Gambar Anak Erra
Read Here
HARI hari yang dilalui pelakon popular, Erra Fazira cukup membahagiakan. Maklumlah bakal ibu jelita ini tidak sabar mahu menimbang cahaya mata. Sekarang ini kalau bertanya khabar mengenai kandungannya yang sudah masuk empat bulan, Erra bercerita. dengan penuh semangat.
adakah anak erra akan beraksi seperti gambar di atas??
Baru-baru ini, rakan SS berkesempatan bertemu Erra sewaktu hadir ke majlis kenduri doa selamat seorang teman SS bersama suami tersayang yang juga Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin. Jelas kelihatan perutnya sudah mulai membesar.
Kata Erra kepada teman SS, baru-baru ini dia sekali lagi melakukan imbasan terhadap kandungannya. Syukur bayi sihat cuma jantina bayi masih belum diketahui.
Sebelum ini Erra pernah menyatakan mahu mengetahui jantina anak dalam kandungan bagi memudahkan dia membuat persiapan seperti membeli kelengkapan bayi.
Bagaimanapun, kata pelakon utama filem Anak itu, pada hari dia membuat imbasan, jantina kandungan tersorok jadi ia tidak dapat dipastikan.
Erra turut bercerita mengenai berat badannya yang naik mendadak sehingga terpaksa mengawal makan.
Kenyataan Erra turut mengejutkan semua tetamu yang ada memandangkan badannya nampak seperti biasa cuma perutnya saja kelihatan semakin membulat.
Jelas Erra, doktor sendiri mengesahkan pertambahan berat badannya itu tidak membabitkan kandungan. Ini bermakna dia sendiri perlu berhati-hati kerana bimbang jika berat badan melebihi berat ideal pada awal kandungan nanti akan memberi kesan kepada bayi dikandung.
Tersentuh pula hati SS apabila mendengar penjelasan Erra itu kerana walaupun sedang mengandung , Erra perlu berkorban untuk kesihatan bayinya dengan menahan selera.
SS sendiri sentiasa mendoakan Erra dan kandungannya sihat sehingga selamat bersalin


Use the form below to search the site: