Pelakon Gerak Khas Ditangkap KHALWAT

Pelakon Gerak Khas yang kini rumahtangganya dikatakan sedang retak, pagi tadi ditangkap khalwat di sebuah premis perniagaan di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, di sini.
agnes-monice-11.jpg
Tangkapan dilakukan kira-kira jam 2 pagi oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), berikutan maklumat orang ramai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata pihaknya menerima laporan tangkapan pasangan itu daripada Jais kira-kira jam 3 pagi.

“Saya mengesahkan tangkapan pasangan pelakon itu yang ditahan di sebuah premis awal pagi tadi.

“Ketika diperiksa didapati kedua-duanya yang berpakaian lengkap berada dalam premis itu. Difahamkan mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Difahamkan, pasangannya seorang pelakon baru dan pernah bersama berlakon sebelum ini.

This entry was posted in Artis, Khalwat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply