Intro2u.net >Artis > Rosyam Nor > Pelakon Lelaki Terbaik

Pelakon Lelaki Terbaik

By admin

Read Here

SELEPAS muncul sebagai pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 pada 9 Ogos lalu menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang, rezeki Rosyam Nor nampaknya semakin melimpah.

Terbaru, pelakon berasal dari Pantai Dalam, Kuala Lumpur itu dipilih sebagai jurucakap produk lampu tempatan, Alfo yang mempunyai enam rangkaian kedai pengeluar serta pengedar lampu yang terbesar di negara ini.

1.jpg
Jerawat & Seks17 viewsInfo untuk kita ( Jerawat & Seks) 2 bulan, 1 Minggu yang lalu. JERAWAT JERAWAT berasal daripada satu perkataan greek yang bermaksud “masa yang paling
10.jpg
Yellow Bird22 viewsYellow Bird Paper Greetings – Greeting Cards and Gift Inserts with a Fresh, Sparkly, Girlie and Cheeky Style
11.jpg
Bird0 viewsBird nest with foods
13.jpg
Human penis size refers to the length and width of human male genitalia. Interest in larger penis sizes has led to

Menurut Rosyam, dia berasa gembira kerana dipilih oleh pengeluar produk itu, Alfo Group Sdn. Bhd. yang julung kalinya memilih kalangan artis popular sepertinya sebagai jurucakap produk tersebut.

“Saya bangga kerana dalam ramai- ramai artis di Malaysia ini, saya yang menjadi pilihan Alfo. Apatah lagi, ini merupakan produk keempat yang telah memilih saya sebagai jurucakap mereka,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan Alfo di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelasnya, tugas sebagai jurucakap Alfo sekali-kali tidak akan membataskan aktiviti serta komitmennya sebagai penerbit serta pelakon menerusi bidang perfileman dan drama tanah air yang disegani ramai.

Sebaliknya, pelakon berusia awal 40-an ini juga tidak menghadapi masalah untuk membantu mempopularkan lagi produk-produk yang mengangkatnya sebagai jurucakap mereka menerusi drama atau filem terbitannya.

“Sebagai contohnya, selepas dilantik sebagai jurucakap Alfo, saya akan cuba mempromosi serta memberi publisiti produk ini dalam setiap program yang akan saya terbitkan kelak.

“Kalau boleh, saya mahu ia menjadikan peranan yang akan saya laksanakan ini keadaan menang-menang antara saya dengan Alfo. Apatah lagi, saya pun sudah hampir tiga tahun mengenali Alfo, tuan punya syarikat ini,” ujarnya.

Tambah Rosyam, dia tidak kisah untuk memikul tanggungjawab sebagai jurucakap apa-apa juga jenis produk kerana ia boleh dilakukan dengan sedaya upaya seiring dengan populariti yang dimilikinya.

Malah, beliau akan cuba menyesuaikan diri dengan sesuatu produk tersebut agar peranannya sebagai jurucakap dapat memberi pulangan kepada syarikat yang telah melantiknya itu.

“Sebelum ini pun, ada juga terdengar suara-suara sinis yang mempersoalkan bolehkah saya menjadi jurucakap produk kecantikan. Tetapi saya beranikan diri juga ketika ditawarkan sebagai jurucakap sebuah produk kecantikan.

“Apa yang penting, saya sanggup memberi komitmen kepada sesebuah produk kecantikan yang telah melantik saya sebagai jurucakap mereka. Contohnya, dalam Alfo tugas saya bukan sahaja dalam urusan jualan tetapi saya juga akan terbabit dalam kerja-kerja kebajikan,” katanya.

Sementara itu, pengurus produk itu, Alfo Chong Thiam Fook berkata, pemilihan Rosyam sebagai jurucakap Alfo dibuat kerana syarikat itu tertarik dengan komitmen serta perjalanan hidup pelakon terbabit.

Katanya, perjalanan hidup Rosyam yang susah dan bermula daripada bawah sebelum menempa nama dan kejayaan dalam bidang lakonan telah menambat hatinya.

Related Content

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline