Gloria Jean’s Coffee
Read Here
Gloria Jean’s Coffee beri potongan harga istimewa kepada pelanggan wanita pada setiap Selasa
MINUM kopi sambil bersantai memang menyeronokkan ditambah dengan kopi yang enak dan suasana menyenangkan. Jika bersama rakan, pastinya tidak sedar bersembang panjang. Sekiranya anda menggemari kopi, pastikan anda mengunjungi Gloria Jean’s Coffee.
Bukan saja kopinya yang enak, tetapi jenama ini turut menawarkan promosi Ladies Day dengan potongan harga sehingga 50 peratus untuk wanita pada setiap Selasa di semua cawangannya. Anda boleh membawa rakan wanita dan setiap seorang berpeluang menikmati potongan istimewa ini untuk semua makanan serta minuman.

Pengarah dan Prinsipal Wonderful Lifestyle, Shahrul Azlan Mohd Zulkifli yang ditemui di Gloria Jean’s Coffee di Sunway Pyramid baru-baru ini, berkata promosi ‘Ladies Day’ adalah antara strategi bagi mengembangkan lagi perniagaan jenama berkenaan dan matlamat utamanya ialah bagi membolehkan lebih ramai wanita menikmati kopi.
“Pasaran kopi di negara ini belum betul-betul matang berbanding di Australia atau negara Barat lain. Tidak semua orang boleh menghargai kopi. Bagaimanapun, Gloria Jean’s menyediakan kopi dalam pelbagai bentuk lebih menarik dan berbeza berbanding jenama lain. Ini penting bagi memastikan Gloria Jean’s dapat bersaing dengan jenama kopi lain yang semakin banyak hari ini,” katanya.
Gloria Jean’s Coffee menawarkan pelbagai minuman berasaskan kopi, teh dan coklat sama ada sejuk atau panas. Anda boleh memilih minuman daripada pelbagai kategori iaitu Espresso Classic seperti Capuccino, Caffe Latte, Mocha, Americano, Machiato dan sebagainya.
HIASAN dalaman ringkas dan kemas.
Espresso Espressions menawarkan kopi bercita rasa lemak manis seperti Caramelatte, Mocha Caramelatte, White Chocolate Mocha atau Very Vanilla latte. Penggemar teh dan coklat pula boleh memilih Chai Tea Latte, Hot Chocolate & Mashmallows, White Hot Chocolate dan sebagainya.
Hilangkan dahaga dengan minuman sejuk menyegarkan seperti Cappucino Chiller, Teh Ais, Coco Loco, Creme Brulee dan sebagainya. Turut disediakan minuman berasaskan buah-buahan seperti mangga, strawberi, campuran Berri. Selain minuman, Gloria Jean’s turut menyediakan hidangan sesuai untuk sarapan, makan tengah hari dan minum petang. Antara yang menarik, muffin, biskut, pita, pastri dan kek.
Mereka yang menitik beratkan soal kalori dalam makanan khususnya wanita tidak perlu bimbang kerana minuman dan makanan yang disediakan di Gloria Jean’s adalah rendah lemak. Misalnya susu yang digunakan bagi menghasilkan minuman seperti latte adalah daripada susu rendah lemak dan kopi tanpa kafein, manakala biskutnya pula diperbuat tanpa menggunakan telur.
“Promosi Ladies Day menguntungkan pengguna kerana harga sedia ada sebenar tidak begitu membebankan. Harga minuman bermula serendah RM5.50 sehingga RM14.50. Selepas dipotong sehingga 50 peratus, harga paling rendah adalah RM2.75 saja untuk secawan kopi, manakala makanan pula serendah RM2.25 untuk muffin atau RM3.75 untuk kek keju atau kek blueberry keju,” katanya.
ANEKA minuman dan makanan disediakan di Gloria Jean’s Coffee sempena promosi Ladies Day.
Mereka yang kurang menggemari kopi boleh menikmati minuman lain seperti teh yang turut termasuk dalam promosi ini. Ada sembilan jenis teh seperti Inggeris, Camomile, teh hijau, pudina, ceylon dan sebagainya. Apa yang menarik, pembalut teh ini yang berbentuk piramid diperbuat daripada kentang yang membolehkan ia diminum dengan selamat.
Kafe di Gloria Jean’s Coffee menawarkan suasana tenang dengan perhiasan dalaman ringkas dan moden. Dilengkapi kemudahan wifi, ia menjadi pusat bersantai yang menyenangkan untuk bersembang bersama rakan sambil menikmati minuman kopi terbaik.
INFO
Gloria Jean’s Coffee
# Diuruskan oleh Wonderful Lifestyle Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh Perbadanan Nasional Berhad.
# Memiliki 11 cawangan di sekitar Lembah Klang dan bandar utama seperti Sunway Pyramid, Subang Parade, Dataran Maybank, Plaza Angsana-Johor Bahru, Bukit Bintang Plaza, Menara IBM, The Curve, Pavilion, 1 Borneo-Kota Kinabalu dan Mid Valley.

Use the form below to search the site:
sebenarnya dorg buat diskaun byk2 ni sbb sale xde…
kopi xlaku..nk clearkn stok lama
gloria ni mane terkenal kt msia..
da la xlaku..pastu si sharul ni suh wat sale la pe la..
bek bg jawatan baristas cum sale exec je..
pastu gj OT aku xbyr.