Gugurkan kandungannya

KEJADIAN artis gugurkan janin atau membuang kandungan memang menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Perbuatan tidak berperikemanusiaan seumpama ini seolah-olah satu fenomena biasa dalam dunia serba moden ini, ‘buat’ anak, dah mengandung nak elak malu, buang saja kandungan itu! Senang sangat kan, semudah ABC, ditambah dengan perubatan sofistikated, artis berkenaan tidak takut dengan risiko berdepan dengan maut. Mereka lebih rela mati daripada hidup membesarkan anak tanpa seorang ayah!

Ketika melepak di sebuah pusat hiburan di ibu kota baru-baru ini, Zubir terserempak dengan rakan artis yang mempunyai hubungan rapat dengan seorang selebriti popular yang khabarnya menggugurkan kandungannya berusia sebulan setengah di sebuah klinik perubatan sekitar Ampang, Selangor, akhir tahun lalu.

“Bukan sekali dia (selebriti popular) gugurkan kandungannya, tapi dua kali! Minah ni memang hebat, baginya buang anak perkara biasa. Setiap kali terlanjur dengan teman lelakinya, dia ‘buang’. Tahun lalu dua kali, tahun ini aku tak tahu berapa kali dia buang ‘baby’! Lazimnya, selebriti ini akan memilih klinik yang pekerjanya rata-rata bangsa India atau Cina, maklumlah kalau ada Melayu, pasti kenal mukanya yang popular itu.

“Akhirnya selebriti itu dapat tahu ada sebuah klinik ibu mengandung di Ampang yang pekerjanya semua bangsa asing. Dia bersama teman lelakinya seperti biasa ‘check-in’ di klinik berkenaan untuk proses buang ‘baby’. Namun, kali ini nasib kurang baik, dalam sembilan orang pekerja termasuk doktor dan jururawat, kakak cleaner yang bertugas di situ, orang Melayu, kwang, kwang, kwang!

“Kakak cleaner itu yang membersihkan segala kotoran termasuk tompokan darah selebriti berkenaan selepas dia selamat menjalani proses buang ‘baby’. Apa lagi, heboh satu kampung, selebriti popular gugur anak!” kata teman artis itu lagi.

This entry was posted in Artis. Bookmark the permalink.

Leave a Reply