Pesona Nona is back to its second season. It’s a reality show that tests the contestants’ ability in presenting materials assigned to them. Ten women will be vying for the title of TV presenter in this second season of Pesona Nona, a reality show by TV3. They are Sharifah Nurul Asyikin, 25, Rokiah Johari, 25, Norasheedah Abdul Razak, 23, Siti Hasfizza Aswaty, 25, Ariana Ahmad, 23, Normala Abdul Rahman, 22, Shariffa Amal Feizal, 18, Siti Nur Zafriza, 23, Nurul Izaah Abdul Rahman, 20, and Nor Nina Syarafina, 22. Each week, viewers will see a candidate undertake tasks and be tested on their skills in their hosting ability. Nona producer Hartina Ayu Harun said the candidates would be given basic lessons in broadcasting such as vocal training, appearance, make-up, presenting skills, directing, business and motivational skills and interviewing techniques by well-known personalities in the respective industries before they are given their tasks. The winner will take home RM50,000 worth of jewellery from Rafflesia, RM10,000 cash, a hamper from Safi and a trophy from Langkawi Crystal. Previous shows (although may come under a different name) have produced personalities such as the infamous Nollyzai Awang Sham, the pretty Normala Samsudin and Norjuma Habib.
Pertandingan Pengacara Popular Pesona Nona 2007 TV3
This time around there will be people hired to work on several aspects of their personalities such as image by Nurul Shukor, Hosting (Ogy Ahmad Daud), Stand Upper (Mazidul Akmal Sidek), Journalism (Wan Zaleha Radzi), Directing (Datuk Yusuf Haslam) dan Glamours (Amy Mastura).
Antara topik-topik yang bakal mencabar kebolehan mereka adalah Wanita Dasar Laut, Anak Lorong Gelap, GRO Asing dan sebagainya. Penyingkiran akan dilakukan pada episod kesebelas di mana hanya lima daripada sepuluh peserta yang bertanding akan mara ke peringkat akhir. Kemuncak kepada rancangan ini akan berlangsung pada 1 Julai di mana peserta yang berjaya dinobatkan sebagai Pesona Nona 2007 akan diumumkan.


PENONTON telah pun melihat sepuluh peserta Pesona Nona mengendalikan segmen masing-masing yang dimuatkan dalam program Nona terbitan TV3.
Lima peserta bertuah yang berjaya melangkah ke peringkat akhir ialah Natasha Aimee Hashim, Farah Haizum Manap, Shana Avril, Noor Azean Abdol Karim dan Sharnaz Saberi.
Baru-baru ini kelima-lima finalis tersebut dengan kerjasama Air Asia telah dibawa ke Phuket, Thailand untuk menjalani rakaman segmen masing-masing.
Rakaman di Phuket itu adalah untuk melengkapkan diri dan menimba pengalaman serta memantapkan persembahan bagi memenuhi kriteria untuk menjadi seorang pengacara dan wartawan penyiaran yang baik.
Menurut penerbit program Nona, Hartina Ayu Harun, pemilihan finalis itu adalah berdasarkan prestasi mereka sewaktu menjalankan tugasan sebagai wartawan penyiaran dan pengacara.
“Kami melihat mereka dari sudut fotogenik, telegenik, kelayakan akademi yang memuaskan dan mempunyai tahap vokal yang mantap,’’ kata Hartina.
Tegasnya, peserta tersebut diberi latihan intensif pengacaraan untuk program-program rakaman ataupun secara langsung.
Malah untuk pertandingan akhir pada 26 Mac ini yang bakal menentukan juara, pengadilan akan ditentukan oleh juri profesional sebanyak 60 peratus dan 40 peratus lagi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang ramai.
Farah sejak kecil mahu jadi pengacara
Segmen Pesona Nona dalam program Nona merupakan pertandingan pertama yang disertai oleh Farah Haizum Manap yang bakal mencecah usia 23 tahun pada 20 Jun ini.
Dia yang lebih mesra dengan panggilan Farah berasal dari Kuala Lumpur. Katanya, sudah menjadi impiannya sejak kecil untuk menjadi pengacara TV tapi tidak ada peluang.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu nekad untuk menyertai program Nona kerana ia bersifat kewanitaan.
“Rancangan Nona sesuai dengan diri saya kerana ia mengutarakan persoalan tentang wanita yang dekat dengan jiwa saya,’’ katanya yang mendapat tugasan membuat liputan tentang spa di Phuket.
Jelas Farah, selain membuat liputan mengenai spa, dia juga berpeluang untuk mengetahui budaya penduduk setempat.
Gadis yang gemar menonton wayang itu baru sahaja tamat belajar di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR). Dia memperoleh Ijazah Pengurusan Manusia dan kini bekerja sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat swasta.
Natasha kata pengacara perlu peka
Tidak seperti Farah, Natasha sudah pun berpengalaman dalam mengendalikan program di televisyen. Sebelum ini dia tampil sebagai pengacara program Joran Ria dan Feminin.
Kedua-dua program tersebut telah pun disiarkan di kaca televisyen. Untuk Joran Ria, Natasha mengendalikannya sebanyak 13 episod. Sementara untuk program Feminin yang disiarkan di TV2, dia berpasangan dengan Zaf.
Kata Natasha, 22, tetap ada perbezaan antara program-program itu kerana dalam Joran Ria, dia boleh tampil dengan gaya bersahaja dan tidak begitu feminin berbanding Nona.
“Dalam Nona saya perlu menampilkan ciri-ciri yang sesuai dengan imej program itu. Malah saya perlu lebih peka dan sentiasa bersedia bila berada di lokasi. Saya bersyukur kerana dapat menggunakan pengalaman lalu untuk mengendalikan Nona,’’ katanya yang gemar bermain futsal, menyanyi dan memetik gitar.
Shana mahu penonton nilai bakatnya
Sebelum terpilih menyertai Pesona Nona, nama Shana Avril, 23, sudah mendapat perhatian peminat-peminat seni gara-gara keberaniannya bergaya dengan seekor ular untuk sebuah majalah hiburan.
Kata Shana, dia memang gemar memelihara binatang sebagai teman. Shana yang mudah mesra itu berkata, biarpun namanya sudah dikenali namun sebagai peserta Pesona Nona, dia tetap merasakan dirinya orang baru.
Shana yang gemar bermain jet ski dan menunggang kuda mahu penonton menilai bakat peserta berdasarkan kerja yang ditonjolkan.
Noor Azean mahu cabar kebolehan sendiri
Peserta yang berasal dari Melaka ini sudah pun berumah tangga sejak lima bulan lalu. Bagi Noor Azean, status isteri bukanlah penghalang untuknya bersaing dengan rakan-rakan lain. Malah suaminya, Aezril Mohd Yusoff, turut memberi galakan.
Azean, 28, berkata, penyertaannya dalam pertandingan itu bertujuan untuk mencabar kebolehan diri sendiri.
“Sebenarnya saya adalah seorang yang penakut. Bila menyertai program Pesona Nona, hilang perasaan takut itu. Sekurang-kurangnya saya berjaya menanam sikap yakin diri,’’ katanya yang memiliki Ijazah Seni Reka Fesyen dari UiTM, Shah Alam.
Sharnaz Saberi berbeza
Sharnaz, 21, dari Kuching, Sarawak merupakan peserta tunggal Pesona Nona yang menampilkan imej bertudung. Perbezaannya dengan rakan-rakan lain tidak pernah membuatkan Sharnaz berasa tertekan.
Katanya, bertudung atau tidak bukanlah ukuran yang menentukan kejayaan seseorang peserta. Apa yang penting adalah cara peserta mengendalikan segmen tersebut.
“Saya memakai tudung sejak di sekolah lagi dan bukan kerana fesyen. Imej tidak ada kena mengena dengan tugasan yang diberi. Saya lebih selesa kalau orang menilai hasil kerja kami,’’ katanya.