amatnabil Raja Lawak Bang Bil

Assalamualaikum. Apa khabar Abang Nabil? Den memang peminat setia Abang Bil start dari Raja Lawak laee. Den kat sini nak tanya soalan berat sikit kat Bang. Tolonglah jawab okey.

1. Nak busybody sikit nak tanya pasal pendapatan ekonomi Bang Bil sekarang macam mana terlebih stabil ke?

2. Banyak-banyak lawak Bang Bil apa yang paling Bang Bil suka tapi peminat tak suka?

3. Sempena Hari Raya Korban ni Bang Bil tak ada ke nak tumbangkan lembu, kambing, rusa ke maklumlah dah popular ni?

l Shahrul Anuar Mohd. Petaling Jaya.

NABIL:

1. Kau ni orang Lembaga Hasil ke? Sekarang ni rezeki alhamdulillah, bagus juga la. Nak bagi jumlah tu tak dapat tapi boleh la nak buat bantu keluarga. Itu semua doa daripada peminat juga.

2. Setakat ni tak pernah jadi macam tu. Kalau peminat tak suka memang saya tak buat dah la.

3. Memang ada tumbang lembu seekor untuk keluarga. Ingat nak buat akikah sekali. Sayangnya pada Hari Raya pertama nanti saya dapat balik sekejap saja sebab sibuk sikit.

Macam mana hubungi Nabil?

SOALAN:

Assalamualaikum. Saya merupakan peminat setia Abang Nabil. Saya ingin menanyakan tiga soalan kepada Abang.

1. Apakah perkembangan terbaru selain berlakon dalam filem Lu Pikir La Sendiri The Movie dan Tonga & Sifu?

2. Boleh Abang Nabil berikan alamat e-mel abang?

3. Saya sedikit kecewa dengan laman friendster dan myspace Abang Nabil yang agak suram dan seperti tidak bernyawa. Bolehkah Abang Nabil kemaskini perkembangan terbaru supaya peminat dapat mengikuti perjalanan kerjaya abang?

l Nurul, Penang.

NABIL:

1. Abang akan jadi hos rancangan Pondok-Pondok di TV9 yang akan disiarkan pada tahun hadapan. Dalam masa yang sama abang akan buat rancangan Studio Nabil yang akan mengundang artis jemputan pada setiap minggu. Ia untuk siaran TV9 juga nanti.

2. Nak hubungi abang boleh melalui alamat e-mel amatnabil@yahoo. com.

3. Yang itu memang dah tak aktif. Kalau nak sertai laman web saya boleh cari melalui myspace atau facebook dengan menaip emel yang abang sebutkan tadi.

Berkawan dengan Myra

SOALAN:

Assalamualaikum Nabil. Saya ni amat minat dengan lawak-lawak yang dibawa oleh Nabil. Saya dapat rasakan semua lawak yang ditonjolkan oleh Nabil mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Lain daripada yang lain. Terkadang saya tak sabar-sabar menantikan lawak-lawak Nabil di TV.

Soalan saya.

1. Adakah Nabil suka membaca majalah berbentuk humor sebagai ilham untuk Nabil buat kelakar.

2. Sejak bilakah mulanya Nabil membuat lawak dan adakah untuk menghiburkan hati atau untuk dijadikan perhatian.

3. Adakah Nabil sudah ada buah hati untuk dijadikan teman hidup?

4. Bila agaknya Nabil akan membina rumah tangga.

l Peminat.

NABIL:

1. Betul tu. Nabil banyak baca majalah dan buku humor di kedai buku. Tapi itu dalam Bahasa Inggeris. Di dalam surat khabar ada juga kartun yang boleh kita jadikan ia sebagai ilham.

2. Mula-mula saya buat lawak nak hiburkan hati saja. Tak sangka rezeki Allah bagi untuk hiburkan orang pula.

3. Buah tangan ada la hee hee… Buah hati Nabil sekarang ni keluarga dan anak buah. Kalau ikutkan semua orang dah tahu yang Nabil berkawan dengan Myra. Kami sekadar kawan. Jarang keluar sama sebab Nabil sekarang sibuk sangat dengan kerja.

4. Sebelum umur 30 tahun kut! Sekarang baru umur 25. Ada lima tahun lagi untuk saya lalui zaman bujang.

Banyak makan vitamin

SOALAN:

1. Bagaimanakah Abang Nabil, menjaga kesihatan abang?

2. Bila abang mencari ilham untuk menyampaikan mesej dalam lawak abang?

l Muhammad Idris, Rompin.

NABIL:

1. Abang banyak makan vitamin. Dalam masa yang sama abang main juga skateboard. Dengan cara itu abang jaga kesihatan.

2. Ilham tu datang sendiri. Kadang-kadang tengah buang air, tengah mandi pun dia pernah datang.

Buat lawak secara spontan

SOALAN:

1. Apa yang paling penting dalam hidup abang? keluarga, girlfriend atau kerjaya? Kenapa?

2. Abang Bil buat lawak spontan ke ada skrip?

3. Saya sekolah lagi. Selalu ada pertandingan drama antara kelas. Apa pendapat abang bila idea kita ditiru? Perlu tak kita buat pelan lain? Saya suka lah tag line abang, lu pikir lah sendiri.

l 2k1-convent girl.

NABIL:

1. Yang penting sekarang ni keluarga dan kerjaya. Kalau ada kerjaya, boleh gembirakan keluarga. Dari situlah boleh timbulnya kasih sayang kita pada keluarga kita.

2. Selalunya saya buat lawak secara spontan. Apa yang terfikir masa tu, itulah dia lawak saya.

3. Itu dah kira mencabar kerana ada orang buat benda yang sama. Tapi kalau boleh buat idea sama tetapi caranya berbeza. Walaubagaimanapun kena pastikan budak yang tiru idea tu buat persembahan dulu supaya kita dapat buat lebih bagus dari dia.

Hantar orang tua tunai haji

SOALAN:

Assalamualaikum Nabil.

1. Selaku pendatang baru, apa pendapat Nabil apabila berjaya mengecapi populariti dalam tempoh yang singkat?

2. Apakah impian Nabil yang masih belum tercapai?

l Peminat Nabil, Kedah.

NABIL:

1. Saya macam tak percaya juga sebenarnya boleh jadi macam ni tapi tu semua kerja Tuhan. Syukurlah.

2. Setakat ni hajat di hati nak hantar mak dan abah ke Mekah untuk buat haji dulu. Dalam masa yang sama Nabil nak jadi seorang yang orang boleh ingat walaupun dia sudah tak ada nanti.

Sedih tak dapat beraya

SOALAN:

Hai Bang Bil.

1. Apakah pengalaman manis dan pahit yang abang lalui setelah bergelar anak seni?

2. Bagaimanakah caranya peminat boleh berhubung dengan abang?

l Norsyafiqah Nabilah, Shah Alam.

NABIL:

1. Setakat ni pengalaman sedih kerana saya tak dapat nak sambut Hari Raya Aidilfitri dengan keluarga kerana ada kerja. Itu saja yang sedih pun sejak jadi artis.

2. Nak hubungi boleh buka myspace atau facebook dalam Internet dengan menaip alamat emel Abang Nabil. Alamat surat menyurat pula boleh hantar melalui: Lu Pikir La Sendiri Sdn. Bhd.’ 6-3, (2nd Floor), Jalan PJU 5/10, Dataran Sunway, Kota damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Shooting enam buah filem

SOALAN:

Terima kasih sebab menyiarkan soalan saya. Saya sering mengikuti perkembangan Bang Bil sejak dari program Gelanggang Raja Lawak Astro lagi. Dan saya nampak Bang Bil mempunyai potensi dan bakat yang semula jadi dan boleh pergi lebih jauh dalam industri ini. Insya-Allah. Soalan saya ialah:

1. Bila filem Bang Bil akan keluar di pawagam? dan selain dari filem Lu Fikirlah Sendiri, ada filem lain yang Bang Bil berlakon?

2. Saya harap Bang Bil jangan lupa diri dengan segala yang Bang Bil dapat sekarang.

l Gadis, Pahang.

NABIL:

1. Kalau nak ikutkan pada tahun ni abang dah shooting dalam enam buah filem. Semua filem ini akan keluar pada tahun hadapan. Jangan lupa tengok ye nanti.

2. Insya-Allah, semua pesan abang akan ingat. Yang penting semua peminat doakan kebaikan Abang Nabil.

This entry was posted in Artis, Nabil. Bookmark the permalink.

Leave a Reply