Hiasan Rumah – TERKINI
Read Here
DEKORASI kediaman bagaikan karya seni yang mempunyai pesona keindahan tersendiri bersama kombinasi idea penggayaan terbaik selari cita rasa pemiliknya.
DEKORASI kediaman bagaikan karya seni yang mempunyai pesona keindahan tersendiri bersama kombinasi idea penggayaan terbaik selari cita rasa pemiliknya.
Ilham tata hias kediaman berlatarkan kreativiti dan pengetahuan mendalam berkenaan penataan sempurna segenap ruang tidak semestinya memerlukan perabot dan aksesori hiasan mahal.
Dalam memenuhi kepelbagaian permintaan masyarakat negara ini yang inginkan kelainan dalam menghias kediaman, KK Home Deco di Nilai 3, Nilai, Negeri Sembilan, antara pilihan terbaik untuk anda.
Menampilkan aneka produk hiasan dalaman khususnya untuk melengkapi dekorasi gaya kedesaan Inggeris, KK Home Deco menjadi kebanggaan kerana mencetuskan idea penataan serba lengkap.
Menurut Pengurus Besar KK Home Deco, Jeff Lee, bukan sekadar memenuhi keperluan dekorasi gaya kedesaan Inggeris semata-mata malah kedai berkenaan bagaikan pusat sehenti produk hiasan dalaman.
“Biasanya KK Home Deco ini bukan hanya menjadi tumpuan penggemar dekorasi gaya kedesaan Inggeris kerana aneka aksesori hiasan lain yang ditawarkan mampu memenuhi pelbagai konsep penataan ruang kediaman anda.
“Tidak dinafikan kebanyakan produk hiasan di sini juga sesuai untuk ruang kediaman yang ditata hias konsep suai padan,” kata Jeff.
Bagi melihat kesinambungan idea dekorasi yang dicetuskan, reka letak semua produk di kedai berkenaan tersusun indah bagaikan berada di ruang kediaman sebenar.
Daripada susunan menarik cawan, teko, pinggan mangkuk hinggalah kabinet lengkap berisi aksesori hiasan bergaya kedesaan Inggeris dan produk suai padan hakikatnya, latar keindahan KK Home Deco ternyata berbeza.
Pada masa sama, aspek penataan cahaya sesuai untuk segenap ruang turut diketengahkan sekali gus membuatkan aksesori hiasan di kedai berkenaan berjaya menjadi elemen titik fokal.
“Produk hiasan baru biasanya diimport sekurang-kurangnya dua bulan sekali termasuk dari Amerika Syarikat dan Eropah dengan reka bentuk menarik dan berbeza setiap keluaran,” kata Jeff.
Jeff yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) berkata, minat mendalam dalam mengkaji tabiat dan tingkah laku manusia sebenarnya banyak membantu dia memahami kehendak masyarakat negara ini.
“Di kalangan kita, aspek kelainan dalam menata hias kediaman tentunya menjadi perkara paling utama supaya ruang sentiasa tampil segar dan memberikan seribu ketenangan.
“Menyedari situasi itu, KK Home Deco tetap tampil dengan produk berbeza selaras dengan harga mampu milik setiap lapisan masyarakat,” kata Jeff.
Mengimbangi keperluan, kebanyakan produk hiasan didatangkan dalam pelbagai tahap iaitu untuk golongan sederhana dan eksekutif dengan rekaan tersendiri.
Jeff tidak menafikan keunikan KK Home Deco turut terletak pada aneka jenis seramik berukiran kreatif dan nilai estetika yang diterapkan.
Apatah lagi aneka aksesori taman dan produk kelengkapan perkahwinan di kedai berkenaan juga menarik perhatian umum untuk mengunjungi KK Home Deco saban waktu.

Use the form below to search the site:
Beh arr kalu mace nie… tolong masukkan skali gambar2 yang boleh dijadikan inspirasi untuk deco.
hai pak wook
[...] based on a particular country theme and scenic ocean ville resort suites which are low-rise buildings based on various ocean themes such as Caribbean Bay Resort, Arabian Bay Resort, Andaman Lagoon [...]