Danga Island Villas

Hampir 70 peratus daripada vila pinggir air mewah di Danga Island Villas, terletak dalam lingkungan Iskandar Malaysia, disambar oleh pembeli dari seluruh dunia walaupun projek itu akan hanya dilancarkan pada November depan.

Ketua pegawai eksekutif Danga Bay Sdn Bhd, Datuk Lim Kang Ho berkata Danga Island Villas berjaya memperolehi sejumlah RM230 juta jualan di pameran hartanah antarabangsa Cityscape yang berlangsung di Dubai minggu lalu.

Persepsi yang begitu menyakinkan di kalangan pelabur terhadap projek itu adalah bukti berterusan kepercayaan mereka kepada Iskandar Malaysia dan Danga Bay.

“Walaupun dengan keadaan ekonomi semasa, mereka masih mahu membelanja dan melabur dalam projek kami, sekali gus mencerminkan keyakinan mereka terhadap Danga Bay dan Iskandar Malaysia yang disokong oleh kerajaan,” kata beliau pada taklimat media hari ini.

This entry was posted in Malaysia. Bookmark the permalink.

Leave a Reply