Intro2u.net >Artis > Filem arahan Aziz M Osman

Filem arahan Aziz M Osman

By admin

Read Here

ANTARA lima filem yang pernah dilakonkan iaitu Kad Cinta, Puteri Impian, Lefthenan Adnan, Seri Dewi Malam dan Susuk, penampilan Hairie Othman lebih diingati peminat menerusi Lefthenan Adnan.

Filem arahan Aziz M Osman itu yang ditayangkan pada 2000 sempena Hari Kemerdekaan berjaya mengangkat nama Hairie sebaris hero yang disegani.

Akui Hairie, 38, filem itu meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya untuk menghayati perjuangan tentera Melayu dan kesan filem itu diingat peminat yang mudah menyapanya dengan nama Lefthenan Adnan.

Sungguhpun Hairie berusaha mencipta nama dengan watak hero dalam filem lain tetapi ia belum berhasil.

Lebih 15 tahun bergelumang dalam bidang lakonan, Hairie pernah menerima anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000.

Namun, Hairie sebenarnya tidak berkecil hati walaupun jarang diberikan watak hero kerana apa yang lebih penting dia memberikan lakonan terbaik.

“Dalam lakonan, saya tidak memfokuskan watak hero semata-mata untuk setuju berlakon. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana sejak dulu hingga kini, saya masih dapat tawaran berlakon dan meneruskan hidup.

“Saya tidak mempunyai masalah sekiranya tidak mendapat watak hero. Mungkin produser lebih fokus pada pelakon yang dinilai lebih popular untuk membawakan watak hero berbanding saya.

“Saya bersyukur kerana selama ini lakonan saya tidak dipertikai. Apa yang pengarah mahukan, saya dapat sampaikan dengan baik.

“Filem Leftenan Adnan umpama Walk Of Fame di Hollywood yang membuatkan ramai mengenali saya. Dari situ, lakonan saya semakin bertapak.

“Antara popular dan bakat, kedua-duannya memainkan peranan penting. Jika seseorang pelakon itu mempunyai pakej iaitu popular dan berbakat, sudah tentu dia dapat buat duit,” katanya.

Di samping filem, Hairie juga aktif dalam pembabitan drama antaranya Kau Bukan Mama yang kini masih ditayangkan menerusi saluran Astro Prima. Pada Ogos lalu, Hairie muncul menerusi filem Susuk arahan Amir Muhammad bersama Naeim Ghalili.

Berdasarkan pengalaman lakon yang ditimba, Hairie tetap gembira kerana mendapat banyak tawaran. Perkembangan terbaru, Hairie dilamar pengarah Eddie Pak untuk membintangi filem Dimensi Cinta yang mengetengahkan subjek cinta dan keluarga. Filem yang akan memulakan penggambaran pada Februari tahun depan turut menampilkan ramai pelakon popular seperti Rozita Che Wan, Awie, Eman Manan, Fahrin Ahmad dan Vanidah Imran.

Melakonkan watak utama, Hairie membawa watak Imran yang berjaya dalam perniagaan. Berkongsi pengalaman lakon sebelum ini, Hairie berkata dia pernah menerima tawaran sebagai pelakon pengganti.

Hairie yang kini berstatus duda sejak dua tahun lalu turut terbabit dengan penggambaran drama Anak Buluh Betong terbitan Azman Yahya (Jinggo) bersama Sheila Rusly. Mengenai lakonan, Hairie mahu mencuba pelbagai watak baru yang belum pernah dilakonkan.

“Saya tidak berkecil hati apabila menjadi pelakon pengganti walaupun saya diambil berlakon pada saat akhir. Pada saya apabila rezeki datang, saya buat dan tidak kisah dengan apa jua watak yang diberikan.

“Namun, saya tidak menganggap berlakon saat akhir membebankan tetapi terguris apabila kehadiran saya seperti acuh tidak acuh. Pernah berlaku, saya diambil berlakon pada saat akhir tetapi digugurkan semula dan kemudian diambil semula.

“Sebagai pelakon, saya bersedia terima hakikat sama ada baik atau buruk. Artis tidak boleh lari daripada perhatian masyarakat yang ingin mengetahui kisah mereka termasuk soal kehidupan peribadi.

“Malah artis perlu terima kenyataan kehidupan mereka disensasikan media. Artis dikenali ramai dan jika tidak sanggup terima kenyataan lebih baik jangan menjadi artis,” katanya

Related Content

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline