Intro2u.net >Artis > Erra Fazira > Anak Perempuan Erra

Anak Perempuan Erra

By admin

Read Here

MUNGKIN sudah ramai yang tertanya-tanya apakah jantina anak yang dikandung oleh Erra Fazira sementelah usia kandungannya pun kini sudah mencecah enam bulan.

Malah jika diikutkan melalui proses imbasan yang dilakukan menunjukkan berkemungkinan besar Erra dan suaminya, Engku Emran bakal menimang cahaya mata perempuan.

Cuma Erra mengakui buat masa ini dia masih tidak boleh mengiyakan kebenaran itu memandangkan doktor yang melakukan proses tersebut sendiri tidak boleh mengesahkannya.

“Memang dah pergi scan tapi doktor sendiri tak boleh nak pastikan sebab tak nampak jelas,” kata Erra tanpa berselindung.

Menurut Erra, adalah tidak manis jika dia sibuk memukul canang memberitahu dunia bahawa anak yang bakal dilahirkan Mac itu nanti adalah anak perempuan.

“Nanti kalau kata perempuan, takut pula bila keluar, anak lelaki. Apa pun, sebenarnya kami tak kisah dikurniakan mana-mana jantina pun.

“Sebab keluarga saya memang ramai perempuan, memang senanglah. Saya pun suka sebab dah sah-sah jiwa saya penuh dengan jiwa keperempuanan.

“Tapi kalau lelaki pun saya suka sebab keluarga saya tak ramai lelaki. Jadi kalau dapat anak lelaki, memang dialah ‘raja’,” kata Erra.

Bagi pelakon, penyanyi dan bekas ratu cantik negara ini, apa yang lebih penting adalah kesihatan diri dan bayi yang dikandungnya itu memberansangkan.

Bersyukur kerana sehingga kini dia tidak mengalami sebarang masalah, Erra juga mengakui suaminya yang juga merupakan Ketua Pegawai Operasi radio SuriaFM merupakan insan paling bahagia ketika ini.

Tidak sabar menantikan kelahiran bayi sulung mereka, Emran kata Erra sudah memintanya untuk mengehadkan aktiviti seni bermula Januari depan.

“Mulai bulan depan saya akan menjadi suri rumah sepenuh masa. Sediakan makan pakai suami,” katanya sambil ketawa.

Kendali program wanita

Mengenali Erra yang ‘tak tahu duduk diam’, pasti akan ada projek untuk memenuhi waktu- waktu senggangnya. Dan ternyata, Erra sudahpun mempunyai perancangan tersendiri iaitu mengendalikan sebuah program berbentuk majalah untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bakal ditayangkan tahun depan.

Penggambaran drama bersiri popular lakonannya bersama Aqasha, Mertua vs Menantu pula sudahpun selesai sebelum menjelangnya Hari Raya Aidiladha tempoh hari.

Jadi ketika ini, kata Erra, waktunya lebih banyak diluangkan bersama suami dan menyediakan diri bagi melaksanakan tugas pengacaraan.

Erra memberitahu, dia akan mengacara program berkaitan dunia wanita itu bersama teman baiknya, Umie Aida.

Program yang dilahirkan daripada ideanya itu bagaimanapun tidak diterbitkan oleh Erra sebaliknya sebuah produksi lain.

“Mulanya memang ia adalah projek saya tetapi kerana kesibukan terpaksalah saya menyerahkannya kepada produksi lain.

“Program ini adalah berkenaan hal ehwal wanita daripada kerjaya hinggalah kerja-kerja surirumah,” ujarnya.

Artis AUR

Menjelaskan mengenai khabar angin yang mengatakan bahawa dia berkemungkinan besar akan bernaung di bawah pengurusan Artiste United Records (AUR), kata Erra:

“Memang saya ada menjalinkan kerjasama bersama Vernon (orang kuat AUR) tetapi ia hanya melibatkan projek tertentu sahaja.

“Dia bukan menguruskan saya seratus peratus. Saya masih dikendalikan oleh pengurusan yang sama.

“Kalau ada pertukaran pengurusan saya tidak akan menyembunyikannya dan akan memberitahu kepada semua.

“Tetapi buat masa ini, Syed (pengurusnya) masih bertanggungjawab. Cuma ketika ini dia sibuk dengan tugas dia.”

Aktres itu juga memberitahu bahawa lagu single sudahpun siap proses rakaman malah dia juga telah menjayakan penggambaran klip video lagu tersebut.

Bagaimanapun Erra tidak dapat memastikan bilakah single terbarunya itu akan dilancarkan oleh syarikat rakamannya, Suria Records (SRC).

“Bila ia akan diperdengarkan, itu kenalah tanya SRC. Saya sudahpun menyelesaikan tanggung jawab saya,” jelasnya lagi.

Related Content

2 Responses to “Anak Perempuan Erra”

  1. momoq

    apesal tak taruk gambar2 terbaru erra fazira skang nih? pminat sume nak kngsi kegembiraan bsama artis yang satu ni. tolong siarkan gambar terbaru erra yg sudah mncecah6 bln kndungannya tu. org nak jugak tgk…cmne rupe & bntuk bdan nya! tolong siarkan??????

  2. Kalau nak tengok foto – foto terkini Erra dah nak masuk 7 bulan hamil klik blog ni

    http://wwwsakura-kura-sakura.blogspot.com/

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline