Intro2u.net >Artis > Fahrin > Linda > Fahrin Dan Kekasih Baru

Fahrin Dan Kekasih Baru

By admin

Read Here

CIK Normah pasti sekarang ini ramai yang ada pilihan menonton drama hebat di TV. Stesen TV di Malaysia sekarang ini berlumba-lumba menyiarkan cerita menarik dalam usaha menaikkan rating dan tidak mengalih tumpuan penonton. Pendek kata, kalau tak nak tengok siaran TV itu, boleh tengok siaran TV ini. Dalam kesibukan Cik Normah bertugas, Cik Normah akan cuba curi masa untuk menonton TV.

Kalau Cik Normah sebut drama Awan Dania mesti ramai yang sedar dengan kemunculan drama itu di Astro Ria. Kisah mengenai dunia pramugari dan pramugara di awan biru ini membabitkan ramai pelakon hebat seperti Hans Isaac, Nasha Aziz, Irma Hasmie dan Ummi Nazeera. Tak dilupakan pelakon dan model yang kini mula mendapat perhatian dan dipuji lakonannya gara-gara membawa watak gadis ala tomboi bernama Dania, iaitu Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir atau Scha Al Yahya.

Kalau nak tahu Scha ini anak saudara kepada penyanyi serta pelakon Sheril Aida. Scha pernah memenangi Dewi Remaja 2005/2006 anjuran sebuah majalah popular. Nampaknya bakat dan kewujudan Scha semakin diperhatikan. Itu satu perkembangan yang baik dan Cik Normah yakin nama Scha akan terus meledak. Tiga filem lakonan Scha yang bakal menemui penggemar filem ialah Antoo Fighter, Histeria dan Papadom.

Cik Normah harap Scha tak cepat lupa diri apabila popular mendekatinya kelak. Kawan Cik Normah memang ramailah yang puji lakonan Scha jadi tomboi yang berusaha nak jadi perempuan. Memang tak susahlah Scha nak bawa watak itu sebab Cik Normah dapat tahu Scha ni pun gadis yang lasak dan ‘ganas’.

Watak tomboi yang dibawa Faezah Elai di dalam drama Sutera Maya di TV3 pun dipuji. Hai… sekarang ni watak tomboi tengah jadi perhatian pula. Mujurlah Cik Normah ni masih mempunyai ciri-ciri wanita Melayu terakhir ‘gitu’ kalau tak Cik Normah.

Hai Cik Normah tertanya-tanya, Scha dengan Fahrin tu ada apa-apa ke. Bukan main mesra lagi Cik Normah tengok masa mereka menghadiri majlis rumah terbuka NSTP baru-baru ini. Sejuk mata Cik Normah tengok mereka berdua macam pasangan bercinta ‘gitu’.

Related Content

2 Responses to “Fahrin Dan Kekasih Baru”

  1. zoom

    ni lagi citer kelakar..
    dl mase ber’teman’ dgn linda tak nak kecoh2.
    skrg ni bila fighting dgn ‘teman’ dia tu. ngadu plk kat media.
    ape punya buruk perangai da..
    senyap2 la cam dl2.bru la profesional. ni dua-dua tak profesional.ape da..
    menyampah dgn org camni..hipokrit nak mampus.
    aku pun tak mau tau hal depa ni. yg over nk giler ni.

  2. benci 'linda onn'

    minah ni…control cun…dye ingat dye hebat sgt…konon2 cantik…time teman tapi mesra bkn main cover2…ble da teman x mesra mula la bising…nyampah..

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline