Intro2u.net >Awal > One In A Million musim ketiga

One In A Million musim ketiga

By admin

Read Here

MURAH rezeki sungguh pelakon dan pengacara Awal Ashaari sejak melakar nama dalam dunia seni. Memang tak putus-putuslah tawaran yang datang kepadanya apatah lagi diuruskan oleh pengurusnya, Lina.

Tak lama lagi, Awal akan kembali mengacarakan One In A Million musim ketiga. Tak silap Cik Normah, Awal masih ditemani VJ Channel (V), Marion Caunter sebagai pengacaranya. Tak sabar Cik Normah tunggu dan lihat siapakah peserta yang mungkin akan membabitkan artis pada musim terbaru ini.

Bukan terbabit dengan produksi 8TV saja. Haa… program Sehati Berdansa musim kedua di Astro Ria juga masih mengekalkan Awal untuk mengendalikan beberapa segmen program seperti Kenali Sehati Berdansa, Tirai Sehati Berdansa dan sebagainya.

Baguslah Awal, Cik Normah tengok Awal memang serasi dan cukup berkebolehan sebagai pengacara. Tapi soal berlakon tu, jujur cakap, Awal masih perlu memperbaikinya lagi. Cik Normah ada juga dengar soseh soseh yang Awal tak ada lagak muka hero. Ye ke?

Yang Cik Normah tak sabar tunggu nak tengok Sehati Berdansa musim kedua ini ialah gelagat pengacara utamanya iaitu Fahrin Ahmad dan Linda Onn. Ramai yang dah tahu, mereka ini ala berkerat rotan tetapi masih dikekalkan bersama.

Agak-agaknya ada tak sedutan drama menarik mengenai pasangan ini yang mungkin dipaparkan nanti? Tapi Cik Normah yakin, baik Fahrin mahupun Linda pastinya akan melunaskan tugas mereka dengan profesional. Kita tunggu sajalah episod permulaan pada 23 Oktober ini hanya di Astro Ria.

Related Content

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline