Dicabul seorang lelaki ketika dalam bas ekspres

Tindakan bijak seorang pelajar sebuah universiti di Terengganu menghubungi tunang menyelamatkannya daripada dicabul seorang lelaki ketika dalam bas ekspres dari Terengganu ke Johor, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa berusia 21 tahun dikatakan menaiki bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke Pontian, Johor untuk pulang ke kampungnya.

Difahamkan, ketika dalam perjalanan itu, mangsa dikatakan terlelap walaupun selepas penumpang di sebelahnya turun.

Ketika sedang tidur seorang diri, suspek berusia 26 tahun kemudian datang dan duduk di sebelah mangsa yang dikatakan berpura-pura tidur.

Suspek kemudian didakwa sengaja menghimpitkan badannya hingga terkena badan mangsa sebelum meletakkan tangan di paha mangsa.

Mangsa kemudian dikatakan menepis tangan lelaki terbabit selepas menyedari tangan suspek mula merayap atas pahanya sebelum berhenti seketika.

This entry was posted in Khalwat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply