Idola Kecil

Download Picture SYADA

Dayana Idola Kecil Dua

Idola Picture

Program terbaru terbitan TV9 bukan sekadar melahirkan penyanyi profesional

USAHA TV9 menerbitkan program realiti kanak-kanak, Idola Kecil mendapat reaksi positif daripada kebanyakan ibu bapa peserta.

Bersesuaian dengan musim cuti sekolah seluruh negara, objektif rakaman penerbitan program ini bukan dilihat untuk melahirkan penyanyi kanak-kanak secara profesional tetapi sekadar menyuntik keyakinan diri dan semangat kerjasama secara berpasukan.

Secara khususnya ibu bapa yang ditemui menyifatkan Idola Kecil adalah landasan tepat yang dapat melahirkan keyakinan kanak-kanak untuk mengenal erti kehidupan secara realiti.

Ibu Syaza Farzana Shahrul Ridhwan (Syaza), Farah Wahida Mohd Jenun, 39, berkata program mencungkil bakat kanak-kanak Idola Kecil itu dilihat begitu positif dari segala aspek.

“Saya melihat program ini bukan semata-mata untuk menjadikan mereka sebagai penyanyi profesional tetapi lebih kepada melatih keyakinan diri semua peserta yang terbabit.
PENYANYI, Shaila turut hadir bagi memberi sokongan kepada adiknya Nur Syuhada atau Syada.

“Bagaimana kita hendak mendidik mereka sebagai seorang yang berkeyakinan tinggi terhadap apa yang mereka lakukan adalah dengan cara menyokong minat mereka. Jika dilihat mereka ini cenderung dengan aktiviti lasak dan kita sebagai ibu bapa harus menyokong dan memantau tindakan mereka. Begitu juga dengan bidang seni ini.

“Melalui program ini juga mereka sebenarnya bertuah kerana dilatih dengan pakar dalam bidang nyanyian. Jika kita sendiri ingin membawa mereka mengikuti kelas nyanyian di luar pastinya memerlukan kos yang mahal, tetapi di sini semuanya percuma.

“Ia juga diadakan tepat semasa musim cuti sekolah yang dapat mengisi masa lapang mereka daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah,” katanya.

Bagi Nazrah Ahmad Nordin, 39 ibu kepada Ridzuan Haqiem Rusli atau Haqiem, melihat kecenderungan yang ditunjukkan anaknya sejak kecil dia menyediakan set karaoke di rumah.

“Saya tidak menghalang minat yang ditunjukkan asalkan ia tidak melalaikan. Kita harus terus menyokong perkara yang baik dilakukan mereka dan bukannya menghalang.

“Saya tidak melihat program ini melalaikan mereka. Melalui program ini selain diajar dengan teknik nyanyian oleh tenaga pakar, mereka juga dilatih untuk mendisiplinkan diri dengan mengikut jadual yang diaturkan.

“Mengikuti program ini di musim cuti sekolah seakan menghantar mereka mengikuti kem motivasi yang turut menjanjikan habuan kepada mereka sekiranya dapat membuktikan kecemerlangan dalam program ini,” katanya.

Bagi Laila Mail, 40 ibu kepada Nur Natasya Ilyanis Idris atau Tasya, adalah satu kerugian sekiranya membiarkan saja bakat kanak-kanak ini terpendam begitu saja tanpa mengambil tindakan lanjut.

“Sejak Tasha berusia empat tahun lagi saya sudah dapat rasakan dia mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Walaupun pada masa itu dia masih belum pandai membaca tetapi dalam usia seperti itu dia sudah pandai menghafal lagu yang popular.

“Sejak itu saya suka menghantar dia menyertai mana-mana pertandingan nyanyian kanak-kanak dan beberapa kali juga dia berjaya membuktikan bakat mereka kepada orang ramai,” katanya.

Selain mereka bertiga, peserta lain yang turut menyertai pertandingan Idola Kecil ini termasuklah Wan Syuhada Md Amin (Wada), Dayang Nazilah Awang Astillah (Didi), Nur Syuhada Amir Hamzah (Syada) dan Nur Amelia Mohd Sani Raj (Milia).

Turut bersaing, Nurfahana Mohd Zaidi (Ana) Shafieq Shazwan (Afiq), dan Wan Muhammad Hafizuddin Wan Anuar (Udin).

Program yang disiarkan di TV9 setiap Sabtu jam 9 malam turut mempertaruhkan hadiah lumayan kepada pemenang. Mereka bakal bersaing merebut gelaran juara Idola Kecil sekali gus membawa pulang RM10,000, RM6,000 bagi naib juara serta RM3,000 (ketiga). Peserta yang gagal menduduki tempat tiga teratas membawa pulang hadiah sagu hati RM500 setiap seorang.

This entry was posted in Artis, News, TV and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

813 Responses to Idola Kecil

  1. bye…………………………!!!!!!!!!!

  2. hai korang n dayana……………………………..!!!!!!!!!!

  3. dayana ik2 says:

    hai wanie ummah……………………………!!!!!!!!

  4. mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm dayana k lar sumer n dayana bye…………………………ummah…………….!!!!!!!

  5. farah says:

    hai wanie,dayana … hehe ……

  6. hai farah……………………huhuhuh!!!!!!!! wanie indu sangat kat farah n sume sebab kiter dah lame x chat same 2x huhuhhh!!!!!!!!!

  7. hazwani says:

    hai wanie rindulah kt wanie n my friends…wani knape wanie dah lama tak chat kt juara biziii ke???…

  8. hai sye budak baru !!

  9. hanie says:

    hai dayana awak cute la.boleh tak saya nak no fon

  10. fathihah says:

    hai ain awak cute la.nak no fon leh tak

  11. nadrina says:

    hai dayana…awk ctela…& sweet copel n azzam

  12. anis says:

    hi afiq nak no tefon boleh x

  13. afiqah says:

    hai yaya boleh kawan.

Leave a Reply