Intro2u.net >Artis > Linda > Dari sebuah Sinar FM, anda ditukarkan ke Era FM

Dari sebuah Sinar FM, anda ditukarkan ke Era FM

By admin

Read Here

Dari sebuah Sinar FM, anda ditukarkan ke Era FM. Adakah anda bertanggungjawab menaikkan semula Era yang jatuh?

Syukur, sebelum ditawarkan pada jawatan sekarang saya memang sudah lama kenal Era. Saya tak penah membayangkan akan berada di stesen ini yang tinggi pendengarnya. Saya rasa saya perlu memikul tanggungjawab ini dengan baik.

Apa kriteria Nazri dipilih memimpin stesen radio sensasi ini?

Mungkin syarikat melihat kemampuan saya ketika memimpin Sinar FM dulu. Sebab itu mereka tukarkan saya ke sini (Era). Masa di Sinar FM, syarikat melihat bagaimana saya berjaya membawa stesen itu meraih populariti dan meningkatkan jumlah pendengar. Saya kata, saya meletakkan diri saya sebagai pendengar. Dari situlah saya cuba mencari kelainan di Sinar FM.

Siapa yang membuat keputusan menukarkan Linda?

Memang saya juga terlibat dalam membuat keputusan itu. Tapi jangan salah anggap. Sebelum saya masuk Era lagi sudah ada ura-ura untuk memindahkan Linda semata-mata bagi memantapkan lagi kemampuannya. Saya tak yakin dalam tempoh lima tahun lagi dia dapat bertahan di Era. Sebab itu dia ditukarkan ke Sinar FM untuk memastikan kerjayanya akan lebih cemerlang dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Jadi ia bukan hukuman kerana Linda banyak sangat cerita sensasi dan penuh dengan kontroversi?

Tidak, ini bukan hukuman. Di Astro ini kita ada sembilan buah stesen. Tidak mustahil pada masa akan datang rombakan akan berlaku melibatkan sembilan stesen ini. Sekarang ini kita kena lihat dari sudut bisnes. Macam mana mahu membolehkan stesen radio itu untuk terus bertahan. Caranya ialah dengan apa yang kami lakukan.

Adakah Linda menimbulkan masalah di Era?

Dia ada dedikasi. Dia matang sebagai penyampai radio. Dia dah jadi ikon. Cuma kadang-kala dia sibuk dengan bisnes dia dan komitmen lain. Itu saja. Kami melihat dengan bakat yang ada pada Linda, dia boleh mencapai kemampuan luar biasa jika diberi peluang bertugas di tempat lain kerana dia seorang yang versatil.

Kenapa pendekatan Era untuk tidak mempopularkan deejay?

Era masa mula-

mula dulu kita akui memang mempunyai deejay yang glamor. Kerana pada masa itu Era satu-satunya stesen yang melakukan format tersebut. Tak ada persaingan. Apa yang kita buat semuanya jadi ikon. Tapi pendekatan itu sudah tidak sesuai pada keadaan sekarang.

Kenapa anda melihat glamor itu sudah tak penting?

Lebih baik kita popular dengan apa yang kita buat untuk pendengar. Itu lebih penting daripada kita sibuk nak tempah baju mahal-mahal nak pergi majlis hiburan. Kadang-kala ada deejay yang pening kepala nak beli baju semata-mata nak pergi anugerah tertentu. Saya tak nak mereka pening-pening kepala. Tak payah nak glamor macam tu. Nanti boleh bagi kesan kepada tugas hakiki sebagai penyampai radio.

Ada segelintir deejay yang mempunyai masalah peribadi sehinggakan perangai mereka menjadi buah mulut orang. Anda nampak perkara ini?

Saya mengakui benda itu wujud disebabkan sekarang ini ada banyak kemudahan untuk menyebarkan berita. Ada Internet, blog, laman sembang dan macam-macam lagi. Sebab itulah apa yang berlaku pada deejay kita mudah tersebar dengan cepat. Cuma nasihat saya kepada semua deejay saya supaya jangan lupa diri dalam dunia glamor. Kita jadi orang yang simple dah cukup. Semua orang suka.

Bagaimana deejay yang ada komitmen diluar misalnya jadi pelakon atau pengacara.

Saya tak halang mereka nak cari rezeki. Cuma mereka kena pandai membahagikan masa dan ikut jadual yang diberi. Pendekatan saya mudah saja. Saya boleh bagi kebenaran kepada mereka nak buat kerja lain tapi jadual sebagai deejay kena patuh. Mereka kena ada komitmen untuk Era dulu.

Adakah selama ini deejay Era tak ada komitmen dengan tugas mereka?

Sebelum ini saya tengok mereka sibuk kejar glamor. Sibuk bagi tumpuan dengan kerja luar tapi tugas hakiki mereka tak diberi perhatian sangat. Ia sedikit sebanyak mengganggu tugas mereka itu. Mereka kena faham, tugas sebagai juruhebah ini mesti ada komitmen yang tinggi. Tapi sekarang yang tengok deejay yang ada mampu memberi komitmen 100 peratus kepada bidang mereka. Baguslah.

Apa kesan kalau deejay sibuk mencari kerja di luar?

Saya nak nasihatkan kalau kita tak buat kerja wajib kita dengan betul, takut nanti semua akan hilang pekerjaan. Kalau kita ada komitmen dengan kerja kita, masalah itu tak akan timbul.

Apa sasaran anda bila di Era?

Saya tak nak Era radio nombor satu di Malaysia. Saya mahu Era unggul dengan seadanya. Yang penting ia akan menjadi radio yang terkuat di Malaysia.

Related Content

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline