Intro2u.net >Khalwat > Memey Suhaiza > News > Norman MEMEY ditangkap KHALWAT

Norman MEMEY ditangkap KHALWAT

By admin

Read Here

Utusan kata(bukan aku kata), seorang pelakon drama Gerak Khas yang baru sahaja dapat cahaya mata ditangkap khalwat di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, awal pagi tadi. Kalau ikut realiti, yang sebetulnya pelakon gerak khas yang baru dapat anak adalah pasangan Norman Hakim dan Abby Abadi.

Dan merupakan satu kebetulan juga, Norman Hakim &  Abby Abadi mempunyai pejabat di alamat MDH Trading & Services (001543198-M), 4-1A, Tingkat 1, Jalan UP 1/2, Ukay Perdana Ampang, 68000, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Takkan semua ini satu kebetulan yang sangat kebetulan (apa aku cakap ni!)

norman-hakim.jpg

elakon siri Gerak Khas, Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, telah ditangkap khalwat bersama pelakon baru, Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Hidayat B. Abd. Rani, berkata pelakon lelaki dan pasangannya itu ditahan pada jam 3 pagi oleh 5 anggota penguatkuasa JAIS dan 2 anggota polis.

“Pihak kami telah mendapat aduan daripada orang ramai sebelum membuat serbuan ke atas premis tersebut. Pada mulanya mereka enggan membuka pintu sehingga berjaya mendapatkan kunci daripada seseorang.

“Apabila masuk kedalam ruang pejabat itu, kami telah bertemu dengan wanita itu manakala Norman sedang menyorok di bahagian belakang. Ketika itu kedua-dua mereka berpakaian lengkap.

“Mereka berdua didakwa di bawah Syeksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 atas tuduhan berkhalwat,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superitendan Amiruddin Jamaluddin dilaporkan sebagai berkata, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.

“Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut,” katanya.

Norman adalah suami pelakon Abby Abadi dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim. Mereka bernikah pada 8 Januari 2002 dan pernah berpisah buat seketika pada Mei 2006.

Baru-baru ini, Norman dilaporkan tidak pulang ke rumahnya pada Ramadan lalu tetapi menafikan rumah tangga dengan Abby sedang bergolak kencang.

Related Content

26 Responses to “Norman MEMEY ditangkap KHALWAT”

  1. memang betul kenapa takde lelaki yang lebih sempurna keee..memang perampas mak bapak dia tak ajar ke,kalau dia tak nak pun kenapa duk sana malam malam mcm lah tempat lain tak boleh jumpa

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline