Memey Suhaiza yang Cute
Read Here
![]()
Memey main Snooker0 viewsMemey SUhaiza la ni.Sep 14, 2008 ![]()
Memey ke ni0 viewsMemey Suhaiza yang Cute
Oleh Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my
Rap
KALAU pelakon berkarakter seperti Datin Norish Karman laris di kalangan produser dan pengarah hingga memikul tanggungjawab berlakon dengan tiga produksi drama sekali gus, pelakon muda, Memey juga tidak kurang larisnya.
Untuk Ramadan ini, Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 20, mempertaruhkan lakonannya sebagai Mahsuri dalam drama bersiri Lara Rindu Mahsuri yang disiarkan di TV3 menerusi slot Lagenda mulai 1 September dan berakhir menjelang raya.
Selain Lara Rindu Mahsuri yang menjalani penggambaran pada 23 Jun hingga 22 Julai lalu, pelakon asal Johor ini juga sibuk di lokasi drama 26 episod Farah Syakirah bermula awal Julai dan dijangka memakan masa selama dua bulan.
“Saya sebenarnya baru selesai penggambaran Roda-roda Kuala Lumpur untuk RTM kemudian terus berlakon Lara Rindu Mahsuri. Waktu sama, berlakon Farah Syakirah terbitan Skop Productions Sdn Bhd. Selepas itu ada tawaran lain tetapi masih dalam pertimbangan.
“Saya tidak kisah berlakon lebih daripada satu drama kerana cari makan dengan berlakon. Apabila ada yang tawarkan dan wataknya sesuai, saya terima.
“Apabila berlaku pertembungan, saya akan serahkan jadual penggambaran saya untuk disesuaikan dengan penggambaran drama satu lagi. Setakat ini tiada masalah tetapi penat kerana terpaksa berkejar-kejar dari satu lokasi ke satu lokasi,” katanya.
Mengenai wataknya dalam Lara Rindu Mahsuri, Memey diberi watak utama sebagai Mahsuri dan tampil bertudung sesuai dengan dirinya berasal dari kampung kemudian melanjutkan pelajaran ke UIA serta berganding dengan Sherry Ibrahim sebagai Mastika. Hubungan mereka rapat tanpa mengetahui sebenarnya mereka adik-beradik.
“Bagi saya watak Mahsuri begitu mencabar kerana dia mencari ibu kandungnya. Walaupun dia sayangkan ibu angkatnya lebih daripada segala-galanya, semuanya berubah apabila dia keluar dari Langkawi dan berpeluang melihat dunia luar yang lebih luas.
“Mahsuri cemburu melihat kehidupan Mastika yang bahagia di sisi ibu bapa dan adik-adik. Malah dia juga mula sangsi dengan dirinya yang tiada bapa kerana hanya dimaklumkan ibu angkatnya yang bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil.
“Dalam drama ini, Mahsuri juga digambarkan mempunyai keistimewaan apabila mampu mengubat orang sakit dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan sentuhan tangannya. Ada satu babak dia terkurung tetapi dengan membaca ayat-ayat suci pintu dapat dibuka,” katanya.
Lara Rindu Mahsuri mengisahkan dua beradik, Mahsuri (Memey) dan Mastika (Sherry) yang terpisah dengan ibu mereka, Teh Halimah (Norish Karman) sejak kecil. Apabila Mahsuri dilahirkan, dia diserahkan kepada Chu Zainab (Kartina Aziz) dan menjaganya seperti anak sendiri.
Apabila dewasa, Mahsuri melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan berkawan baik dengan Mastika dan hubungan mereka sangat rapat seperti kakak dengan adik.
Ketika melawat satu rumah kebajikan, Mahsuri dan Mastika bertemu Teh Halimah, pesakit di bawah jagaan Doktor Imran (Riezman Khuzaimi) yang juga abang kawan mereka yang sama-sama menuntut di UIA.
Teh Halimah sebenarnya mempunyai dua anak hasil perkahwinan dengan lelaki kaya, Farouk (Eman Manan) tetapi dia tidak ingat kisah lalunya kerana kemalangan yang berlaku. Dia juga mengalami trauma kerana disiksa mentuanya, Sharifah Nur (Maimun Talib) yang membencinya.


Use the form below to search the site:
Tak guna betul Norman Hakim & Memey
kau pmpn bodoh. perampas suami orang tak sedar diri!!!!!! kau ingat kau ya cantik sangat kah hah? tak sedar diri hahaha..perosak rumah tangga orang…tak payah berlakon berlagak baik. kau tak layak pegang watak dalam mana2 drama. keluar dari industri hiburan pergi mampus.. get lost!!!
u cntik memey..i akui..
tp jgan gne kcantukan u tok bnde x btol..
diri u,u sndri yg taw..
i xley ckp pape..
i tgok u pn matang,so pndai2 la yeh..
Itulah… pikir dulu b4 buat. u MEMEY mau start yur carrier. Now, siapa yang rugi??? chance banyak kepada artis lain after u digugurkan daripada mana-mana drama TV. For me, out from this industry is the best solution… Orang NOT ACCEPT you. People at Sarawak & Sabah SPIT you face bila u come out at TV. Malu betul!!!!!