Intro2u.net >Artis > Ashraf > Ashraf Sinclair Bunga Citra Lestari gadoh TV3

Ashraf Sinclair Bunga Citra Lestari gadoh TV3

By admin

Read Here

KECOH apabila rancangan Melodi terbitan TV3, Ahad (23 November) lalu menyiarkan laporan pasangan pengantin Ashraf Sinclair, 29, dan Bunga Citra Lestari, 25, enggan memberikan kerjasama kepada wartawan pada majlis resepsinya yang berlangsung di Hotel Saujana Subang, baru-baru ini.
bunga-citra-lestari-45.jpg
Wartawan Melodi yang membuat liputan pada majlis itu melaporkan ada wakil media merungut kerana terpaksa menunggu lama untuk menemu bual pasangan ini dan menayangkan visual kononnya mereka mengamuk.

Pendedahan itu benar-benar mengecewakan Ashaf mahupun isterinya terutama apabila ada media Indonesia memetik laporan yang disiarkan Melodi. Pasangan ini menganggap berita disiarkan mempunyai niat untuk menjatuhkan reputasi mereka berdua.

Ashraf menerusi syarikat pengurusannya, Beyond DDB Sdn Bhd, mengadakan sidang akhbar tergempar kelmarin bagi menjelaskan kedudukan sebenar, sekali gus membersihkan kembali nama pelakon dan pengacara Beat TV itu yang sudah tercemar.

Menurut Pengarah Urusan Beyond DDB Sdn Bhd, Amin Hussen, apa yang disiarkan rancangan popular itu mengenai majlis persandingan terbabit tidak tepat sama sekali. Ia hanya mewakili pandangan wartawan Melodi itu sendiri dan rakan sekerjanya dan tidak semua wakil media.

Kata Amin, pihaknya turut menerima maklum balas daripada wakil media cetak yang hadir pada majlis itu. Mereka turut meluahkan rasa kurang senang terhadap laporan dipaparkan kepada Beyond DBB dengan menegaskan ia tidak benar sama sekali dan meminta perkara itu disampaikan kepada Ashraf mahupun keluarganya.

“Selepas berbincang dengan Ashraf dan Bunga, sidang akhbar hari ini (kelmarin) dibuat tetapi bukan untuk mengumumkan mengenai tindakan undang-undang mahu diambil atau meminta produksi Melodi memohon maaf. Sebaliknya, untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku pada malam itu.

“Seperti yang dijelaskan, pasangan ini berhadapan masalah pengangkutan membabitkan 30 ahli rombongan Bunga dari seberang sebaik majlis resepsi selesai. Mereka duduk di hotel berlainan dan waktu sama, tempoh perkhidmatan bas yang disewa hampir tamat. Jadi mereka terpaksa meninggalkan media buat sementara waktu agar masalah timbul dapat diselesaikan.

“Kemudian Ashraf dan Bunga kembali bertemu pihak media dan mengadakan sidang media ringkas. Dakwaan Melodi mengatakan pihak Ashraf tidak memenuhi perjanjian untuk memberikan temu bual eksklusif kepada beberapa produksi di bawah TV3 itu tidak benar kerana Beyond DBB sendiri membantu produksi Nona yang membuat liputan majlis pernikahan dan resepsi di sana.

“Layanan diterima mereka begitu istimewa sekiranya hendak dibandingkan dengan wartawan dari Indonesia sendiri apabila mereka hanya menyaksikan majlis berlangsung dari luar dewan.

“Sebelum itu lagi, kami sudah memberikan amaran agar tidak ada media dari Malaysia datang membuat liputan di sana kerana media di seberang memang susah hendak dikawal dan keluarga Bunga tidak mengenali wartawan di sini.

“Laporan membabitkan majlis persandingan Ashraf dan Bunga kami anggap tidak beretika. Sehingga kini, kami tidak pasti apa sebenarnya tujuan mereka menyiarkan laporan sedemikian. Perkara ini sudahpun kami ketengahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan. Terpulanglah kepada mereka untuk mengambil tindakan lanjut,” katanya.

Amir turut menegaskan sebaik media tiba pada majlis itu, pihak Beyond DBB sudah menjelaskan tiada temu bual akan dilakukan memandangkan Ashraf mahu semua tetamu meraikan dan berkongsi kegembiraan pada majlis diadakan bersama-sama.

“Dalam erti kata lain, dia menjemput wakil media bukan untuk bekerja. Bagaimanapun, kerana memahami tugas wartawan, dia tetap meluangkan masa untuk mengadakan sidang akhbar ringkas sebaik majlis selesai,” katanya.

Sementara itu, Penerbit Melodi, Nas Ahmad yang turut hadir pada majlis sidang akhbar diadakan Beyond DBB, menjelaskan apa yang dilaporkan wartawannya berdasarkan situasi yang berlaku pada majlis itu.

“Setiap orang mempunyai persepsi berbeza pada situasi berlaku. Apa yang dilihat wartawan Melodi berbeza dengan wartawan lain. Begitu juga dengan mereka yang menonton laporan itu.

“Bagaimanapun menerusi laporan dibuat, pihak kami turut memberi ruang kepada Ashraf untuk menjelaskan perkara yang ditimbulkan,” katanya.

Related Content

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline