Apa nak jadi dengan politik Malaysia sekarang ni?
Rasuah ,lompat melompat parti dan keluar masuk parti dah jadi macam perkara ‘keseronokan’ pula bagi para pemimpin kita.Saya bimbang nanti rakyat akan merana kerana kepentingan peribadi dan ‘keseronokan mereka ini.
Kami sebagai rakyat biasa dibawah ini semakin keliru dan bimbang apa akan jadi nanti.
Wallahua’lam
Menurut Dr Mahathir dalam blognya
1. Saya kembali ke tanahair dari Djibouti dan mendengar berkenaan Ahli Yang Berhormat UMNO Perak keluar parti dan masuk Keadilan (PKR).
2. Kemudian saya dengar pula dua orang ahli PKR hilang. Bila mereka dijumpai cerita yang didengar ialah mereka sudah keluar daripada PKR.
3. Dan banyaklah berita angin berkenaan ahli-ahli Yang Berhormat yang akan lompat dari parti ke parti.
4. Dahulu UMNO dan Barisan Nasional telah cuba sekat kejadian lompat melompat dengan mensyaratkan tiap calon tandatangan surat letak jawatan sebagai ahli Yang Berhormat tanpa tarikh. Kononnya jika setelah jadi ahli Yang Berhormat mereka ingin lompat masuk parti lain maka surat letak jawatan yang telah di tanda tangani oleh mereka akan dihantar kepada Speaker (Tuan Yang di Pertua Dewan) dan dengan itu akan terlucutlan anugerah Yang Berhormat mereka.
5. Malangnya perbuatan ini didapati tidak sah daripada segi undang-undang. Jika mereka ingin keluar daripada parti maka mereka sendiri perlu keluarkan surat yang diperbuat oleh mereka dan ditandatangani oleh mereka pada ketika itu untuk disampaikan kepada Tuan Speaker.
6. Saya percaya surat yang diperbuat oleh mereka tanpa tarikh dahulu akan ditolak oleh Tuan Speaker. Oleh itu mereka akan kekal sebagai Ahli Dewan walaupun mereka lompat ke parti lain atau mereka akan jadi ahli bebas.
7. Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks.
8. Apakah UMNO begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan UMNO (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13.
9. UMNO sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej UMNO akan jadi lebih buruk.
10. Dato Abdullah Presiden UMNO, fikir dahulu sebelum beria-ia nak terima orang yang seperti ini.
MB Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki Istana Kinta pada jam 12.45 tengah hari tadi untuk menghadap Sultan Perak selepas Datuk Seri Najib Razak mempersembahkan bahawa Barisan Nasional (BN) memiliki sokongan majoriti menubuh kerajaan baru Perak.
GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Foong supaya memikirkan semula keputusannnya keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi wakil Bebas.
Lim yang kesal dengan tindakan Hee itu yang sebelumnya merupakan anggota DAP, menegaskan Hee sepatutnya memikirkan tanggungjawab dan amanah yang telah diberi oleh rakyat kepadanya pada pilihan raya umum lalu.
“Kami berharap agar beliau dapat memikirkan semula keputusannya. Kalau tidak menyertai semula parti sekurang-kurangnya beliau tidak mengambil keputusan yang boleh mengabaikan kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Hee beserta dua orang lagi wakil rakyat PKR, iaitu Adun kawasan Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, telah keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi wakil Bebas. – Bernama

Tun,
“10. Dato Abdullah Presiden UMNO, fikir dahulu sebelum beria-ia nak terima orang yang seperti ini.”
1. Kalau Pak Lah berfikir, kita tidak akan berada di dalam situasi sekarang!
2. ‘Nasi sudah menjadi bubur!’
3. Kalau masih rasa nak makan nasi juga, eloklah buang bubur itu, dan masaklah beras baru tetapi “jagalah api tu agar nasi tidak lagi menjadi bubur serta membakar rumah serta diri kita sendiri!”
Salam Tun,
Saya bersetuju dengan penerangan Tun. Tapi apa yang perlu difokuskan ialah bukannya parti UMNO, tetapi individual tertentu yang membuat tindakan yang tidak begitu pandai.
UMNO adalah satu pertubuhan yang tidak boleh dilupakan. Tak guna kita menghentam UMNO tetapi kita harus menghentam Individual yg membuat tindakan kurang pandai itu.
Bukannya UMNO yang terdesak tetapi individual-individual tertentu. Yang mana bagi meraka ialah menempatkan sebanyak mana kroni meraka didalam di dalam sebuah kerajaan, agar mereka dapat membuat apa saja yang mereka suka. Saya tetap menyokong UMNO tetapi saya tidak menyokong Individual yang ditengahkan untuk mewakili rakyat.
Tidak kira sama dia dari Pihak PKR, DAP, PAS, UMNO atau parti bersatu sabah. Individual tertentu yang membuatkan politik atau pentabiran Malaysia musnah.
Tetapi untuk menghapuskan individual-individual ini agak sukar kerana kepalanya pun lebih kurang sama dengan sahaja.
Saya meneliti ulasan Dr. M dengan adil dan disini saya ingin mengutarakan beberapa perkara, cadangan dan soalan.
1. Sememangnya PM tidak sepatutnya menerima begitu saja Ahli DUN tersebut kerana mereka telah dikenali kerana kes rasuah seks. Alhamdulillah mujurlah setakat ini UMNO/BN belum lagi menerima mereka. diharap juga mereka tak perlulah diterima. Biarlah mereka “bebas”.
2. Ada dikalangan rakan pembangkang saya yang mempertikaikan bahawa ketika zaman pemerintahan Dr. M telah pun berlaku acara “lompat-melompat” ini dimana PBS dibawa masuk melompat menyertai BN. Saya tidak mampu untuk menjawap kembali perkara ini. Harap Dr. M dapat tolong.
3. Sempena pemilihan jawatan tertinggi dalam UMNO pada bulan Mac ini, saya selaku pemerhati yang sayangkan UMNO sangat gusar melihat calon-calon yang sememangnya boleh diteka terlibat dengan politik wang masih berkeliaran melaungkan slogan-slogan manis untuk mengambil hati rakyat. Mereka seharusnya disekat daripada terus mewakili bangsa kita yang suci ini.
4. Sekiranya tiada tindakan segera daripada kepemimpinan sekarang, ditambah lagi pula dengan sogokan berat sebelah dan “buta mata” dari saluran media perdana, maka inilah kesimpulan yang boleh saya katakan. Sekiranya berlaku pilihanraya kecil sama ada di Perak , di tempat lain atau pun ketika PRU 13 nanti, TIDAK MUSTAHIL untuk saya katakan bahawa BN sangat sukar untuk menang. Bukan kerana kepemimpinan pembangkang yang kuat, tetapi kerana semangat membangkang BN (terutamanya UMNO) yang sangat kuat dan masih terus menyala, apatah lagi disimbah “minyak” oleh pembangkang. UMNO dan BN perlu segera memadamkan api yang menyala dengan air yang secukupnya dan segeralah bertindak sebelum api semakin marak.
Akhir kata saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana hadirnya Dr. Mahathir di dalam sejarah Negara Malaysia yang tercinta ini. Semoga warga Malaysia masih terus bersemangat mencapai Wawasan 2020.
A’kum TUN ,
Betul !
UMNO-BN kata nak hapuskan rasuah politik dalaman , sekarang nak ambil masuk ahli yang “corrupt” ke dalam UMNO. Tindakan yang tidak masuk akal langsung. Sebab sebelum ini UMNO-BN selalu kutuk ahli PKR ini yang terima rasuah supaya dapat memburuk-burukkan parti pembangkang , tetapi sekarang mereka pula nak ambil masuk semula orang-orang begini.
Bagi saya unsur melompat parti harus diharamkan sama sekali . Jika nak lompat parti , letak jawatan sebagai YB dan lepas itu masuk ke parti yang diminati dan bertanding semula atas tiket parti itu. TUN kata dalam ayat 4&5 – tetapi undang-undang dibuat oleh manusia , tidak bolehkah kita memindanya. It is because I believe there is nothing can’t be done by a human…”MAYBE”…
Tambahan pula , mungkin rakyat di sesuatu tempat itu mengundi ikut parti , jika seorang wakil rakyat tersebut calon BN dan memenagi kawasan itu , dan kemudian melompat ke part pembangkang , INI AKAN MENYEBABKN RAKYAT DISANA TIDAK PUAS HATI KERANA MEREKA MENYOKONG BN DAN SEKARANG BELIAU LOMPAT KE PARTI PEMBANGKANG…
Jadi , unsur lompat-lompat parti ini bolehlah kalau seseorang itu ahli biasa dan tidak berjawatan . Hal ini kerana , ini tidak akan membawa impak yang begitu besar walaupun ini dilihat kurang “sopan” , nanum jika ahli-ahli yang berhormat lompat-lompat parti ini tentu akan membawa impak yang amat besar sama ada bagi parti BN atau PR.
Even MOTHER TERRESSA had said that , DONT WAIT FOR LEADERS;DO IT ALONE,PERSON TO PERSON.
Because nowdays I seem that they forget about people they just think about themselves…”MAYBE”…
In my opinion we do not need to be a leader to help people , if we have the will we can help … as much as we can…start with your neighbour…my teacher always tell that , “IF YOU WANT TO KNOW HOW GOOD ARE YOU , ASK YOUR NEIGHBOUR”
MINTA MAAF lari topik sikit tadi , “beremosi” sikit sebab tidak tahan apa yang akan berlaku … masa depan golongan muda … termasuk saya yang muda ini … LOL…
Untuk pengetahuan TUN saya seorang ahi CheDET Fan Club di FACEBOOK…I WILL ALWAYS BE YOUR SUPPORTER!
WE LOVE U TUN FOREVER AND EVER , FROM ME ( ATHIURAHMAN ) AND MY FAMILY.
1. Sandiwara di Perak masih menggelikan hati. Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang.
2. Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah.
3. Tetapi Menteri Besar Pakatan tidak hendak berhenti jadi MB. Pejabatnya sudah dikosongkan oleh Polis.
4. Apakah Polis akan usung MB dan campak dia keluar? Tentu tidak kerana tiada peruntukan undang-undang yang mengizinkannya.
5. Pakatan boleh adakan Kerajaan minoriti. Demokrasi mengizinkan.
6. Tetapi kerajaan minoriti lemah. Dia boleh ditumbang dengan undi tidak percaya oleh majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, kalau Dewan bersidang. Mungkin Pakatan tak mahu ada persidangan.
7. Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa Kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?
8. Jika tidak dapat paksa Kerajaan minoriti mengadakan persidangan mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak. Apakah yang boleh dibuat kepada kerajaan minoriti jika ia kekalkan dirinya dan terus merosakkan negeri? Keadaan seperti ini masih kelabu; tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu.
9. Mungkin pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah Kerajaan yang halal.
10. Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan. Anwar akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara ini kerana dialah yang beria-ia sangat untuk ada lompat katak yang terbesar pada September 16. Oh! Silap, September 24. Oh! Silap lagi.
11. Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (ADUN Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.
12. Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah!! He, he, he!