Datuk K dan Siti Nurhaliza Taruddin CERAI!

RUMAH tangga Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) sekali lagi diuji. Baru saja reda berita kononnya Datuk K berkahwin dengan seorang pramugari yang dipercayai kakak kepada seorang aktres popular, Oktober lalu, kini timbul pula gosip baru kononnya rumah tangga pasangan ‘soulmate’ ini bagaikan retak menanti belah.

Gosip panas mengatakan Siti memfailkan perceraian, Datuk K hadiahkan kereta mewah kepada pelakon yang juga bekas pramugari serta Siti mendapatkan khidmat bomoh, bukan saja tersebar luas di Internet, malah turut dihebahkan melalui SMS.

Berasakan tohmahan ke atas mereka sudah keterlaluan, Datuk K dan Siti mengadakan sidang media secara eksklusif bersama wartawan akhbar terbitan kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Khamis lalu.

Berikut catatan sidang media itu oleh wartawan Metro Ahad, NORHADIANI BAHAROM (yanie@hmetro.com.my).

WARTAWAN (W): Mungkin ada sesuatu yang penting ingin diperkatakan Datuk Seri dan Siti di sebalik tujuan mengadakan sidang media tergempar ini?

DATUK K (DK): Saya ingin menjelaskan beberapa perkara berhubung sebarang e-mel yang tidak bertanggungjawab, gosip berunsurkan khianat serta fitnah yang dilemparkan sepanjang perkahwinan kami.

Terus-terang, saya sebenarnya keberatan dengan cara mengadakan sidang media kerana berkali-kali memberi kenyataan pun tiada sebarang penyelesaian.

Senyap seketika, timbul pula gosip lain dan saya letih dengan semua ini. Namun atas nasihat rakan, saya perlu mengadakan sidang media ini dengan harapan segala spekulasi dan fitnah akan selesai dan berakhir di sini.

W: Isu yang ingin Datuk Seri dan Siti perjelaskan?

DK: Saya terkejut selepas membaca artikel di akhbar New Straits Times, 7 Januari lalu (Is Siti’s marriage on the rocks?) yang mengatakan perkahwinan kami retak menanti belah serta beberapa lagi perkara.

Saya tahu artikel ditulis berdasarkan gosip yang tersebar daripada sebuah laman web dan disebabkan itu saya ingin membuat penjelasan. Jika ia setakat disebarkan di Internet, saya tidak kisah sangat kerana kita tahu 99 peratus gosip di Internet tidak boleh dipercayai.

Bagaimanapun, apabila isu ini dimainkan dalam akhbar arus perdana yang bahan paparannya ‘reliable’, daripada cerita tidak betul pun orang akan percaya benda itu betul.

Akibat terlalu tertekan tempoh hari, saya terlepas cakap kepada Siti supaya tinggalkan dunia ‘public figure’ supaya kami dapat jalani kehidupan seperti biasa.

W: Adakah Siti menyedari kewujudan gosip (memfailkan penceraian) yang tersebar luas di Internet sekarang?

SITI (S): Reda satu isu, timbul isu baru. Namun selalunya saya tidak begitu ambil peduli gosip yang diperkatakan kerana sudah lali dengan keadaan ini. Cuma sangkaan saya, tidak ada wartawan akan menulis cerita itu. Justeru, bila ia tersiar di akhbar, saya sangat terkejut.

Terus-terang, saya bahagia dengan suami dan gosip itu tidak benar. Malah, cerita saya menemui bomoh di Terengganu (untuk membawa pulang Datuk K sebagaimana kenyataan gosip dalam sebuah laman web) juga diada-adakan.

W: Bagaimana reaksi Siti setiap kali menghadapi gosip membabitkan suami?

S: Sejak berkahwin, macam-macam cerita saya dengar pasal suami. Sebagai isteri, saya lebih mengenalinya.

Datuk K seorang yang jujur dan tidak pernah berahsia dengan saya. Kisah silamnya, semuanya diceritakan pada saya, tetapi bagi saya, ‘past is past’ (yang lama, biarkan berlalu). Sekarang kami yang hidup berdua dan Alhamdulillah, saya belum sampai tahap mahu mencurigai suami.

W: Mengenai gosip Datuk K menghadiahkan kereta mewah jenis BMW kepada pelakon jelita Rozita Che Wan, adakah Siti berang dan terfikir untuk bertentang mata dengannya?

S: Tiada apa yang perlu diselesaikan. Rozita sendiri membuat kenyataan di akhbar serta menafikan hal itu. Malah, sedikitpun tiada perasaan marah di hati saya kepada Rozita kerana memang jelas ini gosip yang sengaja diada-adakan.

W: Pernah Siti dan Datuk Seri menangis akibat terlalu tertekan gara-gara fitnah tidak henti-henti melanda?

S: Mmm… (senyum sambil merenung suaminya).

DK: Siti seorang yang kuat, dia tidak menangis, tetapi saya pernah lihat air matanya bergenang kerana kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang tidak sudah-sudah menabur fitnah kepada keluarga kami.

S: Kesabaran manusia ada hadnya. Disebabkan orang luar yang memberi tekanan, kita suami isteri pula yang bergaduh.

W: Kesan psikologi yang ditanggung Datuk Seri?

DK: Saya ahli perniagaan, bukan artis. Apabila gosip seperti ini timbul, reputasi saya turut terjejas.

Misalnya, apabila berurusan mengenai perniagaan, saya dapat rasakan ada yang memandang serong, seolah-olah saya suami yang jahat.

Saya faham isteri saya ada ramai peminat yang menyayangi dan menyanjunginya. Tentu sekali apabila cerita kononnya saya ada hubungan dengan perempuan lain tersebar, peminat berasa sedih dan simpati pada Siti.

W: Datuk Seri ada mengesyaki sesiapa yang menjadi dalang menyebarkan berita tidak berasas ini di Internet?

DK: Saya tidak tahu, namun saya sedar Siti ada ramai peminat fanatik yang mungkin kecewa apabila saya menjadi pilihan Siti. Sejak dulu lagi saya memang tahu ada pihak tidak senang dengan perkahwinan kami.

Sebenci manapun mereka terhadap saya, haruslah mempertimbangkan antara dosa dan pahala. Janganlah sewenang-wenangnya memfitnah.

This entry was posted in Artis, Siti. Bookmark the permalink.

3 Responses to Datuk K dan Siti Nurhaliza Taruddin CERAI!

  1. nora says:

    please do not publish about siti n datuk k lagi;saya da muak dan meluat dgn cerita mereka

  2. MR.KK. says:

    Di dunia neraka ni kita dah hidup dalam syurka.apa yg terjadi harus diterima semuanya kebaikkan hidup seseorang’ doa lah apa yg terjadi boleh dilepaskan sebelum dunia khiamat.saya suami isteri terlalu sedih atas siti dalam kecewa atas peristiwa yang berlaku dalam hidup siti,kita ingin berkongsi kederitaan siti
    saya ingin berdoa kepada siti hidup bahagia,terima kasih

    regard:
    Mr Kalai dan Sekeluarganya

  3. yui5851 says:

    hmmm…. kita semua manusia.. xda yg sempurna..
    hdup ni pnuh dgn ujian… setiap individu mmpunyai ujian yg berbeza tapi terdapat persamaan diantara satu sama lain.
    kita manusia jg.. pnya prsaan… sikap manusia selalunya… x akan memahami prasaan org lain selagi x pernah merasai situasi sama. kita patut bertimbang rasa.
    kasihan datuk Siti dan suaminya. mereka pun mau hidup bahagia…
    bertimbang rasala… hmmm…. fikirkan la prasaan org lain..
    kasihan siti… n d other public fig.

    from me…

Leave a Reply