Linda dan Que dilihat keluar bersama

“SAYA mengaku kenal dia sebagai pelakon. Dia berbakat orangnya dan saya pernah menonton filem Castello serta drama Hanya Aku lakonannya,” kata Linda Jasmine.

Koreografer jelita dan berpengalaman itu kini dikatakan hangat berkasih dengan pelakon lelaki terkenal, Que Haidar. Bahkan, pelbagai gosip intim mengenai pasangan sejoli tersebar di media dan Internet.

Linda dan Que dilihat keluar bersama di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur malah Linda juga dikatakan mengikut Que balik ke kampung pada Aidilfitri, baru-baru ini.

Namun, wanita berusia 36 tahun itu tetap dengan pendirian tidak mahu membuka mulut berbicara soal itu.

“Saya sedar, bukan saja media tetapi orang di luar sana mungkin hendak tahu juga kebenaran cerita itu. Namun, saya ada hak untuk tidak menjelaskan apa-apa. Cuma, apa yang boleh dikatakan, ada kala saya sendiri tergelak besar membaca gosip itu.

“Ternyata, orang lebih mengetahui segalanya berbanding saya sendiri. Bagaimanapun, saya memang tidak selesa berbicara perihal peribadi kerana apa pula perspektif masyarakat nanti. Buat masa ini, saya lebih senang membiarkan cakap-cakap orang,” katanya.

Bagaimanapun, Linda tidak keberatan berkongsi cerita mengenai ciri-ciri lelaki idamannya. Katanya, dia menyenangi individu yang pandai buat lawak, baik hati, matang, murah hati, berfikiran terbuka serta menerima dirinya seadanya.

“Saya berjumpa ramai orang dan tidak dinafikan, dalam ramai individu ditemui, ada antaranya memiliki ciri-ciri yang saya cari.

“Apapun, memang ada masanya saya rimas dengan perkara ini. Namun, saya tetap faham dan cuba menerimanya sebaik mungkin dengan hati terbuka,” katanya.

agnes-monica.gif
aGNES boob11 viewsWOW HOW THAT HAPPENDEDOct 17, 2008 Maudy_Koesnadi.jpg
mAUDY kOESNADI CUTE13 viewsWOW WHERE IS YOUR BRAOct 17, 2008

This entry was posted in Linda. Bookmark the permalink.

Leave a Reply