Intro2u.net >Artis > Awal > Impak Maksima vs Rempit

Impak Maksima vs Rempit

By admin

Read Here

WATAK Ayie yang dipegang Awal Ashaari, 27, sudah menjadi ‘jenama’ kepada filem Impak Maksima yang turut dijadikan drama bersiri. Pada raya lalu, pengarahnya, Ahmad Idham Nadzri turut menerbitkan drama khusus tayangan Aidilfitri, Impak Maksima vs Rempit.

Namun kelibat Awal tiada dalam Impak Maksima The Musical (IMTM) yang dipentaskan di Istana Budaya, bermula 11 November dan berakhir semalam (22 November). Awal hanya sempat menjalani latihan selama lapan hari. Dengan restu Idham selaku pengarah teater itu dia menarik diri atas alasan belum bersedia beraksi kerana jangka masa latihan pendek di samping ada komitmen lain.

Bagaimamanapun, ramai membuat andaian itu bukanlah sebab sebenar Awal menarik diri. Telahan mereka pasti ada perkara lain sehingga dia nekad meninggalkan produksi itu. Puas didesak, Awal enggan membuka mulut kerana tidak mahu membabitkan orang lain dalam halnya itu.

Akhirnya kenyataan Zul Huzaimy Marzuki, 29, dalam akhbar ini Ahad lalu, ‘memaksa’ Awal tampil menceritakan perkara sebenar kenapa dia keluar dari IMTM. Zul menyatakan Idham menggugurkan nama Awal dari teater itu kerana tiada peningkatan dalam persembahannya. Dalam teater itu, Idham melantik Zul selaku Pengarah Artistik.

“Saya hormati Zul sebagai orang lama dalam industri tetapi kenyataannya menjejaskan reputasi saya di kalangan peminat dan penggiat seni. Kenyataan Zul bercanggah dengan apa yang saya sudah bincangkan bersama Idham.

“Idham tidak menyingkir saya dari IMTM kerana persembahan tiada peningkatan tetapi saya yang ingin menarik diri kerana tidak sanggup orang menjatuhkan maruah diri. Tidak mahu panjangkan cerita, saya beri alasan kepada Idham ada komitmen lain sebagai pengacara program Sehati Berdansa musim kedua, One In A Million (musim ketiga) dan Generasi Y (musim ketiga)

“Idham minta saya berfikir semalaman tetapi saya tidak boleh lagi berada dalam produksi itu. Mujurlah dalam setiap pementasan teater, pengarah menyediakan ‘back up’ jadi ketiadaan saya tidak mengganggu pementasan teater itu.

“Ketika saya berbincang dengan Idham mengenai perkara itu, Zul tiada bersama. Jadi kenapa dia memandai buat kenyataan Idham singkir saya dari IMTM.

“Peminat bertanya apa sebenarnya yang berlaku. ‘Dikeluarkan’ dan ‘menarik diri’ dari produksi adalah dua perkara berbeza. Oleh itu saya perlu tampil menjelaskan perkara sebenar,” katanya ketika berkunjung ke Balai Berita, Rabu lalu.

Jelas Awal, dia yang berpengalaman dalam lapangan pengacaraan, sudah berlakon berpuluh drama dan beberapa filem, berpendapat cara Zul memberi latihan kepada pelakon IMTM tidak ‘berapa kena’.

“Dia memaki hamun sesuka hati depan orang lain. Jika Zul ingin mendidik pun, pendekatan yang dia gunakan tidak begitu sesuai untuk pelakon berpengalaman. Saya bukan pelakon baru yang ‘manja’ dan bukan juga pelajar tahun satu yang baru masuk universiti untuk belajar seni lakon.

“Cara mengajar pelajar baru dengan mereka yang berpengalaman lain. Cakap dengan baik pun saya boleh faham kerana saya sendiri hendak memberikan yang terbaik dalam teater itu.

“Walaupun Zul beritahu dia ingin menurunkan ilmu lakonannya kepada pelakon tetapi maruah diri saya lebih berharga daripada itu. Saya akui Zul pelakon yang baik dan saya pernah berlakon bersamanya dalam ketiga-tiga versi Impak Maksima (drama, filem dan telefilem).

“Waktu itu tiada masalah langsung dengannya kerana mungkin situasi masa itu kami sama-sama berlakon. Namun apabila dia menjadi Pengarah Artisik dalam IMTM, rentaknya jadi lain. Tak tahulah saya jika dia memang bertujuan mengajar, ingin ‘ragging’ kami atau begitu teruja memegang tugas itu.

“Jika dulu dia diajar secara keras tetapi dia perlu tahu waktu itu dia masih baru dalam bidang lakonan. Tetapi pelakon IMTM sudah ‘establish’ dalam bidang masing-masing dan dia perlu mendidik mereka dengan cara ilmiah dan lebih berhemah.

“Bukan saya tidak boleh ditegur, tetapi cara Zul keterlaluan. Artis sekarang sudah bijak dan boleh menilai apa yang tersurat dan tersirat. Saya boleh terima jika Zul menggunakan pendekatan intelektual untuk mengajar.

“Pernah pelakon IMTM dihalau dari dewan latihan dan maki hamun menjadi santapan harian kami.Terpaksalah kami duduk di luar dan bila masuk semula, sekali lagi dihalau. Mood berlakon pun hilang. Jika dia berpeluang lagi mengarah teater dia perlu buat banyak kajian, memperbaiki diri dan belajar dari pengarah teater berpengalaman,” katanya.

Awal menambah dia sayang melepaskan watak Ayie kerana ia begitu sinonim dengan Impak Maksima. Peminat juga mengharapkan kemunculannya dalam teater itu. Barangkali Idham berat ‘melepaskan’ Awal kerana selepas dia menarik diri dari IMTM, pihak produksi masih mempamerkan gambarnya pada billboard IMTM bersama pelakon lain.

“Memang tidak adil kepada peminat yang ingat saya masih berlakon teater itu tetapi demi Idham dan Den Wahab selaku penerbit sama, saya izinkan.

“Dengan pendedahan ini saya bukan ingin bergaduh dengan sesiapa dan tidak berdendam langsung. Tetapi saya perlu menyatakan kebenaran untuk menjaga nama baik saya,” katanya.

Related Content

One Response to “Impak Maksima vs Rempit”

  1. bagus bagus bagus

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline