Intro2u.net >Artis > Fahrin > Linda > Fahrin Ahmad Tidak Profesional TENGKING LINDA

Fahrin Ahmad Tidak Profesional TENGKING LINDA

By admin

Read Here

MINGGU lalu, Hits serta beberapa rakan media lain menerima kiriman e-mel daripada seorang pembaca yang menceritakan tentang insiden kekecohan di set rancangan Sehati Berdansa.

Emel bertajuk ‘Fahrin Ahmad Tidak Profesional’ itu berkisar mengenai apa yang berlaku membabitkan dua pengacaranya iaitu Fahrin Ahmad dan Linda Onn.

Menurut e-mel berkenaan, Fahrin didakwa telah menengking Linda ketika kedua-dua mereka menjalani sesi latihan untuk malam penyingkiran di Debaran Sehati Berdansa minggu kedua.

Insiden itu bukan sahaja disaksikan oleh krew penerbitan malah setiap pasangan yang menyertai rancangan hiburan tersebut.

Melihatkan dirinya dimalukan sedemikian, Linda dikatakan telah bertemu dengan produser rancangan terbabit supaya meminta Fahrin bersikap profesional.

Bagi mencari jawapan sebenar di sebalik kiriman e-mel dan insiden itu, Hits berkesempatan bertemu dengan Fahrin sebaik tamatnya siaran langsung Debaran Sehati Berdansa di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur Ahad lalu.

Agak tertekan tatkala membaca salinan e-mel yang diberikan kepadanya, Fahrin mengaku, berlakunya perselisihan faham antaranya dan Linda semasa sesi latihan Debaran Sehati Berdansa tersebut.

“Memang saya ada sebut perkataan-perkataan yang ditulis dalam e-mel itu tetapi dalam ‘permainan’ e-mel dan Internet, sesiapa pun boleh menokok tambah cerita.

“Mengenai tindakan saya menengking pula, saya bukan jenis orang seperti itu.

“Perkara ini terjadi di set. Sebagai rakan sekerja, sememangnya ada perselisihan faham tetapi apa yang penting perjalanan rancangan itu berlangsung dengan baik,’’ katanya.

Fahrin dan Linda disatukan kembali untuk mengacara Sehati Berdansa musim kedua walaupun kedua-dua mereka jelas tidak sehaluan seperti dahulu sebagai ‘teman tapi mesra’.

Biarpun hubungan mereka ibarat luka yang belum sembuh tetapi atas dasar profesional, mereka menerima tawaran untuk digandingkan sebagai pengacara program tersebut.

Jelas Fahrin, e-mel yang disebarkan itu dilihatnya sebagai serangan peribadi oleh orang yang mungkin berdendam atau tidak berapa setuju dengan segala tindakannya selama ini.

Meskipun mengambil tidak kisah atau enggan untuk melayan apa yang ditulis dalam e-mel tersebut, Fahrin mencabar penulis berkenaan tampil berdepan dengannya.

“Saya kenal siapa dia (penulis e-mel). Kalau dia berani, jumpa saya. Ini lebih kepada bersifat peribadi dan cubaan untuk membalas dendam. Walaupun digambarkan sedemikian, saya tahu siapa diri saya sebenarnya,’’ ujarnya.

Ditanya mengenai punca yang menyebabkannya berselisih faham dengan Linda di set Sehati Berdansa, Fahrin berkata, perkara tersebut tidak perlu dihebahkan.

“Saya rasa tidak perlulah saya jelaskan punca perselisihan. Sepanjang pengalaman, sampai satu tahap, saya memikirkan bahawa saya perlu bercakap apabila perlu sahaja,’’ katanya.

Banyak bersabar

Sementara itu, Fahrin memberitahu, selama ini, dirinya sudah banyak bersabar tetapi ramai yang tidak tahu menghargai kesabarannya.

Katanya, dia juga sudah banyak mengalah namun dengan ‘serangan demi serangan’ yang dilakukan, ia sedikit sebanyak mencabar maruahnya.

“Nilailah sendiri tahap kesabaran saya melalui kenyataan-kenyataan yang saya buat di media-media.

“Saya akan bersabar selagi boleh tetapi andai ada yang seakan mencabar kerjaya, saya terpaksa menyuarakan isi hati,’’ jelasnya.

Menurut Fahrin, dirinya tidak kisah menerima apa jua kritikan dan kutukan andai ia bersifat membina.

Dalam pada itu, Fahrin turut ditanya mengenai kritikan dirinya sebagai tidak profesional yang digambarkan dalam e-mel berkenaan.

Ringkas menjawab persoalan, Fahrin meminta sesiapa yang menulis emel itu supaya merujuk kepada bosnya iaitu produser Sehati Berdansa.

“Tanyalah sendiri bos saya. Tapi kalau hendak cakap tahap profesional Linda, dia memang profesional,’’ tambahnya.

Sehati Berdansa kini memasuki minggu kelima dengan enam pasangan masih berentap untuk bergelar juara.

Enam pasangan terbabit adalah Sabrina Ali dan Mohamad Shahrin, Khai-Rosma, Amyza Adnan-Khairil Izhar, Sasha-Salyo, LIsdawati-Fauzi Nawawi serta Mazin Ameen Siraj-Ida Chairunisa.

Related Content

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline