Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan merompak dua kamera milik syarikat Penyiaran TV3, dalam kejadian membabitkan seorang wartawan dan dua jurukamera diserang lebih 20 warga Afrika, 15 September lalu.
K Elizabeth Sumana De Silva, 42, dan suaminya berbangsa Nigeria, Adeyemi Rasaq Tunde, 42, didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Menara Gading 1, Taman Connought, Cheras, jam 1.10 pagi.
Kedua-dua mereka yang tidak mengaku bersalah didakwa melakukan rompak kamera jenis Panasonic, ketika itu berada di dalam kawalan pembantu jurukamera Fauzi Muin, 31, bersama 20 orang lagi yang masih bebas.
Manakala bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa merompak kamera jenis Panasonic DVC Pro di dalam kawalan jurukamera, Nor Azman Jumahat, 34, bersama 10 orang yang masih bebas.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Nasir Nordin manakala pendakwaan diwakili Lokman Kasim menawarkan jaminan RM10,000 bagi Elizabeth dan tiada jaminan bagi Adeyemi.
Peguam Lim Chi Chau yang mewakil kedua tertuduh memberitahu mahkamah bahawa restoran yang diusahakan oleh anak guamnya menjadi tumpuan ramai warga Afrika termasuk mereka yang berada di Kedutaan Nigeria.
Katanya, ketiadaan mereka berdua menyebabkan restoran itu tidak dapat beroperasi.
“Mereka tiada duit. Saya difahamkan mereka hanya mampu Sediakan RM12,000 untuk jaminan”, katanya.

They are still in operation now. the negros are cheating local moneys through tagged, friendster, yahoo etc. i hope government is more concern on the wellbeing of malaysian rather than these african. limit their entrance, tight their entrance procedure. do not accept those with poor background to enter our country.
Dear Some Malaysians, I am not all Malaysians, as some Malaysians used to generalize the any cases caused by some Africans in Malaysia.
Well, I am not defending those Africans are doing bad in Malaysia and are not respecting Malaysian laws, you should not know that, in any community, there are bad and good people, so my concern here, Malaysian police force must do their job properly, I really support them, and one more thing, when TV3 showed that, most of criminalities in Malaysia are caused by Africans, may ask the responsible of that prestigious channel, is it (raping, snatching lady’s bag, rubbering the honest population’s house) did by Africans or some Africans? can TV3 bring the prove?
From Free Thinker