamun, hinaan dan caci nista adalah makanan aku setiap hari. aku diibarat kain buruk yang hanya menunggu masa untuk dibuang. aku masih tabah dan berdoa agar Allah menyedarkan isteri aku yang dah jauh sesat dengan tatasusila sebagai isteri. apatah lagi agama islam.
Ya Allah, sungguh hebat dugaan mu kepada hambamu yang semakin lemah. aku begitu terkejut menerima sms dari isteri aku . yang memberi tahu istananya itu bukan lah reban ayam. kalau nak bersolat sangat , pergi solat di surau yang berhampiran … aku hanya ingin mendidik anak anak aku supaya taat perintah Allah. KAMI TIDAK BOLEH LAGI SOLAT BERJEMAAH BESAMA SAMA. terpaksa lah aku bersolat sorok sorok di bilik stor yang sempit dibelakang rumah sekiranya aku tidak ke surau atau pun masjid.
semakin besar kepala isteri aku.aku hanya menurut segala arahan dan perintahnya. sebenarnya aku bukan lah takut kan isteri aku. Aku cuma mahu menyelamatkan rumah tangga kami. aku lihat anak anak kami begitu takut kepada mama nya. sekiranya ada sesuatu arahan dari mama nya terketar ketar anak aku apabila bersuara…. kasihan anak anak aku…. ya Allah sekiranya aku berdosa biarlah aku seorang yang menerima akibat nya… kasihani lah anak anak aku , mereka tidak berdosa. inilah balasan kepada aku yang mengenetepi kedua ibu bapaku …. aku lupa mereka lah yang melahirkan aku ke dunia ini. aku abaikan mereka. aku anak yang tidak mengenang budi.
Aku tidak berputus asa disetiap malam aku bangun solat hajat berdoa kepada Allah agar memberi sedikit kesedaran kepada isteri aku. aku berpuasa dan tidak henti henti berdoa untuk kesejahteraan keluarga kami…. ya Allah siapa kah aku disisi mu ? mungkin kau telah melupakan aku sebagai mana aku melupakan engkau semasa aku dicurahkan rezeki yang melimpah ruah dahulu. ya Allah adakah kau telah tidak menerima aku lagi kerana aku lalai tidak bersyukur dan berterima kasih semasa aku di puncak kejayaan dahulu. Ya Allah adakaH kau murka akan tingkah laku aku yang dahulu . ampun kan lah aku ya Allah.. terimalah solat aku ya Allah , terima lah doa aku ya Allah.
Isteri aku ibarat raja yang sedang memerintah . dia semakin hebat , aku tidak diendah nya lagi,sebelah mata pun tidak dipandang nya. dia tidak malu malu melontarkan tomahan atau ejekan hinaan seakan mengejek ngejek aku kepada rakan rakan jualan lansung herbalife nya itu. dia seakan malu mengaku yang dia sudah bersuami . lagak nya seperti orang bujang. dia menjadi malu bersuami kan aku …. sehingga rakan rakan nya pun ada yang sms mengejek ngejek aku … aku dijadikan bahan senda gurau oleh isteri aku dan rakan rakan nya,
aku bukan ingin membuka pekong didada. aku bukan lah lelaki lemah . jika nak ceritakan tentang hubungan kami… aku juga hebat di ranjang . isteri aku sering tertewas… cuma sejak kebelakangan ini aku tidak diberi peluang. apabila selalu di maki hamun , mood aku pun terus hilang. lagi pun mana aku mampu dengan permintaan isteri aku yang mengenakan bayaran RM 1,000. untuk sekali, sekiranya nya aku ingin bersamanya. ingin juga aku memujuk. tetapi bila aku try . dia berkata tengah sibuk ada kerja. dah Hampir pukul 1.00 pagi terpaksa melayan client ada juga dah hampir pukul 2.00 masih lagi ber sms… bila aku tanya .dia mengatakan terpaksa sms untuk mengingatkan client nya tentang diet dan sedang berurusan dengan down line.. berbagai bagai lagi. Alasan nya, bisness. aku bukan nya lelaki bodoh…. aku faham isteri aku telah kenyang makan diluar…. Pukul 1 Pagi mana ada orang bisness lagi … di negeri terengganu… ini bukan nya kuala lumpur ada bisness 24 jam, dalam diam aku telah di tipunya…. hati aku jadi semakin tawar. kalau tidak kerana anak sudah lama aku angkat kaki meninggalkan istananya apabila dihalau keluar olehnya….
isteri aku menjadi bertambah Gah. sombong ..semua kenangan indah semasa aku berduit dulu lenyap dalam ingatan nya… ku lihat isteri aku seperti sedang mabuk bercinta… berbagai bagai lagi perkara yang tidak sepatut nya berlaku antara isteri dan suami …. kadang kadang layanan nya kepada aku sebagai suaminya tidak masuk akal sekiranya aku ceritakan disini….. itulah kenyataan nya… isteri aku sungguh pandai bermain kata .. setiap kesilapan yang dilakukan walau pun dosa … sentiasa ada alasan dan jawapan daripadanya.
lagak nya yang sopan dan lemah lembut di luar membuat kan keluarga dan rakan rakan nya mengatakan aku jahat. tidak pernah pun aku memukul atau memarahi isteri aku. kadang kadang ada juga aku bertanya. jawapannya tak sanggup aku tulis disini. jika aku bertanya sesuatu walau pun dirinya bersalah, akan diherdiknya aku, seperti aku pulak yang melakukan kesalahan itu…. ahli keluarga nya mulalah menjeling jeling aku seperti ada kesalahan yang telah aku lakukan. benang yang basah pun mampu ditegakan oleh isteri aku.
dalam diam aku tertipu , bukan sekali tetapi berkali kali, setelah berbagai bagai cara sama ada kasar atau pun lembut telah isteri aku lakukan bertujuan untuk menghalau aku keluar dari istananya itu. namun demi anak anak dan harapan agar hubungan kami pulih, aku masih juga BEBAL tinggal di istananya itu, tanpa rasa malu walaupun di hina lebih daripada anjing kurap. isteri aku memang bijak mengatur strategi mungkin juga diajar oleh teman lelakinya dan rakan rakan niaga jualan lansung HERBALIFE kebanggaanya itu.
isteri aku begitu pandai berlakun kononnya , terpaksa menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada hujung minggu . dia akan ke kuala lumpur untuk beberapa hari. meninggalkan anak anak dibawah jagaan aku. sudah menjadi rutin anak anak lebih selesa tinggal bersama aku. kami gembira kerana tiada lagi singa yang sering menghaum mengherdik mamaki hamun dan menghina aku. dapat lah kami berjemaah menunaikan solat bersama sama di istananya itu,
dengan lambaian seolah olah berbangga dengan rancangan nya yang hampir berjaya , isteri aku meninggalkan kami anak beranak. walaupun begitu seribu pesanan telah di tinggalkan oleh nya, agar kami menjaga istana nya dengan baik , seolah olah kami ini sakai yang baru keluar dari hutan. kami hanya menggangguk angguk kan kepala patuh segala arahanya.
Akhirnya rancangan jahat isteri yang amat amat aku sayangi berjaya juga. selepas dua hari permergiannya ke kuala lumpur atas urusan perniagaan atau mungkin juga berbulan madu bersama kekasihnya. terpampang di semua surat khabar bahawa aku sedang diburu oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. diatas kes yang serupa seperti kes yang telah aku lakukan pada tahun 2006. sebenarnya demi Allah aku telah pun cuci tangan dan tidak pernah lagi melakukan jenayah kolar putih ( komersial ) seperti yang dimaksudkan di dalam surat khabar tersebut. aku telah lama insaf akan kesilapan yang lalu. terjebak nya aku dengan jenayah tersebut dahulu pun adalah kerana terlalu mengikut kehendak dan nafsu tamak isteri aku juga. aku telah di cop sebagai ketua kumpulan penjenayah.
Tanpa berpikir panjang aku terpaksa melarikan diri buat sementara waktu . untuk menyelamatkan diri aku daripada di “kambing hitam” kan oleh pihak berkuasa. aku bukan takut, tetapi aku tidak mampu untuk melawan kuasa besar dengan keadaan aku yang serba daif.dengan perasaan hiba dan sedih aku terpaksa berpisah dengan anak anak yang aku sayangi , belum puas lagi rasanya kami anak beranak bermesra dan bersolat jemaah bersama. aku terus menghantar anak anak aku ke rumah mertua ku.yang letaknya beberapa kilometer daripada istana isteri ku. dengan meninggalkan beberapa puluh ringgit sebagai perbelanjaan anak anak aku disana. pilu nya rasa hati meninggalkan mereka. Dapat aku rasakan itulah lambaian terakhir kami..
berbekalkan wang tidak sampai rm 200 aku memandu kereta . yang aku sendiri tidak tahu kemana arah sepatutnya aku bersembunyi. tanpa syak wasangka ,aku menalifon isteri aku menceritakan perkhabaran buruk yang terjadi pada diri aku. isteri aku berpura pura terkejut dan bersedih diatas perkhabaran tersebut. sedangkan isteri aku bersorak gembira bersama kekasihnya atas kejayaannya menghalau aku keluar dari istananya itu. dan secara tidak lansung bebas dari aku yang dikatakan bussy body , suka mengambil tahu dan mengambil berat tentang segala urusan perniagaan nya. walaupun aku dalam keadaan yang amat tersepit. Tidak sedikit pun meminta pertolongan kewangan daripada isteri aku. aku hanya mengharap kan sokongan moral dari isteri yang amat aku sayangi….
didalam menempuh dugaan dan kesempitan hidup, Sokongan moral yang aku harapkan lain pula yang aku dapat, tidak sampai sehari aku keluar dari rumah . isteri aku terus menerus menambah tekanan seolah olah aku hidup senang lenang berbekalkan kan wang yang tidak sampai RM 200 itu. disetiap sms atau panggilan yang aku terima dari isteri yang aku sayangi , tidak sekali pun istri aku bertanyakan khabar atau bertanyakan tentang makan dan minum aku. sebalik nya terus menerus memeras agar aku mengirimkan wang belanja untuk nya… aku jadi semakin tertekan.. dalam keadaan serba kekurangan , dimanakah harus aku mendapatkan wang untuk dikirim kepada nya. tidak kah terfikir oleh nya akan kepayahan aku meneruskan kehidupan untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan ?
rupa rupa nya itulah rancangan jahat nya yang telah sengaja dirancang oleh isteri aku. setiap kali perbualan atau pesana ringkas kami bertengkar…. didalam kesukaran meneruskan kehidupan, sempat lagi isteri aku menfitnah aku. konon nya aku keluar untuk berpoya poya.. tidak masuk akal lansung !!!. isteri aku telah berjaya melaksanakan rancangan jahatnya untuk menghalau aku keluar dari istananya . secara tidak lansung memutuskan perhubungan suami isteri yang telah kami bina semala 12 tahun.. genap tiga bulan aku keluar dari rumah tanpa berlengah lengah isteri aku telah menfailkan fasakh di Makamah Syariah Terengganu.
didalam tempoh tiga bulan tersebut berbagai bagai ugutan tohmahan hinaan caci nista yang aku terima dari isteri yang amat aku cintai itu. menjadikan aku hilang pertimbangan mambalas setiap ugutan daripadanya dengan ugutan juga. isteri aku ada mengungut aku bahawa kekasihnya akan membunuh aku… dia juga mencaci menghina aku supaya aku terus hilang pertimbangan agar aku menggantung diri aku untuk membunuh diri…. aku juga tidak terlepas dari membalas ugutanya dengan ugutan yang aku juga akan menyimbah asid ke muka nya …. lantaran dengan ugutan aku itu , isteri aku terus menambah membuat lapuran ke pihak polis bertujuan menambah tekanan yang sedia ada…. sesungguhnya aku tidak lah sekejam itu. aku cuma hilang bertimbangan setelah di cabar berkali kali.
Rumah tangga kami sudah tidak dapat diselamatkan lagi. aku tidak lagi dapat berhubung dengan anak anak yang aku sayangi.. isteri aku bermaharaja lela bersama kekasihnya….
aku masih tidak dapat menerima yang aku telah kehilangan orang yang amat amat aku sayangi di dunia ini… aku masih merinduinya… telah berkali kali aku cuba untuk melupakan nya . sengaja aku memaki hamun nya supaya dapat melepaskan geram dan menanam perasaan benci kepadanya .. semakin aku berbuat demikian semakin rindu aku kepadanya…. kenangan kenangan manis semasa kami bahagia sering kali terbayang di mata. membuatkan aku sering kali menitiskan air mata… aku ketawa…. tetapi tiada siapa yang tahu sebenarnya hati aku menangis hiba mengenangkan nasib diri yang tidak henti henti dirundung malang.
Dengan kuasa Allah didalam aku kesusahan ada juga aku berikhitiar memohon bantuan dri pihak bukan kerajaan . akhirnya dalang yang melakukan jenayah tersebut telah diberkas pihak berkuasa. mereka telah mengaku bahawa mereka terlibat di dalam jenayah tersebut. mereka juga mengakui yang aku lansung tidak terlibat dengan jenayah tersebut… MEMANG TERBUKTI AKU TIDAK TERLIBAT DENGAN JENAYAH SEPERTI YANG TERPAMPANG DI SEMUA SURAT KHABAR SELAMA 2 HARI BERTURUT TURUT.
secara kebetulan jenayah tersebut berlaku, pihak berkuasa terlebih dahulu menghubungi isteri aku untuk menyiasat perkara sebenar. bagi isteri aku seperti ” bulan jatuh ke riba” memberi maklumat palsu kononnya aku terlibat dan terus merancang untuk menghapuskan kan aku dalam hidupnya. isteri aku beranggapan aku tidak lagi berguna didalam hidupnya kerana aku sudah insaf dan tidak akan mengulangi menjalankan kerja kerja haram yang menghasilkan wang sehingga mencecah jutaan ringgit. isteri aku juga beranggapan dengan cara aku bekerja mencari duit halal tidak akan lagi memberi kemewahan kepadanya….
dalam kesedihan mengharungi kehidupan aku … aku tidak berputus asa menghatar email kepada rakan taulan … akhirnya seorang sahabat lama muncul dan sudi memberi pertolongan akan membawa aku naik keatas semula. sahabat aku juga berusaha mencari peguam dan akan membiayaai kos guaman untuk menfailkan tuduhan fitnah yang telah aku terima di setiap suratkabar dahulu… semuanya itu demi menjaga maruah aku yang telah tercemar….
Aku akan berjuang menuntut semula hak hak aku… hak aku bukan lah wang ringgit tetapi zuriat aku yang aku cintai. Aku tidak rela zuriat aku di hina lagi. dan aku tidak rela zuriat aku dirosak binasakan dengan dipengaruhi oleh seorang ibu yang tidak berakhlak lantas tidak bermoral . aku teramat yakin diatas segala perbuatannya terhadap diri aku. Aku berada di landasan yang BETUL.
InsyaAllah sekiranya ada rezeki.. dan balasan Allah diatas segala ujian nya . dengan pengalaman yang aku aku ada sahabat aku memberi kepercayaan kepada aku untuk menguruskan sebuah resort yang terkenal ditanah air… aku akan meneruskan kehidupan aku bersendirian…. tidak terlintas dihati aku untuk mencari pengganti… cukuplah penderitaan yang aku alami selama ini…. dan aku akan tetap berpegang pada janji akan mencintainya sampai keakhir hayat aku….
mama , sekiranya mama membaca tulisan huduh papa ini. papa menegagaskan ianya hanya luahan perasaan yang terpendam di hati papa…. Ingat lah mama setiap diantara kita akan mati juga akhirnya…. dan kita tidak akan terlepas daripada dihisab. di akhirat nanti….sekiranya benar, papa tidak akan dapat mengampunkan apa yang telah mama buat pada papa.
saya ingin meminta nasihat mengenai masallah saya dengan isteri saya, tahun lepas saya mendapati isteri saya ada hubungan sulit (jika betul perkataan ini) dengan kawan sepejabat (lain-lain bahagian) suami orang hingga isteri beliau menghubungi saya. Isteri saya hanya memberikan jawapan kepada saya kami hanya kawan sahaja… tetapi isteri bcakap kalau tidak percaya kan saya? untuk apa kita bersama-sama lagi
(soalan? adakah maksud ini dikira niat isteri hendak becerai) pada waktu tersebut saya hendak berjumpa dgn laki2 tersebut tapi isteri saya cakap BUAT MALU SAHAJA
selepas 3 bulan kemudian saya dapati isteri saya bertelefon dengan laki2 kawan kepada teman isteri saya (teman perempuan) seorang pegawai pelajaran SM Sufri Bolkiah. Saya naik marah serta menghubungi emak dia serta keluarga disebelah pihak isteri saya, isteri saya cakap kami hanya kawan tetapi saya dapati mereka bertelefon jam 12 tengah malam? pada waktu saya mdapati mereka berbual.. muka isteri saya mcm ketakutan dan isteri saya cakap, ingat anak2 kita, pada waktu tersebut saya hendak berjumpa dgn laki2 tersebut tapi isteri saya cakap BUAT MALU SAHAJA
Sekarang saya masih boleh memaafkan isteri saya kerena saya hanya / teringat akan 2 orang anak saya yg berumur 2 & 5 tahun. Pada masa ini isteri saya sering keluar rumah sehingga 7,8 jam baru pulang kerumah dan alasan berjalan dgn kawan rapatnya dan saudara dia sehingga saya merasa seperti tidak dapat mengawal dia lagi? jika saya tegur dia akan cakap? seperti biasa
pada malam jumaat lepas kami ada sedikit pentengkaran setelah saya dapati? isteri saya tersalah massage ke HP saya? PERKATAAN: BELAKANG SAYA SAKIT SETELAH DIGILIK2? pada masa yg sama isteri saya berjumpa saya dan berkata saya salah send!! masa ini dia baru pulang dari dari berjumpa saudaranya? Setelah pentengkaran berlaku… dia massage saya dengan perkataan? SAYA HANYA PEDAM PERASAAN PADA MASA INI DAN MENUGGU UNTUK BERCERAI SAHAJ) dan dia jua bercakap pada waktu itu juga… anak2 boleh kita jaga sama2 dan ini perkara bukan mengenai dengan laki2 hanya kita tidak ada persefahaman?
Untuk makluman bersama? Isteri pada zaman sekarang ini seperti mereka yang boleh membuat perkara yang dilarang oleh ugama islam, berkelakuan hanya is minta cerai dari suami.
terlalulama rasanaya kecewa yg sy tanggung. Rupanya ade teman serupa. Sy amat perlukan sokongan kesetiaan sy selama ini hingga
sy sanggup tiada berkawan rapat. Bila terjadi begini hidup terasa siksa menanggung sendiri. Ali, En Azlan dan yg lain tolong email saya yg perlu sokongan untuk terus hidup … tq
rubytailor@yahoo.com
Salam, kepada saudara Azlan, dugaan yg saudara lalui amat lah hebat sebagai seorang suami yang baik, tidak perlu sy ceritakan masalah rumahtangga sy disini,(sy dapati isteri sy curang), apa yg sy cuba tyakan disini,bagaimana melalui hari2 yg seterusnya dgn isteri tanpa mengingati apa yg dilakukan olehnya, kerana sy sygkan rumahtanga dan anak,sy x ceraikan dia.. pls email me.. tq
Nasib saya pun lebih kurang dengan azlan. saya pernah bercerai dgn isteri dan kami rujuk. oleh kerana demi masa depan anak-anak dan keluarga, saya reda dan tawakal. tetapi saya hairan sejak akhir akhir ini perkara ini berulang kembali. dengan gerak dan keadaan yang sama. dia dulu curang saya mampu terima dia balik dan sekarang dia mula lagi hilang perasaan dan menuntut cerai. Hanya kerana tiada perasaan cinta sahaja dia sanggup nak berpisah kononnya dia berdosa dan berasa bersalah. saya mulai hairan dengan sikap sikap dia sejak kebelakangan ini. tragedi macam berulang atau al kisah berulang kembali. apa harus saya lakukan? adakah dia mempunyai hubungan luar? mengapa?
saya pula dapat teman yang dah bertunang tanpa saya sedari,2tahun kami bersama baru saya dapat tahu dia ada tunang..saya tahu dari gambar dia,cincin,ama d hanandphone dia..perempuan itu bernama lizah abdullatif.
nasihat saya kepada semua pembaca,tak kira wanita atau lelaki..
kita harus jujur pada seseorang yang telah kita beri harapan,imbas semula luahan azlan,dia jujur yg tak pernah curang,tapi isterinya pula yg curang..dari itu dapat kita rasa bagai mana peritnya azlan apabila tahu isterinya di jangkau orang..bekas teman wanita saya juga curang dan berzina dengan lelaki lain,saya tak dapat terima hakikat lalu putuskan hubungan dengan dia..dalam topik (curang)kita tak boleh salah kan kaum wanita atau lelaki,sebab kedua kaum pun ada kesilapan yang sama,apa yang penting,1perkara…iaitu bila kita kata cinta pada seseorang dan kita beri harapan sayang pada seseorang,kita kena lah jujur supaya tiada yang terluka di antara kedua kaum iaitu lelaki dan perempuan..sampai sini saja yang mampu saya kongsikan pengalaman pahit tak manis..sekian dan salam sejahterah..from kota kinabalu sabah.
apa yang belaku,kerana pegangan akidah tidak kuat,iman dan islam tak tahu.ikut hawa dan nafsu.kalau manusia kembali pada allah semua bejalan lancar.kesalahan ini yang anda paparkan banyak pekara yang kena di teliti ,pemerintah.suami.diri.ada kah pegangangan agama kita kukuh.adakah kehidupan kita tehindar dari dugaan.nafsu.sesuanya harus di ambil berat oleh semuanya.apa apa pun kalau islam kembali pada allah.sebesar mana dosa asal jangan syirit dengan allah insyallah allah ampun kalau benar taubat.
SARIFAH YUSOF MEMANG BETINA YANG KETERLALUAN . PERASAN KONON NYA DIA CANTIK . TERLALU MENGIKUT HAWA NAFSU. TERLALU ZALIM . BETINA INI BERSAMA KEKASIH GELAP NYA SANGGUP MERANCANG UNTUK MEMBUNUH SUAMI NYA SETELAH SEMUA DUIT DAN HARTA BENDA SUAMI NYA LICIN DIKEBAS NYA . BERLAGAK MCM ORG BUJANG… SEDANGKAN SUDAH BERANAK TIGA.. BETINA INI SHOCK CULTURE ! TAMBAH TAMBAH LAGI APABILA SELALU DIPUJI OLEH RAKAN RAKAN NYA… RAKAN RAKAN NYA PULA BERSUBAHAT MENGENALKAN RAMAI LELAKI UNTUK MENJADI TEMAN NYA .. BETINA INI MEMANG SIAL