Nubhan Masuk Hospital

Pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6), Ahmad Nubhan Ahamad, 22, atau Nubhan dikejarkan ke hospital kelmarin, selepas tidak mampu berjalan dan mengalami kekejangan berpanjangan.

Penyanyi yang kini sedang popular dengan lagu Ada Untukmu itu terpaksa ditahan di Hospital Seremban, Negeri Sembilan bagi membolehkan doktor melakukan pemeriksaan lanjut

Sewaktu dihubungi, Nubhan berkata, penyakit itu dideritai sejak berusia lima tahun selepas mengalami kemalangan.

“Ketika belajar di sekolah menengah penyakit yang saya alami beransur pulih selepas menjalani pelbagai rawatan.

“Bagaimanapun, kelmarin ia berlaku lagi dan kali ini keadaan lebih teruk apabila saya langsung tidak boleh berjalan.

“Kejadian berlaku sebaik saya selesai menjalani penggambaran Ada Cinta Di Hari Raya, di kampung kelahiran saya di Juasseh,” katanya.

Menurut Nubhan, doktor memberitahu dia mengalami selisih tulang belakang mengakibatkan ia membengkak dan memberi kesan kepada saraf terutama urat kaki.

“Syukur apabila doktor menerangkan ia tidak terlalu kronik sehingga boleh mengakibatkan lumpuh memandangkan saya muda dan tubuh masih kuat.

“Bagaimanapun saya perlu menjalani rawatan rapi dan melakukan fisioterapi sepanjang seminggu ditempatkan di hospital ini,” katanya.

Sementara itu pengurusnya, Vernon Kedit menjelaskan bagi membolehkan rawatan dilakukan dengan sempurna Nubhan tidak boleh menerima pelawat kecuali ahli keluarga rapat.

Segala aktivitinya sepanjang minggu ini sehingga Aidilfitri terpaksa dibatalkan.

This entry was posted in Gang Starz, Stacy. Bookmark the permalink.

One Response to Nubhan Masuk Hospital

  1. alice14taon says:

    ciannyer kt abg…next tme jgn hyper sgt taw…nnti bertambah parah lak…nnti abg lumpuh cmne…cian kt fmili abg…sbb kene jge abg sakit…take crae taw…

Leave a Reply